Sejak pindah ni lbh kurang 2 bln lepas, teringin sangat nak makan nasi lemak. Tak nak yg beli nak buat sendiri. Memang lama giler tak makan. Pikir punya pikir buat hari jumaat la, buat banyak skit ingat nak bagi jiran belah kiri dan kanan.
Bukan apa, kalu makan 2 org padan nasi lekat jadi kerak je :D. Pagi td pas subuh tido jap, sejuk kan, hujan dr petang semalam x stop. Air longkang dh penuh. Harap2 tak melimpah lah.
Pas tu terjaga kul 8.40 am terus standby kat dapur. Semalam dh tepon mak tanya cmne nak buat nasi lemak. hahahaha ni kali ke 2 buat. Kali pertama adalah 10 thn lps tu pun buat dgn adik2. hahaha.
Tengah2 syok buat tetiba baru teringat lupa nak masukkan daun pandan. haiish, nasi dh nk masak dah. Cpt2 ambik daun pandan, baru nk ikat daun pandan nasi pon masak. Hadoilaaaa patut lah wap dia tadi tak bau wangi sgt. Bau santan je. Tak pe, rilek2, masukkan jugak daun pandan tu pastu gaul2 dgn nasi panas tu. hahahaha nasib la over confident sangat hahahahaa.
nasi lemak sambal bilis. Ayam goreng pun ada tapi kat bwh saji. Ni nak bagi dekat kak siti, jiran sebelah kiri.
mintak pakcik botak hantarkan ke rumah kak zal, jiran belah kanan. hujan2 bawak nasi 1 pinggan. hahahaaha
Malu jugak kalu jiran rasa x brp rasa nasi lemak. Hahaha xpelah, hantar je, sedap tak sedap blkg kira. Tapi pakcik botak kata sedap! Tu yg penting! hehehehe














