Friday, February 14, 2014

Resepi : Cheezy baked meatballs

Aku suka sangat order meatballs kalu p Pizza hut.Sedap sangat. Tapi sokmo tak puas makan hahaha. Aku cuba la gugel resepi rupanya banyak je resepi dan mudah sangat. Banyak versi jugak aku jumpa tapi yang pastinya senang dan mudah.


Bahan-bahan :-

Meatball ( saya gunakan Ramly  tp brand Marina lebih bsr dan sedap tp susah nak jumpa)
Bawang holland
Sos carbonara Prego
Susu segar
Capsicum
Cheese (saya gunakan mozzarella dan cheddar)


Cara-cara:-
  1. Rebus atau goreng meatball. Saya rebus, lebih lembut rasanya.
  2. Dalam kuali tuangkan sos carbonara, tambah sedikit susu sbb sos sedia ada pekat sedikit. tapi jika suka kepekatan sedia ada x perlu tambah susu.
  3. letakkan meatball yg dh siap digoreng atau rebus dlm loyang atau apa2 bekas. Tabur bawang holland yg dihiris kasar dan capsicum yg telah dipotong. Sesetengah resepi mereka goreng seketikan bawang dan capsicum tp aku x suka sbb nanti bila bakar jd terlebih layu.
  4. Tuangkan sos yg telah dipanaskan.
  5. Tabur keju di atas dan bakar dalam oven selama 5-10 minit atau sehingga keju cair dan sedikit perang.


Ok selamat mencuba. Tak rugi cuba sebab memang sedap dan berbaloi.

6 comments: