Tuesday, October 19, 2010

Pergilah...aku tak mampu menghalang..

Salam kawan2 ku yg tersayang..

Bulan ni penuh dgn pergolakan dan emosi. Bulan ni jugak lah kena siapkan bajet 2011. Tak pernah belajar pun cmne nk buat bajet tetiba dah keja ni otomatik jadi pandai buat, biar tak betul pun..hahahaha. Utk unit saya, ada 1 projek yg tgh aktif, 1 program yg on going dan 1 program yg baru nak buat. So kesemua nya 3 bajet yg perlu disediakan. 

Utk program ternakan siakap kat Setiu saya serahkan pada Hidayah mintak dia buat, manakala yg baru nk start buat benih Tilapia di ajil Abg Rusman dah buat saya cuma perlu buat note base pd bajet tu. Kena study dulu baru phm. Projek yg tgh jalan kat Kenyir saya akan buat based pd anggaran perbelanjaan 2010 yg Nasrul dh buat. Susah bela benda hidup ni, bnyk benda yg kita tak jangka akan berlaku.

Di tengah2 kekalutan memikirkan perihal bajet siang dan malam (oh tipulah), tetiba hidayah panggil saya. Dia nak bagitau sesuatu, tapi dia takut nk bgtau pd saya. Dia takut reaksi saya. Saya tertanya2, pasal apa ye..?

Saya tanya dia ; 

'Dah mengandung ke?'
'Bukan..'

Saya tanya lagi; 

'Ada org bercakap pasal kita ke?'
'Bukan..'

Saya tanya lagi ;

'Pasal kerja ke?'
'Iye..'

Beberapa saat otak saya bekerja, kemudian..

'Nak berhenti keja ke..?'
Dia menganggukkan kepala sambil tersenyum sugul..

Meremang bulu roma saya tatkala dia mengiyakan jawapan saya. Hidayah ni assistant saya. Dalam setiap unit ada seorang ketua dan pembantu. Unit Akua ni ada 2 org sahaja yg base di opis, saya dan Hidayah lah. Yg dekat tapak projek tu ada lagi beberapa org. Saya dan Hidayah akan pantau semua projek akua yg kami jaga. Begitu juga dgn unit lain mempunyai person incharge masing2. 

Sbnrnya baru bbrp hari lepas saya terpikir, cmne agaknya kalu kami mengandung sama2 dan waktu bersalin pun hampir sama. sape yg nak backup keja nanti kalu dua2 cuti bersalin? Saya bgtau dia, kami gelak besar sbb lucu plak kalu betul jadi gtu. Tapi rupanya Allah Maha Mengetahui, dia telah mempunyai perancangan utk dirinya.

Dalam keja ni perkara yg saya risaukan adalah sekiranya pembantu saya berhenti kerja dan sekarang perkara itu telah berlaku. Hidayah betul2 nak berhenti keja. Tension sgt ke keja kat sini? Rupanya dia ada rancangan lain, mahu membantu perniagaan suami. Baguslah, saya setuju dgn cara dia tu cuma yg saya terkilan, kenapa begitu cepat mahu pergi setelah saya tau dia nk berhenti? Dengan keja yg tengah banyak, projek dan program yg sedang berjalan, huhuhu mampu ke saya hadapinya seorang diri?

Minggu ni saya dah apply cuti 2 hari iaitu 20-21hb pastu bersambung 23-24hb. Maknanya hari ini hari last saya di ofis sebelum saya cuti dan Hidayah maklum pd saya dia nak cuti pd Ahad 24hb. saya kata ok la, xpelah 1 hari tu xde org kat unit kita. Tapi saya sgt2 terkilan sbb dia hanya ada minggu ni sahaja, sbb minggu depan dia nak habiskan cuti dia yg masih berbaki bbrp hari bermakna minggu dpn xtau dia masih ada ke tak. Dan saya mungkin x sempat jumpa dia.

Saya masuk opis minggu depan maknanya dia dah takde. Meja dia sebelah saya, memang akan terasa kehilangan. Sedangkan kalu dia mc @ cuti pun saya dh terasa. Tapi xpelah, walau macam mana pun saya kena biasakan diri. Dah besar kan!

Chaiyok2 marina! u can do it!

Mood mmg upside down. Tak keruan. Serba tak kena, mula2 ngadap bajet tp xleh nk buat, kepala ke lain. Tak leh nk berfikir. Korang mungkin anggap saya amat bergantung kpd dia tp sebenarnya dia umpama tangan kiri saya. Memang saya perlukan dia, mana mungkin saya boleh buat semua seorang diri. Ada perkara2 kecik yg kadang2 tak sempat nak buat, tak terpandang dan tak terpikir, dia akan tolong saya.

Mcm mana saya nak uruskan semua ni bila dia takde nanti? Mampu ke saya tanggung semua keja ni? Tak tau lah ada pengganti ke tak sbb COO pun x kata apa2 lg, cuma dia asyik tegur saya bad mood ke? Sedih tak? Nak jawab pun x reti. Kwn2 opis pun tanya knp Dayah nak brnti. Saya malas nk ckp banyak saya mintak dia tanya tuan punya badan sendiri.  Perasaan saya? entahlah, kalu mereka berada di tempat saya mereka akan tau apa yg saya rasa.

Saya pun tak tau ada pengganti ke tak. Tapi kalu takde pengganti mmg sakit le, kalu saya cuti sape nak cover kan. Takkan bos bahagian pulak nk cover, mana buleh gitu. Tunggu dan lihat je lah, maybe masa jamuan perpisahan kut COO bgtau tapi tak tau lah. Tak nak berharap sangat. Jamuan tu bila agaknya, rasa dlm minggu depan kut. Saya rasa saya tak hadir kut jamuan tu.

Ini kail kedua perkara spt ini berlaku. dulu masa ex-boss unit saya nk balik tempat asal dia. Memang nangis tp bukan sedih sbb dia nk pegi sbb mmg dh jangka, tp memikirkan, boleh ke saya pikul tanggungjawab ni. Situasi sekarang, saya memang tak jangka Hidayah buat keputusan ni. Bukan saya je, kwn2 lain pun terkejut.



Apapun saya doakan Hidayah berjaya dalam apa jua yg dia buat. Semoga dia berjaya.

MySpace

12 comments:

  1. memula tu mesti skit sebanyak terasa kehilangan kan

    ReplyDelete
  2. akak, dd nak apply keje kat tengganu laaah tmpt akak ;p

    ReplyDelete
  3. takpe marina, insya allah ada pengganti nanti :)

    ReplyDelete
  4. aduhhhhhhhhhhh...susah jugak kalau jadi macam ni..nak cakap pun serba tak kena...hurmmm..sabar lah marina...saya tau awak kuat..yang penting skrg ni awak kena try manage masa awak...untuk pastikan semua keje berjalan lancar..pelan2 mintak jugak pengganti kat bos..senaraikan semua rasional kenapa perlu ada pembantu...insya allah bos akan paham...be strong kay dear

    ReplyDelete
  5. Marina you can do it !!!

    Tajuk n3 hari nie memang sungguh tragiss

    ReplyDelete
  6. laaaa....dayah nak resign ke?
    apapun kak na..sila sabar banyak2 ye..
    insyaallah, akan dapat pengganti yang ala sama cute cam dayah tu...

    ReplyDelete
  7. be strong yer, life is always full of ups and downs...u can do it, chaiyok2!:)

    ReplyDelete
  8. tq kwn2..bunyi nye mcm biasa kan..tp sy sgt terasa kepergiannya..keja tgh banyak, tiba2 dia bgtau mcm tu..xpelah saya redha..semoga sy mndapat pembantu yg baru.

    ReplyDelete
  9. macam yang saudari ckp ada 3 projek ditangan,satu tgh berjalan,satu tengah buat satu lagi baru jekan.Cuba siapkan yang tengah berjalan dulu,pastu projek kedua dan ketiga.Memang banyak kerja,namun tiada gunanya nak siapkan semuanya sekaligus bukan.Siapkan satu-satu projek dulu.Walaupun nadia nak benti,namun saudari boleh minta dia membantu dari rumah secara sedikit-dikit bukan,masakan dia menolak.maafkah,ini cuma cadangan,saya pon xtau kerja saudari.

    ReplyDelete
  10. najib,

    ketiga2 projek tu perlu dilakukan seretak, bukan buat satu pastu siap stop, tidak. Projek ini perlu berterusan.

    terima kasih atas pandangan saudara ;)

    ReplyDelete
  11. takpe kakna..yang hilang akan tumbuh berganti....

    ReplyDelete