Sunday, December 5, 2010

Menu malam ini - Mee rebus seafood

Td otw balik opis tanya pakcik botak nak makan apa malam ni.. Katanya borim dh makan nasi, apa kata buat mee rebus. Saya kata okeh tapi kena p cari sayur psl sayur dh abis stok.

So, berdesup ke Nirwana Maju. Beli utk stok seminggu terus.

Pas maghrib start potong apa yg patut sambil basuh kain. Mcm tak hujan je so elok utk jemur kain malam ni, esok dh kering ;)

Okeh, resepi nye seperti biasa, sila scroll ke bawah ye ;)



riang nye dpt makan mee rebus ye..sian pakcik  botak dia selsema sebenarnya ni tp makan punya psl happy je hahaha

Bahan2 (utk 2-3 org makan) :-
  • Mee kuning (separuh je)
  • 1 biji bawang besar - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • Sedikit ikan bilis - tumbuk
  • Sedikit lada hitam - tumbuk
  • Kobis
  • Sawi
  • Fishball
  • Ketiak jagung (korang panggil apa ek ;P)
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 susu sos tiram
  • Sotong - potong2
  • 3 kepingan keropok keping 
  • 2 biji telur
  • Air

Cara2 :-
  1. Mula2 tumbuk lada hitam smpai lumat, kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lg. Pas lumat semua masukkan bwg putih dan bawang besar. Tumbuk sekaliggus bahan2 tu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk sampai layu dan naik bau.
  3. Masukkan air utk dibuat kuah sesuka hati korang. Masukkan sotong dan tunggu hingga mendidih. Masukkan fishball.
  4. Perasakan dgn garam dan gula serta sos tiram.
  5. Masukkan mee dan segala macam sayur mayur tu. Patah2kan keropok keping (yg belum digoreng) ke dlm mee rebus tu. Ni mak mertua saya punya secrett resipi la ni.Tunggu hingga mendidih dan rasa lah tawar ke masin ke. Kalu tawar tambah garam. Agak2 korang lah ek.
  6. Pecahkan telur perlahan2, jgn kacau takut telur pecah. Biarkan mendidih seketika dan tutup.
  7. Okeh dh siap boleh hidang.
Selamat mencuba uolss.
~ Blog ni dh jadi blog masak2 plak..hehehehe ;) MySpace

7 comments:

  1. owhhh nampak sangat sedap.. hujan2 ni hirup me rebus gini panas2 nikmat betul.. :)

    ReplyDelete
  2. betul lady, sejuk2 ni hirup makanan berkuah memang sedap.. ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnye..sejuk hujan2 mkn mee rebus!

    ReplyDelete
  4. kalau ada cili padi potong campur kicap lagi sedap n nikmat makan kan

    ReplyDelete
  5. nampak sedap...tapi tgk gambar jer tak berapa sedap..klu dapat makan sekali..lagi sedap..

    ReplyDelete
  6. diamilikku,

    tu la, lada jeruk pon best tp pakcik botak xsuka la..sp xde lah..hahaha


    N cen, kalu nk makan mai rumah k.na nt k.na wat special utk N..

    ReplyDelete