Monday, December 6, 2010

Rayyan Fantasi

Buat peminat Ramlee Awang Murshid, novel terbaru beliau sudah terbit! Mempersembahkan...

Rayyan Fantasi

Sinopsis :-

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
 
 Kat K.Trg dh ada kut, harus p terjah ni!

Gambar dan sinopsis kredit kpd  kelabram.com

10 comments:

  1. coursemate saya masa di UKM..sangat baik...membantu saya banyak dalam tugasan..masa tu saya cuma tau dia keje RTM..then buat part time belajar...tak tau pulak...rupa2nya dia novelis....hehehhehehe...tapi saya tak penah baca novel2 dia..sebab saya tak berapa suka cerita2 seram mistik nih...

    ReplyDelete
  2. diamilikku,

    ooo kenal ke..? dia ni glamer tau. best la novel dia x bosan. saya suka misteri dan thriller nih..


    sandra azwan,

    welkam ;)


    mr.penyubiru,

    org laki suka layan juga ke layan novel. jarang saya tgk ;)

    ReplyDelete
  3. hi mariah ;)

    baru lani menziarah.

    suka masak.
    suka makan.

    mmg boleh geng kiter nih.

    err.. menanam? tangan gua panass....! tanam apa pon tak jadi, let alone laa pokok pear segala ;P

    try cari pokok mulberi, buah ceri2 dia sedap ;)
    err.. ke dah ada gak? :)

    ReplyDelete
  4. hi alis ;)

    saya pun suka makan dan suka masak..hehee mmg buleh geng.

    nak cari jugak pokok mulberi tu tp kat trg ni payah skit.

    ReplyDelete
  5. alamak akak takut nak baca buku yg ade bisikan2 nie ...

    ReplyDelete
  6. elly,

    hahaha best kak novel dia..cubs lsh..


    atty's

    kty try la baca mmg best..hehehe

    ReplyDelete
  7. aku memang minat semua novel Ramlee,aku dah ada semua koleksinya cuma yg ni je takde lagi sbb tak jumpa kat pasaran.. biasanya novel beliau cepat habis...

    ReplyDelete