Saturday, December 17, 2016

Anakanda

Assalamualaikum wbt. Lama sungguh tak bersiaran. Apa nak buat. Dgn FB, ig buat aku jadi lupa kpd blog. Huhuhu padahal blog ni yg mula2 aku guna sebelum wujudnya media sosial yg lain.

Ok sebenarnya hidup aku dan Pb dah totally 360° bertukar hahhaha. Ini lah puncanya.




Setelah 8 tahun hidup berdua, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki dan amanah yg satu ini kepada kami. Abdullah Farhan Hisyam nama diberi. Asalnya Abdullah Farhan shj tp papa nya nak jg nama dia sekali dlm nama anak. Tu yg jadi panjang nama tu huhuhu. Nama anakanda ini jg bersempena nama sesorang.

Hari ni dah 3 bulan 9 hari. Doakan kami berjaya mendidik amanah Allah ini dgn sempurna.



Friday, June 3, 2016

Cendol durian @cendol champion

Assalamualaikum wbt. Lama benor x update sini.

Kali ni nak share satu lagi lokasi kedai cendol yg wajib pergi iaitu The Cendol Champion. Lokasi nya adalah di Wakaf Tengah, Kuala Nerus. Jalan menghala ke Batu Rakit.

Fb : Cendol Champion

Menu. Macam-macam cendol ada sebenarnya. Korang tgk kat fb page cendol champion ok. Tak tau nk makan yg mana tapi rasa cendol durian dulu. Nanti esok-esok try yg lain pulak.

Waktu operasi (kredit fb cendol champion)


Peta lokasi (kredit fb cendol champion)


Cendol durian


Mee kolok

Vietnamese spring roll 


Menu lain kalau tak salah ada nasi lemak RM 1 dan mi goreng. Tadi masa kami sampai makanan tak sampai lagi. Makan cendol  dulu. Orang ramai tak putus-putus. Tahniah kpd pemilik Puan Norhayati Hamzah #jangantiru hehehehe

Sedap giler ok cendo durian. Yg best air nissang boleh topup kut-kut la terkurang manis. Spring roll pon sedapppp. Ok boleh berkunjung ke fb : cendol champion atau IG : cendolchampion.

#cendoldurian #cendol #meekolok #springroll