yeaahh ini dia isteri si pelari pecut yg cute. Tq Suhana kerana sudi singgah ;)
Puding roti dgn sos kastard utk minum petang. Tq to Chef Syib yg menurunkan ilmu sos kastard yg meletops iteww :D
Kalu baca semasa berpuasa, harap maafkan saya ye ;)
Update khas utk cik puan nadia zahira ;)
Bahan2 utk puding roti :-
- 3 cawan susu segar
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula perang
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
- hirisan badam-goreng seketika dlm kuali tanpa minyak (blh ganti dgn kismis)
- setengah buku roti (blh pakai roti biasa tp lagi sedap kalu guna wholemeal bread)
Cara2 buat puding roti :-
- Potong 4 roti atau suka hati nk potong lagu mana. Ketepikan.
- Satukan susu segar, telur, esen vanilla, gula perang, gula putih, secubit garam dan sedikit badam. Tinggal sikit badam utk tabur kat atas.
- Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan roti yg telah dipotong sesuka hati dan biar ia terendam seketika sehingga kembang. taburkan baki hirisan badam kat atas permukaan.
- Dh agak kembang masukkan dlm oven dan bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30-40 minit
Sos Kastard :-
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 3 sudu tepung kastard
- sedikit esen vanilla
- secubit garam
Cara2 buat sos kastard :-
- Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api perlahan. Perhatikan sos jgn smpai mendidih kuat. Dh agak pekat tutup api.
Blh makan.
























