Tuesday, January 4, 2011

Trilogi Cinta Sharifah Abu Salem

Dulu2 kan 4-5 tahun dulu saya ada terbeli satu novel yg ditulis oleh Sharifah Abu Salem. Tajuknya Tak Seindah Mimpi. Memang best lah. Pastu tak lama saya terjumpa plak sambungan novel ni iaitu Tak Semanis Impian. 

Meletup lah kisah Norjinah ni. Rupanya ada satu lagi pelengkap novel ni iaitu yg ke tiga Tiada Lagi Mimpi. Puas hati baca. Bukan kisah cintan cintun tp kisah keluarga yg mmg mcm2 hal lah. Hahaha nk cerita tak reti kena baca jugak baru paham.




Pas abis baca semua tu terpikir jugak, kalu ada org buat drama bersiri mesti best ni. Tapi kena cari pelakon2 yg sesuai le. Tapi itu dulu lah.

Minggu lepas lepak2 gn pakcik botak dpn tv. Sekali kuar gezet iklan Trilogi Cinta. Tengok2 punya tengok..waaah! best lah! Trilogi novel tu di drama kan. DIa start tayang hari Ahad-Selasa pukul 10 mlm. Baru Ahad baru ni episod 1. Huhuhu dh berapa tahun tak layan drama bersiri ni. Kat TV1 pulak tu. Hahaha

Pas tu apa lagi saya dh cop tv setiap Ahad-Selasa. Pakcik botak jgn ngada2 nk tgk awani ke arena ke, time tu saya dah cop. Hahahaha. Ahad baru ni dh tgk la 1st episod. Ok lah, puas hati psl dia buat drama kan, kalu buat movie rasa x lepas psl novel dia pjg, mesti banyak tak masuk. Mcm Budak Setan tu.

Pemilihan pelakon mmg kena dgn watak. Rosyam Nor - Razif dan Fouziah Ghous- Norjinah mmg kena lah. Kalu baca balik citer tu mmg sesuai la dgn pelakon ni. Yg lain2 pun ok, Amyza Adnan sbgai Salmi, isteri Razif yg curang. Cuma watak Pak Badar  tu kalu dpt Abu Bakar Omar bagus juga. 

Paling kelakar mak Razif ; Aida Rahim Khalida. Hhahaha sebijik jugak tp mcm over skit cerewet dia dlm cite compare dlm novel tp dh sesuai. Anak2 Razif pun pandai berlakon. 

Keseluruhannya saya puas hati sgt. Hahahaha. Tak sabar nak tengok malam ni plak. Haaahaha

MySpace

11 comments:

  1. sy pun suka sgt dgn trilogi novel2 tu, siap ada koleksi lg kat umah...tp nak tgk drama dia mlm ni x boleh, mak ayah nak cop utk halaqah tv9, terpaksa mengalah ler...uwaaa..isk3.

    ReplyDelete
  2. sama lah kite... rasa nak baca sekali lg ;). kena beli 1 tv lg huhuhu

    ReplyDelete
  3. owh..patutla td ada baca kat surat kabar tenteng pelakon2 dia..cerita ni ke..tapi novel dia memang bagus la ka..teringat plak waktu form4 gila baca novel.

    ReplyDelete
  4. Baru tengok semalam (ari selasa) dah misss 2 episod :( kat RTM ade siaran online tak? .. balik karang nak google la

    ReplyDelete
  5. baru teringat nak tengok semalam, tapi melepas jugak sebab p layan citer atilia kat prima ke ria. huhuhu

    ReplyDelete
  6. nur fairuz,

    huhuhu best kan ;)



    cheqna,

    best2 ! ;)



    elly,

    rugi kan, patut kena buat online atau ulangan..hahaha


    NMO2,
    huhuhu RTM xde ulangan la dear ;)

    ReplyDelete
  7. memang best...nak nangis pun ada bila ji dah keluar rumah...tersentuh jiwa...padan muka si salmi tu...

    ReplyDelete
  8. salam cmua, saya pun tengok dan baca ketiga3 novel ni. tengok drama mcam lagi puas, tak sabar tunggun hari ahad hingga selasa. drama ni best sesangat

    ReplyDelete
  9. memang best pun...bleh tgk kat website rtm utk tgk balik episod yang dah terlepas....ada...best sgt,,,

    ReplyDelete
  10. best sangat2 dan ketiga2 novel tersebut telah pun saya baca..bila jadi drama lagi lah suka

    ReplyDelete