Friday, October 8, 2010

Masak-masak ~ Kueyteow goreng simple~

Fuh, sedap!

Hahahaa sendiri buat sendiri makan sendiri puji. xpelah kan, sape lagi nak puji..hahahaha

Ok, 2 hari ni saya dan adik tidur kat bandar rumah makcik teman sepupu kan, so mlm ni kita masak kueyteow goreng yg simple tp sedap. Dan ternyata adik dan sepupu saya kata best!

 Kueyteow goreng

Bahan2 :-
  • Kueyteow
  • Isi ayam -potong2
  • Fishball @ bebola sotong pun boleh
  • Taugeh @ camboh
  • Sos tiram
  • Cili boh
  • Kicap
  • Sos cili & sos tomato
  • Bawang putih 2 ulas - cincang halus
  • Bawang besar 1 biji-blender atau cincang
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula
Cara2:-
  • Tumis bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan bawang besar yg di blend@cincang.
  • Masukkan cili boh, tumis sampai cili masak, masukkan sos cili, sos tomato, kicap. Agak2 le sos tu masuk bnyk mana ye, saya main masuk je. Perasakan garam dan gula serta sos tiram. Kemudian masukkan ayam.
  • Bila ayam hampir masak, masukkan kueyteow (basuh dulu ye) dan hirisan fishball @ sotong ball. Gaul sekejap kemudian masukkan tauge. Masukkan air biar banyak kuah sikit, kemudian pecahkan telur dan gaul sekejap.
  • Jgn lama sangat gaul lepas pecahkan telur, takut kering, pastu tutup. Dah siap!
  • Hias la ikut kreativiti sendiri, sy x hias pun sbb cari mana yg ada je. hahaha


Boleh makan dgn keropok dan nugget sbgai sampingan.

Selamat mencuba!

5 comments:

  1. walaupun simple tetap sedap kan?tu pun menu biasa sy di hari minggu..hihi

    ReplyDelete
  2. hamizah,

    buat sendiri tak sedap pun jd sedap..


    whoopz,

    udang xdok..hehehe


    kejora,

    senang dan simple..

    ReplyDelete
  3. menu paling mudah..kalau ada orang datang umah punmemang menu nih la yang jadi pilihan saya..hehehehhe...cepat dan ringkas..tapi hasilnya sedappppppppppp

    ReplyDelete