Thursday, September 23, 2010

"Bagaimana anda berada pada tahap ini?"

Beberapa orang teman2 saya selalu bertanya;

'bagaimana suami anda boleh berada pada tahap sekarang?'


tidak kurang juga yang tanya ;

'Bagaimana nak dapat jawatan itu?'


Dan beberapa soalan yang hampir sama yang pada saya hanya ada satu jawapan, iaitu ;

'USAHA, DOA DAN TAWAKAL'

Tujuan saya buat entry ni bukan untuk menunjuk2 atau yg sewaktu dengannya tapi sebab saya mula rasakan perbezaan hubungan keliling kami waktu dulu dgn masa sekarang.

Suami saya bukanlah berpangkat besar. Hanya seorang pegawai kerajaan biasa. Kalu nak dikirakan dgn umur dia skrg memang lambat la masuk kerja kerajaan. Tapi syukur alhamdulillah dengan usaha yang berterusan, akhirnya dapat juga jawatan tu. Orang kata kena pakai kabel. Kalu tak pakai kabel memang susah nak masuk. Itu saya tak nafikan. Saya pernah dengar orang kata kalu dah masuk SUK bolehlah esok2 anak pun masuk SUK.

Betul ke...??

Mungkin betul tapi pendapat saya kalu dia mohon ikut cara yg ditetapkan dan kelulusan yg ada sesuai dgn jawatan dan lulus semua ujian yg disediakan pastu ada kabel yg membolehkan peluang dia lebih cerah, itu tak salah. Saya pernah ikut satu ceramah 2 tahun dulu. Penceramah itu kata ;

" Kalu kita dapat sesuatu pekerjaan itu dengan menggunakan mana2 kabel atau cara yg sewaktu dengannya, itu bermakna memang sudah rezeki kita. Kalu dah takde rezeki, pakai kabel besar mana pun tak akan dapat. Yang penting usaha, doa dan tawakal. Kabel yg paling besar adalah ALLAH SWT."

Itu yg menjadi pegangan kami suami isteri. Suami saya dapat kerja ni pun setelah 3 kali mohon. 3 kali berturut-turut. Siapa yg pernah mohon jawatan utk Pegawai Tadbir @ PTD tau la macam mana ujian2 nya.

  1. Selepas menghantar permohonan, calon akan menjalani ujian bertulis yg merangkumi BM, BI dan Maths. Saya pernah lalui ujian tu sekali tapi gagal. Memang susah giler. 
  2. Mana2 calon yg lulus ujian akan terpilih utk melalui assessment di INTAN. Yang ni toksah cakap la. Pakcik botak citer ada public speaking, debat ala sidang DUN, ucapan dan apa2 lagi yg saya dgr memang darah gemuruh terus naik kepala.
  3. Akhirnya calon yg berjaya akan dinilai dalam temuduga. 
  4. Lepas temuduga khabar2nya ada juga tapisan nya tapisan dalaman nya. tapi yg tu saya kurang pasti.
Suami saya dua kali berturut2 hantar permohonan dan berjaya sehingga peringkat assessment tapi selepas temuduga, keputusannya gagal! Pernah cuba guna kabel tapi still tak berjaya.

Kali ketiga mohon, ujian bertulis-lulus. Dapat assessment-pun lulus. Panggil utk temuduga-alhamdulillah kali ini berjaya biarpun keputusan tau agak lambat. Malam sebelum dapat result tu kami bincang, next year memang tak nak mintak dah TCS ni, mungkin bukan rezeki. Tapi akhirnya dpt tau suami saya berjaya, saya sangat gembira. Ye lah bukan senang nak masuk kerajaan. Akhirnya rezeki kami.

Bila dah kerja kerajaan ni, saudara yg suatu ketika dulu pernah mendoakan syarikat tempat kerja lama suami bangkrap akhirnya mula berbuat baik. Kawan2  yg lama tak bersua mula sms ajak lepak2 minum dan dlm masa yg sama nak cuba lobi utk dapat kontrak/tender utk masuk bekalan ke SUK. Sedih sangat masa ni. Nampak sangat manusia ni even saudara sendiri pun boleh layan kita macam tu.

Masa susah, suami kerja syarikat uruskan bas bandar (org trg mesti tau bas bandar ni), takde nya nak berbaik2.  Siap doakan syarikat tu gulung tikar lagi. Ini mak saya sendiri yg bagitahu sebab dia berkata begitu dihadapan mak saya. Hanya Tuhan yg tau perasaan mak pd waktu itu. Agak lama saya tidak mengunjungi saudara itu. Sakit hati dgn kata2 dia. Kalu lah saya boleh putuskan hubungan persaudaraan tu, mau saja saya putuskan hubungan dengan dia dan keluarganya, tapi mak saya kata biarkan saje dia. Kalu nk diikutkan dari saya kecik lg, mcm2 perkara dah kami lalui dek sikap saudara yg satu ni, tapi kami biarkan je. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Hanya DIA yg memahami hati dan perasaan makhluknya.

Sekarang sudah nampak perbezaan layanan. Adat manusia kan. Yg cantik dipuji, yg buruk dikeji. kalu diikutkan bnyak lagi nak citer tapi rasa mcm melampau pulak.

Pesanan saya pd kawan2 yg selalu bertanya 'bagaimana anda berada pada tahap ini'?

Jawapan saya - USAHA, DOA , TAWAKKAL.

Apabila kita telah berusaha bersungguh dan sehabis daya, kita berdoalah pd Allah dan bertawakkal lah pada Nya. Hanya Dia tahu apa yg terbaik buat kita.

~Maaflah kalu entry ini agak emosional~

5 comments:

  1. kawan & saudara mmg senang dicari masa senang..

    ReplyDelete
  2. betul sgt2 apa yg dicoretkan marina...terasa mcm yg ditulis ni pengalaman sy sendiri je...sy juga telah mohon 3 kali utk tcs ni..kali ke-4 ni baru ada rezeki..mcm kata marina, sebesar mana pun kabel, kalau xde rezeki kita, tetap x dpt jawatan tu..kalau nak ikutkan pengalaman sy, 'kabel' sgt dekat dgn kehidupan sy sehari2...tp kenapa sy juga mcm org lain, bersusah pyh utk dptkannya hinggakan 4 kali percubaan baru dpt..jawapannya spt yg dikatakan : usaha+doa+tawakal...itu juga sy amalkan..alhamdulillah, kita manusia hanya merancang,keputusan tetap di tangan DIA Yang Maha Berkuasa..:)

    ReplyDelete
  3. biasa la kak na..golongan yg dok suka tgk org lain senang tu ramai..abaikan je..asal kita happy

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Sangat tertarik dengan entri inni.

    Memang betul, rezeki kita Allah yang tentukan...bila kita kat bawah, tak ada siapa pandang, bila kita naik atas, ramai orang mengaku sedara. Masa begini juga ramai yang cuba cahkeding hu hu hu

    ReplyDelete