Wednesday, September 8, 2010

Balik kampung..

Ramai dah yg start balik kampung.. malam tadi abg sulung saya yg masih solo baru smpai dr kL. Kwn opis pun dah ada yg cuti awal2 nak balik kampung. Suhana dan mizan pun dh smpai kat kampung di Durian Mentagau.  Saya nak sgt jumpa mereka ni terutama alesha dan aish. Insyaallah petang raya pertama kami sampai.

Keja2 semua telah dibereskan pd hari isnin. Supplier semua kebanyakan dh dpt payment before raya, alhamdulillah lega kepala otak aku nk menjawab kalu tak dpt payment lagi. Raya sakan la diorang, hahaha

Kat opis pun mood keja dh tak brp nak ada kecuali suzi si budak akaun, hahaha dia je la yg duki sibuk nk prepare gaji utk bulan ni punya. Kena prepare awal2 nanti cuti raya takut tak dan nak buat..hehehe. Lagu raya dh berkumandang. PC saya sudah wajib pasang lagu campur org lain punya, kdg2 bingit jugak, hahaha. Big boss start cuti ari ni. Sempena raya kitorang dpt cuti tanpa rekod 1 hari iaitu hari isnin. Pastu kebanyakan cuti semingu smpai sabtu so tutup kedai lah jawabnya.

Eh melalut plak, nk cite pasal balik kampung ni. Saya keja smpai khamis, kalu ikut tahun2 lepas, hari last keja tu biasanya bos bagi balik awal..hehehe. Tahun ni giliran raya kampung pakcik botak di Kg Teluk Lipat, Dungun. Raya ke 3 pagi insyaallah bertolak balik ke K.Trg, ada reunion raya dgn kwn2 Dip Ikang UPMT.huhuhu best!

pic credit to google

Balik kampungggg!! Hohoho balik kampunggg!

MySpace

6 comments:

  1. hepi nampak balik kg... siap nyanyi2... he3

    ************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan.

    5. Berhati-hati di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. selamat balik kg & selamat hari raya aidilfitri dari mekchu & family...

    ReplyDelete
  3. piewahid,

    pjgnye..heheh terima kasih juga krn sudi berkawan di alam maya ni..hehehe

    saya pun doakan yg sama buat anda.

    ReplyDelete
  4. mekchu,

    ni kwn jemah ke ni? hahaha

    terima kasih mekchue, selamat hari raya buat mekchu juga..

    jgn main mercun. ;)

    ReplyDelete
  5. Akak pun kejer sampai khamis tsk tsk tsk...

    Selamat Hari Raya & Maaf Zahir & Batin dr akak!

    ReplyDelete
  6. kak edrina,

    hehehe selamat hari raya kak!

    ReplyDelete