Thursday, January 10, 2013

Murtabak megi

Rindu nya nak makan murtabak megi. Lama dah teringin tapi asyik luuuuupa je hahahaha. 2 hari lepas kebetulan semua bahan ada, boleh buat makan tengahari dan dinner sekaligus hahahaha dan masih berbaki untuk sarapan esok  pagi hahahahahaa.

Resepi dah ada kat tepi tu rasanya.


Saya guna 2 peket megi kari, 4 biji telur, daun sup, daun bawang, rempah kari megi tak dilupa, daging cincang sekeping, bawang holland potong dadu. Megi jgn lupa rebus tanpa rempah dan toskan kemudian gaulkan sekali, letak rempah dan pecahkan telur. Kalu suka boleh tambah cili api kalu nak pedas, lada hitam atau lada sulah.


Kemudian bentukkan ikut suka hati bentuk apa pun ke dalam kuali. Api sederhana je yejgn kuat pasal takut daging tak masak tapi kulit luar dah hangit.


Gorenglah biar garing skit baru best. Boleh cicah dgn sos cili atau kuah cuka. Lupa nak ambik gambar kuah tu. 2 sudu cuka, 4-5 sudu air masak, gula 2 sudu, bawang merah mayang halus, cili api. Kacau smpai gula larut. Kalu rasa masam  sangat tambah air dan gula skit lagi. Kacau dan rasa sampai secukup rasa.

Selamat makan :D





3 comments: