Showing posts with label crumble. Show all posts
Showing posts with label crumble. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Crumble and lace 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama tak post hasil beading di blog. Tapi di FB sentiasa ada. Lebih mudah upload terus dr handphone berbanding guna blog. Tak lawas nak upload kat blog guna phone. Bila senang guna phone malas nak buka laptop. Tapi harap2 tahun ni lebih rajin untuk update blog sebab sesuatu yg menarik dan baru akan muncuk tak lama lagi. Tungguuuuuu..

Ok now aku nk kongsikan hasil beading utk tahun 2014. Akhir tahun lepas aku stop beading dan crochet sebab tumpuan kepada Ivf. Now aku dh start balik.



Ini crumble di lengan utk baju cikgu Puteri Islam



Ini pulak utk baju cikgu Pengakap


Crumble lace with 3D flower







Baju purple ini baju tuan tanah sendiri hahaha setelah sekian lama duk wat kat baju orang akhirnya berjaya jg buat utk baju sendiri hahahaha.

Sesiapa yang berminat  nak tengok gambar2 lain boleh view Album Beads & LAce di Fb saya. Lebih updated di fb. Sebarang tempahan boleh email atau pm saja di FB. 


Thursday, September 19, 2013

Koleksi tempahan jahitan manik dan lace

Ini adalah antara tempahan jahitan manik dan lace masa bulan puasa aritu. Tak sempat nak blog kan. Just masuk fb je.



Ini baju nikah. Nak jahit lace dgn tabur pearl seminima yg mungkin. Less is more katanya :)



 Yg dua helai kat atas ni baju sepupu saya. Lace and pearl crumble


Inipon baju sepupu saya juga tpi saya hanya jahitkan border manik tu kat pinggang


Black and red lace pearl crumble



Highlight lace di lengan




White pink lace crumble

Olive green lace crumble



Manik serong di lengan baju



S crumble with  flower. baju khadeeja anak jiran sebelah. Amboi raya sakan no hahaha

Ok tu je kut yg jumpa setakat ni hahahaa. Ok sekarang dh start memanik tapi kena selang seli dgn mengait jugak. Untuk tempahan mabnik dan mengait boleh pm di FB. TQ :)

Tuesday, June 4, 2013

Patch lace crumble

Baju ni utk sambut menantu seorang kawan di Suk. Takleh revel nama hahaha tuan dia x kasi tak surprise katanya hahaha. Dia bagi lace saya hanya jahit lace dan crumble. Agak mencabar kerana jenis kain ni sangat lembut dan benang mudah tertarik.





Baju ni siap dlm masa 2 hari. Nak kejar masa sebenarnya sbb minggu ni saya berkampung di Shah Alam selama 4 hari Selasa-Jumaat. Kepada sesiapa duk area Shah Alam atau KL kalu rajin nak turun Shah Alam  boleh lah hntar baju hahaha. minggu depan pun sekali lagi tapi stay kat PJ. Kalu sape2 nak hntr baju boleh roger2 k :)

Friday, May 24, 2013

Dress with rose utk Princess Eisya

Mak princess request nak bunga2 kat dada mcm satu contoh gambar pengantin. Tapi tak lah sebijik sbb ni baju kanak-kanak kan kita wat versi cute and sweet.



Menggunakan chiffon rose warna soft pink, pink dan putih. Agak susah jugak nk mikir kaler yg match dgn baju ni. Baju ni mak princess kata brownish grey aduss pening2 tp ala2 kaler belacan tp lembut skit boleh lah masuk kaler pink. Utk pearls saya combinekan wrna dark belacan (hehehe ada ke wrna ni) haha dia bukan wrna coklat tp wrna belacan yg agak gelap, pink, soft pink dan off white.



Princess Eisya jadik flower girl utk majlis kawen mak sedara dia nanti :)

Semua material untuk beading, rose dgn pearl tu saya beli kat MyBeads. Boleh like Fb MyBeads. Banyak sgt yg cantik.

Wednesday, May 22, 2013

Crumble baju biru lagi :)

Ni ada lagi baju yg wrna biru macam Sabrina punya. Kawan satu opis dia. Baju sempena maulud nabi. Material sgt best masa nak jahit beads.




2 helai baju sebenarnya. Kaler yg sama saiz je lain-lain hehehe. Yg satu tu nak crumble lengan dan hujung baju. Yg satu lagi crumble lengan sahaja.

Terima kasih buat pelanggan2 ku. Semoga berpuas hati :)



Tuesday, May 21, 2013

Crumble utk sutera crepe

Ada 2 tempahan untuk sutera crepe. Ini order dari Nina nak buat crumble utk dua2 baju. COrak dan warna hampir sama tapi tak serupa. Acaner tu? hahaha cantik sangat kaler baju ni warna warni mcm paddle pop tapi material crepe ni agak mencabar sebab nipis so saya tak buat crumble yg tebal.



see, hampir sama kan tapi cantik dan ceria. I like :). Customer request nak highlight kan juga depan baju tu kasi timbul corak skit. Satu kaler pink, biru. yg satu lagi pink hijau.



Utk baju yg lebih dominan kaler hijau pink ni aku guna round beads kaler dark pink dgn green utk merenjis di pangkal dan light pink , light green utk renjisan hunjung diikuti round beads silver.



Utik baju yg domanan kaler biru aku guna dark pink dan biru utk renjisan di pangkal, light pink, light green dan silver utk renjisn hujung. Beza skit bhg pangkal tu dgn baju sebelumnya.

Tempahan untuk raya sudah dibuka. Siapa yg dah ada baju boleh mula hantar. Tempahan akan tutup 2 minggu sebelum raya maknanya lagi 2 minggu nak raya tak ambik dah bukan apa takut tak sempat  nk pos kalu yg jauh lah, kalu yg dekat2 ni boleh dipertimbangkan lagi.

Thursday, May 16, 2013

Crumble baju pengantin

Baru ni Farah mintak tolong sama-sama jahitkan manik utk baju pengantin sepupunya memandangkan masa dan suntuk hahaha. Malam tu kul 5 tido demi nak siapkan baju ni kang tak bersanding plak pengantin nanti hahahaha.

Aku hanya jahit crumble je, lace semua farah dah letak siap2. Crumble kat pinggang pun farah dah buatkan.








Memandangkan dress ni kain payung mmg ambik masa la jugak nak menyiapkan bahagian kaki tu. Tudung juga buat crumble skit utk  bhg atas kpala sbb pengantin ni tak pakai crown :)

Selamat Pengantin baru buat cik pengantin :)