Friday, April 21, 2017

De quervain's tenosynovytis

Aku terkena simptom² sakit ni sejak Abdullah Farhan berumur sebulan lebih. Pada awalnya aku ingat sakit sendi biasa yg aku selalu alami. P klinik makan ubat tak jalan. Pegi lagi sampai 3 doktor berlainan. Semua tak jalan. Last jumpa pakar tulang, bila aku bagitau je lokasi sakit terus dia sebut nama penyakit ni. Ternganga jap aku dengar nama hahaha canggih benor.

Ada 4 cara untuk kurangkan/hilangkan sakit ni. Pertama; makan pajn killer. Checked. Tak jalan. Tak berkurang pun sakit nya padahal yg paling kuat dah. Kedua; Fisioterapi. Cheked. Sedang buat. 2 minggu sekali. Ok lah sekarang dah makin kurang sakit dan aku dah faham boleh control pergerakan supaya tak sakit sangat. Ketiga; injection. Yg ni belum lagi sebab akj seriau dgn komplikasi jangka panjang tu. Padahal belum pasti jadi. Komplikasinya adalah urat boleh putus. Doktor kata takbsemestinya jadi tapi dia kena bagitau patient. Dan keempat; operation. Yg ni agak susah sebab budak kecik ni lah. Ikutkan hati aku nak je operate tapi mikir nak kena warded tu haishhh mana nak tinggal si bam bam ni. So sekarang ni aku sambung fisio je lah.

Nak terkena lagi, tangan kiri aku dah start rasa sakit yg sama. 2-3 hari lepas tu makin kuat. Sah, memang sakit sama. Adoii seksa betul. Abdullah memang anak yg aktif. Berat pon dah 8.2 kg dah diusia 7 bulan ni. Asyik nak melompat je kalau pegang. Dan dontor kata tangan aku overused. Dari pembacaan aku biasa new mother memang selalu kena.


De Quervain's tenosynovitis is inflammation of tendons on the side of the wrist at the base of the thumb. These tendons include the extensor pollicis brevis and the abductor pollicis longus tendons, which extend the joints of the thumb.

Semoga kedua² tangan aku makin berkurang sakit nya.  Seksa jugak nak buat kerja bila kedua² belah sakit ni.

Last but not least.


Alhamdulillah sihat membesar. Dah 7 bulan nak masuk 8 bulan dah. Dah pandai tarik dada. Aktif sangat. Alhamdulillah Mudah dijaga. Senang bawak berjalan ke mana². Menangis kalau lapar, nak tidur. Sebenanrnya memang kuat berjalan dia ni ikut umi dgn papa 😅. Ada taik lalat di betis haahaha. Semoga Abdullah Farhan Hisyam membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. Amiinnn.