Sebenarnya nuffnang ada buat contest ni.Hadiah LUMAYAN uloos..! siap huruf besar lagiks. Ok, saya nak cerita pasal pengalaman saya pakai losyen nih.
Actually saya dari sekolah rendah lagi dah pakai losyen nih. Waah ye ke ni? eh betul lah, siap ayah tolong belikan dan dia tolong pakai kat tangan dia sekali.hahaha Dulu dulu masa mula-mula pakai losyen saya guna brand 'Ginvera'. Lama jugak sampai sekolah menengah. Kalu tak silap harga dulu dalam RM3.50. Murah kan..hehehe
ini la rupanya losen yg saya guna dulu -pic credit to goggle
Pas tu masa zaman muda-remaja-hot-hot-hot pakai losyen Johnson & Johnson plak. Ada banyak warna kalau tak silap. Saya pernah guna yg warna kuning (pengaruh kawan). Best juga sebab kandungan losyen tu campur bedak talkum, so dia cepat serap dalam kulit tapi tak melembap sangat. Pastu tukar wrna pink. Oh yang ni wangi dan lembut sangat.
pic credit to goggle
Pastu tukar kepada Nivea plak. Lama juga pakai sebab terbeli botol yg paling besar. Last last tak habis-habis juga. Buang gitu je pasal expired. Hahahaha
pic credit to goggle
Sekarang ni ada plak Vaseline buat losyen. Saya tak tahu pun sebenarnya Vaselin pun ada losyen. Ingat petroleum jelly tu je. Sumpah tak tahu. Kalu tahu lama dah beli. Masa Nuffnang email tu saya tak hirau pun email tu tapi satu hari tu tergerak pulak nak baca sampai habis.
Teru ajak pakcik botak pegi Guardian. Oh lupa plak, satu masalah saya ialah kulit saya agak kering terutama di bahagian kaki, so losyen memang akan menjadi kemestian dan perlu ada di mana-mana saja. Atas meja di ofis, dekat katil, dalam kereta, dalam handbag. Kalau kulit tangan rasa kering saya rasa seperti kulit saya tak boleh bernafas. Bila pakai losyen baru rasa lega. Kalu gores kulit terutama kat betis mesti ada goresan yang menandakan kulit kering.
Punca utamanya adalah kekurangan air ataupun memang semulajadi kering kut :P hahhaha. Jadi dengar nasihat doktor dan minum air banyak-banyak, dan juga alternatif lain untuk disapu pada kulit luaran adalaha menggunakan losyen!
tengok dekat rak pun dah tak penuh, maknanya mesti ramai yang dah beli kan..
Oh ye, masa pilih-pilih tu tak tahu nak pilih yang mana. Ada 4 pilihan losyen Vaseline.
Botol kuning - Total Moisture
Botol Pink - Healthy White
Botol Hijau - Aloe Cool and Fresh
Botol Putih - Intensive Rescue
Nak pilih yang mana ye? Semua menarik perhatian saya. Pikir punya pikir, saya nak cuba Aloe Cool and Fresh yang botol hijau tu. Sebabnya? Sebabnya saya agak2 mesti nanti rasa sejuk je bila pakai kan. Tambahan lagi aloevera tu setahu saya memberi kelembapan pada kulit kita.
Akhirnya saya pilih hijau sebab kandungan aloe vera nya yang menarik perhatian saya. oh saya memang suka produk yg ada unsur unsur aloe vera..
Info mengenai aloe vera (Wikipedia):-
There is some preliminary evidence that Aloe vera extracts may be useful in the treatment of wound and burn healing, minor skin infections. Scientific evidence for the cosmetic and therapeutic effectiveness of Aloe vera is limited and when present is frequently contradictory. Despite this, the cosmetic and alternative medicine industries regularly make claims regarding the soothing, moisturising and healing properties of Aloe vera, especially via Internet advertising. Aloe vera gel is used as an ingredient in commercially available lotion, yogurt, beverages and some desserts. Aloe vera juice is used for consumption and relief of digestive issues such as heartburn and irritable bowel syndrome. It is common practice for cosmetic companies to add sap or other derivatives from Aloe vera to products such as makeup, tissues, moisturizers, soaps, sunscreens, incense, razors and shampoos.
Cucumber is an excellent source of silica, which is a trace mineral that contributes to the strength of our connective tissue. Connective tissue is what holds our body together. Cucumbers are effective when used for various skin problems, including swelling under the eyes and sunburn. They also contain ascorbic and caffeic acids. These acids prevent water retention. That may explain why when cucumbers are applied topically they are often helpful for swollen eyes, burns, and dermatitis.
Jadi, apabila digabungkan dua tumbuhan ni hasilnya memang mengagumkan. Khasiat2 yang terkandung di dalam tumbuhan ni memang amat sesuai untuk kulit. :D
Apa rasa ye bila pakai losyen ni? Ohh sangat best! Lembut dan saya sangat tak sangka losyen ni cepat menyerap ke dalam kulit dan percaya atau tidak ia tidak melekit. Biasa kan kalu lepas pakai losyen saya akan elakkan dari terkena air sebab nanti korang tau la kan camne rasa bila tangan lepas pakai losyen pastu terkena air plak. Tapi Losyen Vaselin ni memang menakjubkan. Saya secara tak sengaja pi basuh tangan pagi tadi, lupa yang baru pas pakai losyen, dan menakjubkan tiada rasa melekit! waaah i like it!
sebelum : nampak tak garisan putih tu. kulit saya serius memang kering..
selepas : 2 hari kemudian, tiada lagi garisan putih, cuma ada merah2 je pasal try gores tapi dah tak keluar garisan putih..hehehe bagus!
2 hari saya tunggu nak test tengok betul ke tak. Pakcik botak pun sekarang dah pandai pakai losyen dah. Dia terpngaruh sebab saya selalu cakap losyen Vaseline ni tak melekit. Dia pun nak juga kulit yang lembut, bukan isteri dia je nak kulit lembut kan.
Sudahnya dia asyik nak pegang tangan saya je. Dalam kereta pun nak pegang tangan, jalan-jalan tu confirm memang kena pegang la, nanti bini dia kena tinggal belakang. Hahahaha.
Dan satu lagi...dia juga suka cium tangan saya sebab katanya wangi..Oh hatiku berbunga bunga.
menguatkan lagi cintaku padamu..
tanganku sungguh lembut dan wangi.. :D
Ok korang, hadiah nya nak tahu tak? Lumayan beb!
75 blogpost yang terbaik akan menerima jemputan ke parti tepi kolam (poolside party). Banyak jugak tu, mana tau blogpost saya ada peluang kan? Kat mana? nanti akan diberitahu oleh Nuffnang kelak. Selain tu ada lagi hadiahnye.
Best Written Blog Posts
1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products
Lumayan tak..??? dapat saguhati pun dah rasa best. Hahahahaa. Eh ada lagi! Nanti ada lucky draw dan jugak games2 yg menarik. Tak lupa juga, mana-mana female blogger (bukan man ye) yang mempunyai kulit paling menyerlah, cantik, lembut, bersinar senang kata The Most Vibrant akan memenangi handbag Coach yang bernilai RM 2,000! Tengok berapa biji kosong kat belakang tu ye. RM 2,000, bukan 200 ye..fengsan mak kalu dapat handbag mahal gitu.
Ok, kita submit sekarang! harap harap ada rezeki nak menang handbag Coach tu. Hehehe Tapi saya teruja nak menang produk Vaselin tu. Boleh pakai satu badan nanti.
So korang apa lagi, 'Are You Moist Enough?'
Oh Nuffnang, pilih la aku...