Showing posts sorted by relevance for query murtabak megi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query murtabak megi. Sort by date Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Murtabak megi

Rindu nya nak makan murtabak megi. Lama dah teringin tapi asyik luuuuupa je hahahaha. 2 hari lepas kebetulan semua bahan ada, boleh buat makan tengahari dan dinner sekaligus hahahaha dan masih berbaki untuk sarapan esok  pagi hahahahahaa.

Resepi dah ada kat tepi tu rasanya.


Saya guna 2 peket megi kari, 4 biji telur, daun sup, daun bawang, rempah kari megi tak dilupa, daging cincang sekeping, bawang holland potong dadu. Megi jgn lupa rebus tanpa rempah dan toskan kemudian gaulkan sekali, letak rempah dan pecahkan telur. Kalu suka boleh tambah cili api kalu nak pedas, lada hitam atau lada sulah.


Kemudian bentukkan ikut suka hati bentuk apa pun ke dalam kuali. Api sederhana je yejgn kuat pasal takut daging tak masak tapi kulit luar dah hangit.


Gorenglah biar garing skit baru best. Boleh cicah dgn sos cili atau kuah cuka. Lupa nak ambik gambar kuah tu. 2 sudu cuka, 4-5 sudu air masak, gula 2 sudu, bawang merah mayang halus, cili api. Kacau smpai gula larut. Kalu rasa masam  sangat tambah air dan gula skit lagi. Kacau dan rasa sampai secukup rasa.

Selamat makan :D





Wednesday, September 2, 2009

Murtabak megi..

Salam,

Semalam balik keja singgah pasar beli tauhu dgn sayur, konon nk buat tauhu sumbat..sekali balik rmh tgk mknan dh bnyk..dr luar dh bau harum semacam...tgk2 adik sy duk tggu murtabak megi masak..huhuu 1st time sy dgr nama murtabak megi ni..pdhal bnda ni dh lama tapi sy bru tau..


ni yg dh siap potong2..huhu sedaaap!

oleh kerana gue sdg bndera jepun try rs skit..walaaaa! sedapnye...trus tnya resipi..hahahaha..mak ada bgtau tp lupa plak..tp senang je caranya...nt la taruk resepi kut2 diha nk buat ke...hahahaha

sekian n3 utk hari ni... :-P

Sunday, September 13, 2009

Sebab ramai yg tnya, skrg gue letak resipi..

Murtabak megi

Bahan2 :-

1. 3 bungkus Megi perasa kari (saya guna 3 bngkus utk mkn 1 family)
2. 6 biji telur (kalu masa gaul tu x lekat, tambah telur lg)
3. daging / ayam cincang (beli yg cap ramlee je)
4. bawang besar potong dadu kecit2
5. daun sup
6. daun bawang


Cara2:-
Rebus mi megi dlu, pastu toskan. rempah megi letak tepi dlu.


Gaulkan daging@ayam cincang + mi +rempah megi + bawang cincang + daun sup + daun bawang.


Gaul bahan2 di atas sehingga sebati kemudian masukkan telur dan gaul sehingga semua bahan betul2 sebati melekat. Kalu nmpak x brp nk lekat atau kering masuk sebiji lg telur.


Kemudian panaskan minyak dan goreng dlm ketebalan 1 inci.


Potong2 dan sedia utk di makan.

senang je nih, klu x silap ada dlm suratkhabar itu hari, tp cuba lah mmg puas hati sbb sndiri buat, daging pun bnyk, klu murtabak biasa tu rs bawang je lebih..huhuhu