Sunday, July 31, 2011

Kunjungan tetamu istimewa ;)

Petang tadi saya menerima kunjungan tetamu istimewa dari Perlis ;)





 yeaahh ini dia isteri si pelari pecut yg cute. Tq Suhana kerana sudi singgah ;)


Puding roti dgn sos kastard utk minum petang. Tq to Chef Syib yg menurunkan ilmu sos kastard yg meletops iteww :D




Kalu baca semasa berpuasa, harap maafkan saya ye ;)


Update khas utk cik puan nadia zahira ;)


Bahan2 utk puding roti :-

  • 3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • secubit garam
  • hirisan badam-goreng seketika dlm kuali tanpa minyak (blh ganti dgn kismis)
  • setengah buku roti (blh pakai roti biasa tp lagi sedap kalu guna wholemeal bread)

Cara2 buat puding roti :-

  1. Potong 4 roti atau suka hati nk potong lagu mana. Ketepikan.
  2. Satukan susu segar, telur, esen vanilla, gula perang, gula putih, secubit garam dan sedikit badam. Tinggal sikit badam utk tabur kat atas.
  3. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan roti yg telah dipotong sesuka hati dan biar ia terendam seketika sehingga kembang. taburkan baki hirisan badam kat atas permukaan.
  4. Dh agak kembang masukkan dlm oven dan bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30-40 minit

Sos Kastard :-

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 3 sudu tepung kastard
  • sedikit esen vanilla
  • secubit garam
Cara2 buat sos kastard :-
  • Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api perlahan. Perhatikan sos jgn smpai mendidih kuat. Dh agak pekat tutup api.
Blh makan.

2 comments:

  1. huhuh.. puding roti. sedap dimakan tp malas nk buat. macam mana ni? order leh tak??? hehehehhehe

    selamat berpuasa marina.
    semoga kita samer samer dpt keberkatan di bulan yg mulia ni. cepat je kan dah poser. pastu raya.

    ReplyDelete
  2. sukanya.. ada resepi.. thanks for sharing.. :) nmpk sgt sedappppp!

    Salam Ramadhan..

    ReplyDelete