Thursday, April 12, 2012

Redang Clean Up Campaign 2012

Super duper busy sebulan dua ni. Adoi.. Rumah pun ala-ala terbiar je hahaha. Bersepah. Maleew la kalu org mai. Hari Jumaat balik dari Penang, hari Ahad PB sms.

'Esok kita gi Pulau Redang, lusa balik.'

Waaahh bestnyee, dah lama aku nak gi pulau nih. Walaupun hanya 1 malam tapi oklah. Benda free kan hahahahaa. Sebenarnya PB ganti bos dia dan jugak boleh bawak isteri. I like ! tujuan utama adalah untuk bersih kawasan Pulau Redang. Kempen ni anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Aktiviti ni kalu tak silap setahun 2,3 kali gak la. Tahun lepas PB tak join pasal clash dengan program lain.

Pagi-pagi lagi driver dah tercongok depan pintu. PB ni salah dengar maklumat, org kata 8.30 nak turun dr rumah dia bantai 8.30 kumpul kat jeti. Sudahnya belum pukul 7 driver dh sampai haha aku pun terpisat pisat ngantuk lagi.


Yang pegi ni mostly lelaki la. Perempuan nya termasuk isteri pegawai 6 org je. Aku duk belah dalam. Sib baik tak pening.


Laut yang tenang jang disangka tak bergelora. Gelombang agak kuat jugak lah weh, terhentak hentak.



Oh aku suka sangat bunga ros jepun nih. Nanti nak tanam lah banyak-banyak macam ni.


Adoyai dah macam minah senget dah hahahahaa. Gi pulau tak yah cantik-cantik lah hahahaaaa.











Sampai tu hujan, makan-makan dulu kul 2.30 start gotong royong. Sampah takde lah sangat pasal diorang memang jaga  kawsan ni cuma buang pokok-pokok dan tebas-tebas mana yang patut. Aku pun join jugak ye, hehehe. Cik Abang, sila kaver perut hahahaha.



Aku suka pokok nyor senget nih.


Pentipu sangat, tak tido pun.


Manusia adalah super duper ramai okey. Mostly chinese dan mat saleh pun ada. Kitorang stay kat Redang Lagoon. Bilik ku betul2 tepi pantai. Malam dengar la bunyi ombak menghempas, hehehe seram pun ada takut tsunami hahahaha. Kebetulan masa kitorang gi tu asyik hujan je.



Hari last, bersantai sementara tunggu makan tengahari. Sempat khatam sebijik novel.

Oh best sgt. walaupun cuma 2 hari 1 malam. Yg tak best adalah manusia sangat ramai dan kat sini tak kira maghrib ke zohor ke bising je. Dengan lagu nya dengan org mandi laut nya. Ye lah pelancong ni bukan tau masa.

Tercapai wishlist tahun lepas haahahahahaha.

Sunday, April 8, 2012

Sate Mastura

Ni citer otw balik dari Penang. Kitorang tak berenti makan pun, makan roti je dalam keta. Cadangnya nak makan sate kat Jabi, Besut. Ada satu tempat yg selalu makan tu sate Lintang apa ntah. ramai sokmo orang dengan parking payah. Aku bagitau PB nak makan sate yang dekat masjid Jabi sebab dulu dulu pernah makan memang sedap la.

Masa sampai Jabi nasib baik tak terlepas. Orang tak ramai sangat mungkin awal lagi. Kami order sate ayam dan daging.  Tak bagitau pun nak banyak mana, dia mai hantar je. Kita makan je, nanti dia kira la brp cucuk yang kita dah makan.



Dia mai hantar sate daging 12 cucuk, sateayam 12 cucuk. Abis semua aku dgn PB makan hahahahaha! banyak gileerr! Sate total RM16 tu harga complete dengan nasi himpit dan bawang, timun tu. Memang best. Sate dia banyak isi.

Aku sokmo tak paham kalu makan sate ni, diorang bakar sate, tapi sate tak hangus tapi isi masak, juicy semua. Kalu aku  mau kering garing dah hahahaha.

Lupa plak nak ambik gambar kedai. Kat Jabi ni memang famous dengan sate. Banyak sebenarnya kedai sate kat sini dan sedap-sedap jugak cuma terpulang pada selera masing-masing.

Saturday, April 7, 2012

Citer Pulau Pinang lagi

Alang-alang dah ada gambar meh kita tepek kat blog je lah. Simpan buat apa kan.

The next day (Khamis) PB abis sampai tengahari je. Aku dah tanya dia pagi tu ari ni abis sekerat ari je kan? Dia kata macam biasa kul 5. Sekali tengahari bunyik loceng bilik. Hahahaha tepat sangkaanku.  Mula-mula cari makan dulu lah.

Makan nasi kandar lagi pastu round-round ke Queensbay Mall. Cuci mata je tapi sesat plak dalam tu nak cari parking. Lupa kitorang dari mana sebab ada central zone, north zone, south zone. Adoi dekat sejam jugak pusing-pusing. Last2 zikir2 baru teringat hahahahaa.

Dah sesat tu lapar plak, nak gi Persiaran Gurney tapi entah tak jumpa padahal tak jauh pon. last-last gi Padang Kota balik lah, nak makan laksa. Ok sampai je kita order laksa dgn coconut shake.

 Oh sedapnyeeee..


Beli jeruk skit. Beli kat Padang Kota tu je, sebab dah malam. Ween sajes beli kat Chowrasta tapi lewat takut tutup lagipun bukan nak beli banyak pun. Aku beli campur-campur dalam 2 kg je.

Hari last cadangnya pas brakfast terus valik lah. Awal skit sampai nanti. Masa tengah breakfast ada suami isteri ni duk meja sebelah. Laki dia Chinese tapi bini mat saleh. Tengah-tengah makan sekali bini dia tegur. hahaha katanya dia suka tudung aku. Tapi dia sebut skarf  la. Tanya beli kat mana  bla bla bla cite sembang skit. Hahaha lawak lah. Tudung hijau ni aku beli dengan fiza.






Perjalanan balik lancar dan tak banyak berenti pun. Berenti kat hentian Titiwangsa tu je utk pi toilet jap. Pastu ambik gambar. Aku suka la pokok giant fern ni. Tanam kat umah best nih Hehehhe.

Ok tu je sampai Trg pukul 5 lebih singgah umah mak hantar jeruk pastu balik. Oh lupa sebelum tu pi makan sate, tapi next entry lah.

Thursday, April 5, 2012

Makan-makan di Pulau Mutiara

Ari tu ada terbaca kat satu blog, dia kata kalu pi Pulau Pinang tapi makan KFC memang tak patut la hahahaha. Betul lah kan, Pulau Pinang ni syurga makanan kata orang.

Hari pertama dah pekena nasi kandar kat bawah Komtar. Sebab lapar sangat baru sampai kan, makan mmg
tak toleh kiri kanan. Hahahaha. Kitorang stay kat Traders Hotel, Georgetown. Sebelah ada Komtar dan 1st Avenue. Ye ke nama shopping complex tu. Pragin Mall sebelah jugak.

Hari Rabu habis je PB keja, kitorang kuar le. Target nak gi Padang Kota. Nak makan pasembor. Dekat je rupanya.


Kena pilih-pilih rupanya. Kalu kat Trg ada 1 tempat jual pasembor dia letak je sbb tak banyak mcm sini.


Satu pinggan ni kena RM15. Ambik sotong, udang, ketam tak ambik lah xtau nak makan camne nanti. Hehehe sedap laaaaa.


Setelah di gugel, ramai kata Hussein ni sedap. memang sedap pon hehehe. Tak lupa juga, kami order char kuey teow. Terkejut tengok bila sampai.


Udang bapok besor! Aku tak pernah makan char kuey teow udang besar gini. Dalam gambar ni tak nampak sangat kan tapi dh macam udang galah besarnya. Harga RM8/sepinggan. Ok lah dgn udang besar tu. Ke harga murah  lagi? Terasa sangat udangnya makan ni.

Okeh, perut dah kenyang, moh le kita balik. Nak jalan-jalan cuci mata dah malam. Ingat nak round2 kat 1st Avenue tu or Komtar, PB nak survey harga screen protector tab  nih.

Sebelum balik kita ambik gambar dulu skit.



Hari ni nak pi cari laksa plak hehehehee.

Wednesday, April 4, 2012

Aku nak menang hadiah best!



Seperti biasa, salah satu rutin harianku adalah blogwalking. since sekarang ni aku duk melepak kat hotel so memang tak de keja lah, 40 kali duk refresh bloglist nak tengok sape update. 


Dalam banyak-banyak list blog yang update tu aku tertarik dengan blog Green Apple ni. Rupanya dia nak buat contest. Waaaah ini sudah best. 1st time dia buat contest ni. Hadiah sangat lumayaaaaaannn! Oh em ji aku teruja! Contest ni namanya Contest Blog Green Apple.


Banyak jugak syarat-syarat nya. Tapi aku suka sebab sambil buat review sambil baca blog sambil cuci mata tengok blog ILuvBag Incorporation nih.


Waaahh best rupanya blog ILuvBag Incorporation nih. Ingatkan jual handbag je, rupa-rupanya makeup ada, kasut pun ada. comel-comel plak tu kasut. Merembes air liur huaaa sangat cantik makeup pallette tu. Aku memang suka barang-barang makeup ni walaupun pakainya tak sangat tapi sebab kadang-kadang kawan ke sedara nak mintak mekap kan so aku memang excited la tengok makeup pallette yang cantik ni dan branded uolls. Ko jangan main-main, kalu aku nak beli mau kena menyimpan sebulan dua baru boleh beli nih.


Cantik giler kan?


Oh kasut nya adalah super comel. Aku baruuuu je pas beli kasut flat camni kat shopping mall sebelah Traders hotel nih. Dan aku sangat suka patern kasut comel macam blog ILuvBag Incorporation jual. Yelah dah tak keja kan, buat apa nk kasut tinggi lagipun aku suka pakai kasut tutup depan sebab nanti kaki bersih hehee. Nama brand pun comel sangat Frollics.




Yang paling best handbag la weh. Toksah cakap banyak lah, kena tengok sendiri. Aku minat Coach jugak sebenarnya tapi sebab kena mikir 30, 40 kali kalu nak beli. Macam masa aku gi JPO itu hari, dah masuk butik Coach tapi masuk saje lah. Hahahahahaa pastu mampu ambik gambar butik je hahaha.


Melalut plak. Ok, korang jangan was-was ye kalu nak shopping kat blog ni. Semua barang adalah original. Diulangi ORIGINAL. Bukan immitation ke apa ye. Kalu nak maklumat lanjut boleh tanya owner blog ni Puan Nurul dan Datin Ummi. Company dioarang di established since Januari 2009 siap ada no daftar niaga lagi so memang terbukti lah. Tak yah nak was was. 


Ok, ni hadiah utama ye, sila lap air liur masing-masing. Hahahahaa, bestnyeeeee..


Amacam, cun kan?

Mari lah berdoa supaya aku menang contest ni. Hehehehe. 

Ok ni bukti aku dah like page ILuvBag Incorporation.


Sekian, entry contest. Harap-harap tuan punya blog suka lah dan pilih aku sebagai pemenang sebab aku takde handbag sebenarnya. Sob sob sob sedihnyeeeee.

Selamat pagi Pulau Pinang

Kali ke 2 di Pulau Penang setelah berbelas tahun yg lepas.



Happy working n happy holiday!

Monday, April 2, 2012

Update pokok

Tak tau nak update apa, kita update pasal pokok lah.


Pokok cili api. Banyak pulak tumbuh. 



Ni tatau pokok apa. Aku jumpa tepi longkang. Cabut alih masuk dalam bekas. Mulanya ingat tembikai tapi bila kuar daun gini macam labu pun ada tapi seingat aku, tak pernah masak labu. Tunggu je lah nanti.


Pokok kangkung pun dh tumbuh yeay yeay!Batang kangkung pun dah kuar pucuk.



Pokok  bunga semua tak jadi. Aku agak benih tak elok kut. Anak2 sawi aku pindahkan ke dalam bekas lain takdelah dia setompok kat satu tempat.

Daaaaan ada satu pokok baru. Hehehehee. Harap-harap pokok ni boleh tumbuh elok dan membesar bagai juara la.


Sape tau ni pokok apa angkat kaki..hehehe ni pokok epal. Betul tak tipu. Aku saje je tabur bijik epal memang tak harap nak tumbuh. Bajet kalu tak tumbuh nak alih anak pokok cili tu tapi dekat seminggu baru dia tumbuh tu pun sepohon je. Hahahhaa tak sangka.

Dulu aku penah tanam pokok pear dan epal, hidup tapi sebab aku tanam dlm pasu tepi sink pastu ikut PB outstation 4 hari x siram terus mampus. Ni letak kat luar. Esok nak outstation lagi 3 hari, harap-harap hujan la ye.

Saturday, March 31, 2012

Fantastic Friday, Sexy Saturday