Saturday, December 4, 2010

Jemput-jemput daging

Alkisahnya ada 2 bijik ubi kentang yg tak habis masa buat roti kentang tak jadi semalam. Ingat nk buat begedil tp tetiba mai idea lain. Hahaha. Akhirnya jadi lah jemput-jemput daging :). Atau dgn kata kata lain cekodok daging.



Bahan2 utk resepi sama mcm nak buat roti kentang ween monas2petronas. Xpe, saya buh resepi. Ada 2 cara utk masak jemput2 ni. Satu kaedah bakar dlm oven satu lagi goreng tapi kali  ni saya bakar.

Bahan2 :-
  • Daging cincang ( saya potong dadu kecik2)
  • 2 biji ubi kentang
  • Daun bawang, daun kucai dan daun sup
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam (tumbuk halus)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Setengah cawan tepung gandum
Cara2 :-
  1. Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil.
  2. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata.
  3. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  5. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit.
  7. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu.
  8. Tunggu sejuk sikit baru syok makan. Woohooo!
Sedap lah, suka suka suka! Saje nk bereksperimen dgn resepi semalam. Ingt nak tggu petang sikit baru makan tp tak sabar plak tengok duk bawak saji. Hahahaha terus ngap. Lain kali nk cuba versi goreng plak, mesti lagi garing.

Isi kat dalam tu lembut dgn kentang lenyek dan daging. Memang sedap lah!

makan tengahari lauk udang masam manis dgn singgang ikan selar.

:D

8 comments:

  1. 1st time dgr jemput2 daging..hehe..sedap yer..

    ReplyDelete
  2. kak..mentang2lah 2 org..ikan pon 2 ekor jer.hahahahahaha...nmpak cam sedap je jmput tuh..mintak skit blh?

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah, so creatif, nanti auntie nak cuba buat. TQ for sharing..

    ReplyDelete
  4. missalongwani,

    hahaha kang wat banyak2 x habis plak..huhu


    marina monroe,

    sedap aunty, cuba lah..

    ReplyDelete
  5. weeiii,,ok aku stuju sangat ko wat cemni,,hahhaa aku tak abeh2 lg teringat trajedi ko tu,,

    tp ni aku nak try wat ko nye puding roti lak :))

    hahaha lawak la marinah,,

    wish aku ada dkt ko,,leh jumpa n masak sama2 :)

    ReplyDelete
  6. monas2petronas,

    hahaha aku rasa aku silap uli dia punya roti la...part inti tu mmg dh sedap giler dah..hahaha

    eh buatlah, senang giler..gerenti pak sandy suruh buat lagi..

    bestkan kalu blh jmpa masak sama2..huhuhu rindu plak pdahal x pernah jumpa hahaha

    ReplyDelete