Saturday, September 4, 2010

Spaghetti bolognese

Jumaat adalah hari masak2 uolls. hahaha sebenarnya pakcik botak request spageti ni. Mak plak nak buat laksa kuah masak. adik plak sokong 100% kalu saya wat spaghetti ni. Mak kata mak buat laksa 1 kg je. kali ni saya nak buh resepi spaghetti bolognese stail yg saya slalu buat.
 gambar gelap uolls, maklumle dh nak berbuka :)

Bahan2:-
  • Spaghetti
  • 1 pek Daging @ ayam cincang (saya guna ayam)
  • 1 botol besar sos spaghetti
  • 1 tin cendawan butang - hiris (saya beli cap ayam)
  • Sosej - hiris
  • 1 biji capsicum - potong dadu
  • 1 biji bwg besar holland - potong dadu
  • 2 biji buah tomato - potong dadu
  • 1 sudu lada hitam - tumbuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
Cara2:-
  1. Spagetthi direbus terlebih dahulu. Campurkan 1 sudu minyak masak dalam air rebusan supaya tak melekat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai layu. Masukkan daging@ayam cincang dan tumis sampai separuh masak.
  3. Masukkan sos spaghetti. Sos tu pekat so campur dgn air skit. Agak2 le sukatan air tu, jgn bagi cair. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sosej, cendawan butang, capsicum dan buah tomato. Korang blh tambah lagi bahan2 kalu suka spt karot, celery dll.
  5. Tabur lada hitam yang telah ditumbuk. Perasakan dgn garam dan gula.
  6. Tunggu mendidih seketika, jgn lama sangta nanti capsicum layu x best.
  7. Dah masak blh hidang dan tabur dgn parmesan cheese. Tapi gua lupa nak beli la ;)
  8. Makan time! Resepi yg saya buat ni blh makan utk 7-8 org.
Ok, itu aje. Saya berbuka makan spaghetti 2x tambah. Sahur tadi pon makan spaghetti jugak..puaaass hatiii!

Selamat mencuba!

MySpace

4 comments:

  1. sedapnya..hari tu mizan request nak makan spaghetti...terpaksa jugak buatkan....sebab dia siap guna ayat...kalau tak dapat makan mana la tau papa mati kan malam ni...sabar je lah

    ReplyDelete
  2. hahahaha..ada jugak yg pakai ayat tu..mesti dh teringin sgt tu..

    ReplyDelete
  3. kak marina, yg cheese tu kan, kene beli yg macam mana ehh??? dd xreti hehe

    pastu yg sos spageti tu, klu dah letak die,xperlu letak tomato puri ek?

    sos spageti akak letak sume ke cane

    ReplyDelete
  4. dd,

    cheese utk mkn dgn spageti adalah parmesan yg serbuk tu boleh tabur atas..tp xdok pun xpe ok je..

    akak x letak tomato puree psl sos dia pun dh sedap, pastu akak letak buah tomato yg di dadu kan, cukuplah kut masam nye.

    ada bnyk versi sbnrnya, kalu nk letak tomato puree jgn letak banyk takut masam sgt, letak dlm 1-2 sudu je..

    sos tu aka tuang mcm tu je dlm periuk..

    ReplyDelete

tima kaceh sudi komen, i love u olls!