Monday, February 17, 2014

Amanda vs Amani

Layan gambar Amanda dengan Amani je lah. Banyak bebeno gambar budak 2 org ni.

Amanda dah setahun dah blh jalan skit. Big girl sgt sebijik ikut papa dia muka dan ketinggian.  Berat dh 12 kg.  Sakit pinggang aku dukung lama.

 Hahaha si Amani dan masuk 10 bulan baru nk kuar gigi tu pon x brp nk kuar lg. Berat 8 kg je kecik ikut ibu dan abi dia.

Amani sgt lah jeles bila Amanda balik. Xleh org dukung amanda mesti dia nangis nak suruh org dukung dia sekali hehehe kecik2 dah pandai jeles hihihi














ok bai :)

Sunday, February 16, 2014

Amanda 's 1st birthday

Dah lama xde gambar anak2 buah ku Amanda dan Amani. Amanda balik kg minggu lepas so mama nya plan nk smbut birthday sekali kebetulan jatuh 11 Feb. Buat pun ala kadar utk makan kami skeluarga je.

Menu adalah nasi himpit (org ganu panggil nasi kapit) dgn kuih kacang, nasi kunyit a.k.a pulut kuning dgn daging merah, laksa kuah masak dan bbq ayam. Yuummm my favorite is nasi kapit lah hahaha.




Mama dan papa Amanda cuti seminggu so decide buat 11 hb tu jg tp ptg lps semua org balik keja. Syok sgt bbq depan kolam ikan :)

K layan pics of the day :)








ok bai

Saturday, February 15, 2014

1st time di Ipoh

Lama tak berjalan-jalan. Akhirnya awal tahun hari tu aku ikut PB p Ipoh. Ini 1st time aku stay kat Ipoh.



Ok la hotel ni. Kebetulan masa tu depa baru nak siap2 utk CNY so banyak hiasan merah je lah haha. Sehari sebelum balik PB bgtau bilik kami diupgrade ke Executive Suites. Hahah layankan je lah. Giler besar oii.








Makanan pon boleh tahan dan yg penting Halal

Sebelum balik singgah la beli limau. Tak sah kalu p Ipoh tak beli limau ye dok?


Ok next time boleh datang lagi p round utara terus hehehe

Friday, February 14, 2014

Resepi : Cheezy baked meatballs

Aku suka sangat order meatballs kalu p Pizza hut.Sedap sangat. Tapi sokmo tak puas makan hahaha. Aku cuba la gugel resepi rupanya banyak je resepi dan mudah sangat. Banyak versi jugak aku jumpa tapi yang pastinya senang dan mudah.


Bahan-bahan :-

Meatball ( saya gunakan Ramly  tp brand Marina lebih bsr dan sedap tp susah nak jumpa)
Bawang holland
Sos carbonara Prego
Susu segar
Capsicum
Cheese (saya gunakan mozzarella dan cheddar)


Cara-cara:-
  1. Rebus atau goreng meatball. Saya rebus, lebih lembut rasanya.
  2. Dalam kuali tuangkan sos carbonara, tambah sedikit susu sbb sos sedia ada pekat sedikit. tapi jika suka kepekatan sedia ada x perlu tambah susu.
  3. letakkan meatball yg dh siap digoreng atau rebus dlm loyang atau apa2 bekas. Tabur bawang holland yg dihiris kasar dan capsicum yg telah dipotong. Sesetengah resepi mereka goreng seketikan bawang dan capsicum tp aku x suka sbb nanti bila bakar jd terlebih layu.
  4. Tuangkan sos yg telah dipanaskan.
  5. Tabur keju di atas dan bakar dalam oven selama 5-10 minit atau sehingga keju cair dan sedikit perang.


Ok selamat mencuba. Tak rugi cuba sebab memang sedap dan berbaloi.

Thursday, February 13, 2014

Crumble and lace 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama tak post hasil beading di blog. Tapi di FB sentiasa ada. Lebih mudah upload terus dr handphone berbanding guna blog. Tak lawas nak upload kat blog guna phone. Bila senang guna phone malas nak buka laptop. Tapi harap2 tahun ni lebih rajin untuk update blog sebab sesuatu yg menarik dan baru akan muncuk tak lama lagi. Tungguuuuuu..

Ok now aku nk kongsikan hasil beading utk tahun 2014. Akhir tahun lepas aku stop beading dan crochet sebab tumpuan kepada Ivf. Now aku dh start balik.



Ini crumble di lengan utk baju cikgu Puteri Islam



Ini pulak utk baju cikgu Pengakap


Crumble lace with 3D flower







Baju purple ini baju tuan tanah sendiri hahaha setelah sekian lama duk wat kat baju orang akhirnya berjaya jg buat utk baju sendiri hahahaha.

Sesiapa yang berminat  nak tengok gambar2 lain boleh view Album Beads & LAce di Fb saya. Lebih updated di fb. Sebarang tempahan boleh email atau pm saja di FB. 


Tuesday, January 7, 2014

Cutti-cuti Malaysia Part II - Jom Bali & Abang Burn

1st  time makan kat Jom Bali. Sebenarnya sambut hari lahir Pkcik Botak hahaha tapi dia yg belanja hahahaha. Best jugak. Portion dia banyak.


Order kena tulis sendiri kekdahnya hahaha


Sedap dan banyak.

Yg kitorang pi ni kat Wangsa Walk dekat dgn umah k.zie. Sebenanrnya tengah tunggu giliran kat pej pos tengok orang ramai sangat makan dulu.

Pas tu malam bila ntah p Burger Bakar Abg Burn kat Setiawangsa. Aku tak brp sangat burger bakar ni sbb penah makan yg tak brp sedap hahaha. Tapi yg Abg Burn ni  opkos la ken atry tengok blogger duk promote je awal2 kemunculan Abg Burn ni.



Kami order burger riang apa ntah. Order satu je psl dia double. Pastu meatball. Giler sedap weh!


Ok nanti nak try Burgerbyte plak.

Ok bai. Laparburgerplak :P

Sunday, January 5, 2014

Cuti-cuti Malaysia Part 1 - Karangkraf

Tiap-tiap akhir tahun kami suami isteri akan bercuti panjang dan ambik kesempatan masa tu utk beli bbrp item yg mana akhir tahin sudah semestinya banyak sale hehee. Sebenanrnya tahun ni tak plan sebab ada sesuatu yg berlaku tapi last minute PB ambik cuti seminggu utk pujuk aku hahaha.

Kami putuskan untuk ke KL saje sebab aku nak g jualan buku kat Karangkraf Sek 15 Shah Alam dan juga nak beli baju keja Pakcik Botak.

So lokasi pertama adalah Karangkraf :-



Hasil rembatan. 2 biji novel RAM aku beli semula sebab xtau pegi mana sape pinjam ntah tak hantar balik. Setiap buku ni dapat 30% less. Kalu ada kad dapat extra 5% tp aku xdok kad. Sape2 yg terlepas bulan Feb nanti ada lagi sekali.

Otw balik lalu kut Uitm, Pakcik Botak nak mengimbau kenangan hehehe.



Tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pulak tempat ber tuuuuutt hahahhaa


Berlatarbelakangkan Sykt Bas Kelang-Banting. Tempat keja PB yg pertama :)

Mengimbau kenangan letewww hahaha.

Ok bai.


Cerita musim banjir

Ni kisah bulan Disember 2013 yakni bulan lepas lah. Masa hujan duk turun lebat mencurah-curah dengan banjir besor di Kemaman dan Kuantan, rumah mak aku tak terkecuali tapi belakang dapor je lah.

Alkisahnya rumah mak aku dikelilingin baroh jadi adik2 ipar telah membuat inisiatif dgn memotong rumput di permukaan baroh tu utk dibuat kolam. Maka terhasil lah kolam ikan semulajadi hahaha.






Tak lupa si Amani nak enterprem.

Ok. bai :)

Friday, January 3, 2014

2014

Selamat tahun baru 2014. Masih belum terlambat aku nk ucap. 2 bulan lebih blog terabai. Malas, xde mood dan segala2nya yg buruk membuatkan aku malas nak update blog. Ditambah pulak sekarang ni online kut handphone je tu yg malas  nk on laptop. Nak update kut handphone tak lawas plak haha.

Ok back to the topic.

Tahun 2013 meninggalkan seribu kenangan pahit manis buat kami berdua. Akn ku coretkan jugak disini tp masih mencari kekuatan dan idea hahaah. Aritu aku link blog ni dgn fb thru networked blog so bila aku update automatik akan kuar kat fb. Tapi aku dh buang dah sbb tetiba rasa malu bila ada org baca blog. hahah Malu le sgt. Puii :D

Aku ada banyak modal nk blog kan tapi tunggu lah satu2. Aku start blogging dr bulan jun 2008 sejurus lepas aku kawen bermaknan dah 5 tahun lebih. Lama la jugak. Ramai kawan yg aku jumpa dalam blog ni. Ada yg masih bertahan berkawan sampai ke hari ni. Ada yg dah pernah jumpa dan ada yg terputus hubungan. Tunggu bulan 6 ni la buat anniversary blog hahaha.

Modal dah hilang nanti aku sambung blog lagi. Azam tahun baru update blog banyak2. Nanti nuffnang masyukkk! ok jom layan MLM :)