Assalamualaikum. Sarapan hari ini ; nasi wangi dgn sambal bilis dan telur. Resepi belasah sendiri.
Nasi wangi ni sebenarnya evolusi dr nasi minyak yg mak saya buat tp makan dgn lauk ikan atau bilis. Dulu2 masa zmn sekolah pagi2 bangun tido dahbterbau wangi satu rumah. Tu yg saya panggil nasi wangi. Bahan2 nya simple je.
Resepi ni utk 2-3 org mkn je. Tambah lg kuantiti kalau nk buat byk.
Bahan2 utk nasi wangi :
--------------------------------------
2 pot beras (pot plastik yg kecik tu)
Bawang merah (mayang/hiris nipis2)
Setengah inci halia
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Cengkih
Garam secukup rasa
Daun pandan
Mentega/majerin
* rempah 4 beradik tu agak2 le ye sesuai dgn kuantiti nasi.
Cara2 :
--------------
Basuh beras bersih2, toskan. Dlm periuk, panas kan sudu bsr mentega. Tumis bawang merah (dihiris), kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Saya tumis dlm rice cooker tapi atas dapur dulu kemudian lps masuk beras baru buh dlm sarang dia. Tumis sampai naik bau. Jgn lupa daun pandan. Kemudian masukkan beras yg ditos kan td dan masukkan air secukupnya. Buh garam skit. Kemudian buh dlm sarang rixe cooker tu dan jgn lupa tekan suis kang x masak hahahaha.
Bahan2 utk sambal bilis :
----------------------------------------
- 4 biji bwg merah (ditumbuk). Ataupun boleh guna bawang blender 3-4 sudu.
- 2 sudu bsr cili boh
- 1 keping asam gelugor
- gula secukup rasa
- secubit garam
Panaskan minyak. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, tumis sampai cili masak dan pecah minyak. Masukkan gula secukupnya. Pastu masukkan ikan bilis, sekeping asam gelugor. Kacau jap kemudian masukkan air utk buat bilis ni berkuah. Air sukahati nak byk mana. Nak kuah lebih letak banyak skit. Kacau dan rasa kalu terkurang gula or garam sila tambah. Tunggu sampai mendidih.
Yg saya buat ni saya buh telur sbb suami kurang suka ikan bilis. Telur tu goreng kemudian buh je dlm tu. Ok dh boleh makan.
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Tuesday, October 20, 2015
Monday, October 19, 2015
Resepi cucur kembung
Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Nafsu berblog dah x macam dlu. Huhuhu idea tu ada tapi masa dan malas nak buka blog hahaha. Sbb skrg kan lebih guna fb dan ig. Ok la aku nk share resepi mudah dan sedap. Resepi asal dari ig Cik Mat Gebu. Resepi aku ni aku buat separuh dari adunan yg cikmat bagi.
Bahan-bahan :
-------------------------
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 mug air
Cara-cara :
------------------
Satukan kesemua bahan kecuali telur dan air. Gaul-gaulkan. Masukkan telur. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul guna whisk. Air tu saya tak masukkan semua tp tgk adunan tu jgn terlalu cair dan jgn pekat mcm nk buat cekodok biasa. Whisk sampai adunan x berketul/berbintil. Rehatkan adunan selama 5 minit.
Sudukan ke dalam kuali yg telah di panaskan minyak. Api sederhana je. Jgn goreng byk sgt. Sy masukkan 5-6 biji je sekali goreng sbb nanti penuh kuali bila kembung. Balik balikkan dan angkat bila dh kekuningan.
Adunan ni dapat lah utk 2-3 org makan. Kalau nk buat banyak sila double bahan2. Tapu kalau ikut resepi asal cikmat, 1 biji telur tu utk 2 cwn gandum tapi aku buh je sebiji walaupun pakai 1 cwn gandum.

Thursday, November 13, 2014
Resepi nasi goreng ikan
Hari ini dr pagi tak nampak matahari. Mandi pukul 1 tghari pon sejuk mcm kat Cameron Highland hhaaha. Buka fb nmpk sorang kawan post nasi goreng ikan.
Huhuhu terliurrr. Masak nasi siap2, defrost ikan kebetulan tinggal 2 ekor lg. Maka jadilah nasi goreng ikan. Dulu kecik2 mak selalu buat. Dulu2 tau makan je, tp bila dh besar ni nikmat tu rasa lain sgt.
Bahan-bahan :-
Nasi
Bawang merah (mayang atau dadu)
2 ekor ikan yg digoreng, perisikan dan tumbuk
1 sudu cili boh
Serbuk lada putih (optional)
Minyak bijan (optional)
Cara-cara:-
Tumis bawang dan cili sampai agak garing.
Masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak atau pecah minyak.
Masukkan nasi. Gaul rata. Perasakan dgn garam dan gula.
Masukkan isi ikan yg ditumbuk itu. Gaul rata. Rasa la barang sesudu dua. Kalau tawar tambah garam gula lg. Saya x pakai ajinomoto ye. Garam dan gula dah cukup sbgai perasa.
Ok dah siap. Makan panas2 time hujan memang terbaik. Pb 3x tambah. Kalau ikutkan hati mau menambah jugak aku ni tp mengenangkan berat dah mencanak2 naik nih hahaha kena kontrolllll.

Resepi ni senang mudah dan sedap. Bahan2 pon x banyak. Tp kalau korang nak tambah kacang pjg ke sayur2 lain ke ok jg tp nasi goreng ikan yg aku makan xde sayur hahaha.
** Resepi di atas utk 3-4 org makan. Nak lg sedap lebihkan ikan dan buat pedas skit iaitu tumbuk cilipadi dgn bawang. Mmh terbaik wa ckp lu :p
** Resepi di atas utk 3-4 org makan. Nak lg sedap lebihkan ikan dan buat pedas skit iaitu tumbuk cilipadi dgn bawang. Mmh terbaik wa ckp lu :p
Wednesday, October 29, 2014
Resepi enchiladas
Assalamualaikum. Dah jadi blog masak2 dah hahaha. Aku sebenarnya dah buat satu bisnes baru iaitu menjual makanan haha nantilah cite. Ni nak kogsi resepi dulu.
Sebenarnya aku mula2 kenal enchiladas ni dr blog kak myn salam2benua. Lama dah tapi peram je. Last2 baru2 ni dia buat lg kat ig. So ari ni tetiba dtg idea nak buat sbb tortilla dh beli. And skrg ni nak diet skit xnk makan nasi. Diet le sgt hahahahaha.
Ok serious skrg. Aku akn buat step by step ok so pjg skit entry ni. Dan resepi ni aku ubahsuai mengikut bahan yg ada dlm peti ais. Korang boleh gantikan dgn bahan2 yg sesuai dan sewaktu dengannya.
Basically enchilada ni adalah tortilla gulung dlm tu ada inti. Jadi terpulang le ko nak letak apa2 inti ikut selera masing2. Kalu nak betul2 pure mexican ko gugel je. Belambak2.
Basically enchilada ni adalah tortilla gulung dlm tu ada inti. Jadi terpulang le ko nak letak apa2 inti ikut selera masing2. Kalu nak betul2 pure mexican ko gugel je. Belambak2.
Bahan2 :-
Bawang putih - cincang
Bawang holland - potong dadu
isi ayam dihiris-hiris
sosej -dipotong2
timun - buang empulur, potong dadu
lobak merah - disagat
Capsicum - hiris2
Keju mozarella
sedikit minyak zaitun utk menumis.
Sos spagheti
Lada hitam yg ditumbuk
Paprika
Mixed herbs
Parsley (utk hiasan, xde pon xpe)
Serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :-
Tumis bawang putih smpai garing. Masukkan bawang holland. Tumis seketika kemudian masukkan isi ayam. Kacau2 dan tunggu sampai ayam masak.
Masukkan sosej yg dihiris. Gaul2 sampai masak.
Perasakan dgn garam, gula secukup rasa. Masukkan lada hitam, paprika, lada putih. Perasakan ikut sesedap rasa ye puan2 hehe.
Kemudian masukkan sayur2 tu. Gaulkan seketika. Jgn lama sgt nanti layu x rangup pulak. Ok dah siap.
Sementara tu panaskan tortilla selama 2 minit dlm microvave utk lembutkan. X panaskan pon xpe boleh je lipat sbb tortilla aku duk dlm peti tu yg panaskan sekejap.
Tuang sikit sos spagheti ke dalam bekas. Xyah banyak kira buat alas je. Sebenanrnya sos spagheti aku ni leftover yg buat lasagna semalam. Sos tu tuang mcm tu je.
Letakkan inti. Utk menambahkan lemak boleh letak cheesedale yg dihiris. Hehehe
Kemudian gulung dan lipat kiri kanan skit. Kemudian gulung kemas2.
Susun elok2.
Tuangkan sos spagheti kat atas tortilla tu smpai meliputi kesemuanya. Parutkan keju mozzarella kat atas. Nak sedap lagi tabur sekali keju parmesan hehehe. Bertambah tambah lemak sedap :P
Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sampai keju cair dan keperang-perangan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Nota :
Resepi di atas telah diubahsuai. Anda boleh gantikan dgn apa2 sayur yg sesuai. Nak gantikan ayam dgn udang atau daging pon boleh.
Saturday, October 4, 2014
Resepi pancake mudah dan sedap
Salam jumaat kawan2. Pagi2 tanya Pb nk breakfast apa pagi ni . Hmmm tnya dia sama mcm aku tanya diri sendiri je lah hahaa.
Pikir punya pikir dtg idea buat pancake. Lama dah tak buat nih. Gugel resepi terjumpa la kat blog ceriteraibu ni. Tapi saya tambahkan sedikit esen vanilla. Utk versi asal sila klik kat link blog ceriteraibu.
Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 cwn fresh milk (sy guna full cream)
1 biji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
2 sudu bsr minyak jagung / mentega yg dicairkan. (Sy guna minyak masak je)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara2 :
Satukan kesemua bahan di atas. Kacau sampai sebati dan tidak berketul atau blend. Rehatkan lbh kurang 3-4 minit. Ambik 1 senduk dan tuangkan atas kuali non stick. Bila bhg atas tu ada kuar buih tu blh terbalikkan. Api perlahan je.
Adunan di atas dpt dlm 8 keping pancake saiz sederhana. Kalu nk banyak boleh double or triple kan bahan2 di atas.
Enak dimakan bersama madu dan coklat.
Happy cooking :)
Sunday, April 6, 2014
Resepi : spaghetti carbonara meatballs
Lama tak tepek resepi. Kali ni resepi yg amat mudah, tak perlukan banyak bahan dan sudah semestinya sedap. Aku suka masak makanan yg nmpk mcm susah dan mahal tp sbnrnya mudah, sedap dan murah berbanding beli di kedai la opkos hahaha.

Spaghetti carbonara with meatballs
Bahan2 :-
Spaghetti
Sos carbonara
Capsicum (potong dadu)
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (potong dadu)
Meatballs
Garam secukup rasa
Sedikit air atau susu segar (susu -optional)
Oregano dan serbuk lada hitam (optional)
Cara2 :-

Meatball direbus atau goreng atau bakar terlebih dahulu. Aku rebus shj senang keja hahah. Spagheti pun kena rebus juga dulu jgn lupa.
Tumis bawang putih dan bawang holland seketika. Masukkan capsicum dan goreng seketika.
Tuangkan sos carbonara. Sos itu sgt pekat jd boleh tambah air sedikit. Jgn terlalu banyak. Nak lagi sedap gantikan air dgn susu segar. Tapi masa aku buat susu xde so bub air je hehe. Tunggu hingga mendidih.
Letakkan secubit garam. Tak lupa sedikit oregano dan serbuk lada hitam. Tak letak pon xpe. Kalu nak tambah boleh tmbah hirisan sosej atau hirisan cendawan butang. Lagi meriah.
Masukkan spagheti yg siap direbus dan ditoskan terlebih dahulu. Masukkan jg meatball dan gaul spagheti itu sampai sebati.
Dan sebati boleh hidang dan makan. Aku dah buat 2 kali. Satu versi agak kering dan lagi satu versi berkuah. Lagi sedap yg ada kuah skit hehehe.
Kuantiti sos dgn spagheti tu agak2 la ye aku xtau nk bagi kuantiti cmne sbb main agak2 dan campak je. Aku agak utk sebotol sos carbonara tu blh mkn dlm 4-5 org bergantung kpd bnyk mana org tu makan hahahaha. Spagheti pula aku biasa guna san remo, itu yg paling sedap. Dan setengah bungkus cukup utk satu botol tu.
Ini versi basah.

Ini plak yg kering. Selamat mencuba :)
Friday, February 14, 2014
Resepi : Cheezy baked meatballs
Aku suka sangat order meatballs kalu p Pizza hut.Sedap sangat. Tapi sokmo tak puas makan hahaha. Aku cuba la gugel resepi rupanya banyak je resepi dan mudah sangat. Banyak versi jugak aku jumpa tapi yang pastinya senang dan mudah.
Ok selamat mencuba. Tak rugi cuba sebab memang sedap dan berbaloi.
Bahan-bahan :-
Meatball ( saya gunakan Ramly tp brand Marina lebih bsr dan sedap tp susah nak jumpa)
Bawang holland
Sos carbonara Prego
Susu segar
Capsicum
Cheese (saya gunakan mozzarella dan cheddar)
Cara-cara:-
- Rebus atau goreng meatball. Saya rebus, lebih lembut rasanya.
- Dalam kuali tuangkan sos carbonara, tambah sedikit susu sbb sos sedia ada pekat sedikit. tapi jika suka kepekatan sedia ada x perlu tambah susu.
- letakkan meatball yg dh siap digoreng atau rebus dlm loyang atau apa2 bekas. Tabur bawang holland yg dihiris kasar dan capsicum yg telah dipotong. Sesetengah resepi mereka goreng seketikan bawang dan capsicum tp aku x suka sbb nanti bila bakar jd terlebih layu.
- Tuangkan sos yg telah dipanaskan.
- Tabur keju di atas dan bakar dalam oven selama 5-10 minit atau sehingga keju cair dan sedikit perang.
Ok selamat mencuba. Tak rugi cuba sebab memang sedap dan berbaloi.
Monday, March 18, 2013
Menu hari ini
Ok, ini semalam punya sebenarnya. Masak nasi goreng je. Ikan, ayam xde stok. Masak apa yg ada lah lama x makan nasi goreng.
Makan dgn keropok keping dan kangkung goreng kicap.
Resepi nasi goreng ni paling mudah.
Tumbuk bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, belacan skit, 1 biji cili merah, 1 biji cili padi (kalu nak pedas tambah lagi cili padi). Tumbuk lumat kemudian masukkan bilis, tumbuk skit jgn smpai lumat. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumbuk smpai naik bau. Masukkan nasi, perasakan garam dan gula. Masukkan kacang panjang. Gaul dan kepetikan nasi goreng. Pecahkan sebiji telur dan gaul telur sehingga jd mcm scramble kemudian gaul balik dgn nasi. Dah masak tutup. Senang sgt.
Monday, December 10, 2012
Durian crepe
Haishh orang buat durian crepe aku pun nak buat durian crepe. Sebenanrnya aku tak tau kenapa baru skrg glamer durian crepe ni. Aku dah pernah makan dulu tapi nama nya durian pancake le. Aku dah penah citer dah dulu.
Ok, sebenanrya aku pi rumah makcik aku nak hantar baju dia dah siap jahit manik, pastu sepupu aku tanya lak pandai tak buat durian crepe tu? Aku kata tak pernah buat tapi tengok resepi macam senang je. Plan punya plan terus setuju nak buat kebetulan ada durian. Pi kedai cari whipping cream, pewarna kuning dgn esen vanila. Aku gugel punya gugel nak cari resepi yg paling senang dan simple, jumpa lah cikepal punya. Sonang yo! Tayah nk guna banyak jenis tepung, ko pakai tepung gandum dah cukup. Ada aku tengok kat fb sape ntah dia jual durian crepe ni, siap mention dia guna 5 jenis tepung tapi tak guna tepung gandum. Amboii macamkan guna tepung gandum tak sedap. Aku guna ok je sedap jugak.
Ok lah layan je lah, resepi kat bawah ye. Lupa lak nak ambik gambar bahan-bahan. Nanti bukak je blog cikepal, aku tiru sebijik dia punya.

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Utk filling :-
Isi durian
1 cawan whipping cream
Cara-cara:-
Ok senang je,ko satukan semua. Masukkan tepung, santan, air, telur,m garam, esen vanila, garam dan pewarna kuning. Pastu aku guna hand mixer senang skit sebati.
Pastu whipping cream tu pukul la sampai gebu.
Pukul sampai sebati. Pastu tapis dulu kasi buang ketul-ketul.
Dah siap tapis leh start mengcrepe plak. Pastikan guna kuali non stick ye.
Tuang satu senduk pastu gelek-gelek bagi nipis dan rata. Aku tak tau nak agak besar mana nak buat crepe ni. Yg aku buat ni tak besar mana so masa nak lipat susah skit.
Jadilah durian crepe hahaha. Agak comot lipatan tapi tetap gebuuuu. Yg pecah pun ada hahaha. Tak sempat nk simpan dlm peti ais, dorang ni tak sabar nak ngap.
ok, aku guna whipping cream cap Value Pride. Sedap macam aiskrim. Jangan lupa cek cop halal ye dan utk lebih faham lagi boleh baca kat blog Kak Ita Masam Manis ni mengenai perbezaan whipping cream. Jangan sampai salah beli kang jo pukul tak kembang-kembang hahahhaah.
Ok lah aku rasa 1st time buat ni menjadi lah walaupun berpeluh ketiak nak menyiapkan crepe. mencabar jugak nk buat crepe tu jd nipis. Aku rasa nak buat lagi sekali lah. Sape nakkkkkkk?? Ok sila datang rumah :D
Sunday, December 9, 2012
Pancake a.k.a lempeng orang putih
Pagi Jumaat ari tu celik mata je teringat nak buat apa untuk sarapan pagi ni ye? Tetiba ada idea nak buat pancake. Pancake le sgt kan hahaha. Kalu lempeng melayu lain ni kira lempeng org putih lah kan hehehe.
Gugel punya gugel terpikat pada resepi Cik Mat Gebu yg guna self raising flour malangnya aku punya self raising flour dah expired. Bau pun semacam je. Kalu tak berbau mungkin aku guna lagi hakhakhak. Pastu jumpa resepi dari MyResepi.com. Lebih kurang je plus yg ni lagi senang. Guna tepung gandum pastu masukkan baking powder, jadi lah self raising flour hahaha sama je kekdahnya hahaha.

Yg hangit skit tu bukan apa aku ralit tengok buih tepung tu pecah hahahaha.
Makan dengan madu dan sos coklat. PB suka madu aku suka campur. Tapi kalu ada sambal bilis lagi best nih. Ok, resepinya spt kat bawah.
Bahan :-
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu besar minyak (aku guna minyak jagung)
Cara-cara :-
- Satukan tepung dan baking powder
- Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur hingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
- Masukkan minyak dan susu ke dalam no 1 tadi. Masukkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
- Sedia utk dimasak atas non sticky pan dgn api sederhana.
Aku buat ni dapat dalam 6-7 keping. Kira utk 2 org makan je lah.
Sumber dari MyResepi.com.
Thursday, December 6, 2012
Resepi : Nasi minyak mekah
Nasi minyak mekah ni aku tak tau lah sama ke tak dengan nasi arab tapi hampir sama tapi berbeza jugak. Paham ke tak ni? 1st time makan masa gi umah mak Salwa kat Besut. Dia dah bagitau awal nasi ni tak makan dengan kuah. Aku dah cuak dah pasal aku memang makan nasi kena ada kuah hahhaa. Ok, nasi minyak mekah ni memang asal Mekah sebab arwah ayah Wa memang orang Mekah, kawen dgn mak Wa orang Thailand. No wonder la Wa cun melecun mcm orang arab sebab kacukan Arab+Thai. Mak dia pon comel :D
Tapi bila makan tu rasa sedap plak walaupun xde kuah. Aku siap bertambah hahahahahaha. Ok pastu minggu lepas Pb dgn Adzhar ada kursus kat Melaka, so aku berkampung kat umah Wa sebab teman dia lagipun dah sampai bulan. Risau jugak kut terbersalin ke. So plan dgn Wa nak buat nasi minyak mekah ni masa hari suami-suami kami balik.
Maka bermula lah misi hahahaha. Aku tak expect akan sedap macam mak Wa buat hehehe. Harap-harap aku masih ingat bahan nya hahhaaha.

Bahan A (kisar kering)
Jintan manis
Ketumbar
Buah pelaga
Bahan B
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Tomato puree
Buah tomato (dipotong)
Minyam untuk menumis
Garam gula secukup rasa
Beras (basuh bersih)
Air
Bawang besar (dihiris bulat)
Ayam dipotong suka hati.
Salad
Bahan C (sambal)
Buah tomato (lebihkan buah tomato)
Cili besar (2 biji cukup)
Air perahan limau nipis
Garam gula secukup rasa
* semua bahan C di kisar sehingga lumat)
Bahan D (acar)
Timun ( dihiris utk buat acar mentah)
Cili besar (hiris halus)
bawang (hiris halus)
Cuka
Garam gula secukup rasa
Daun sup skit.
*gaul sekata semua bahan D.
Cara-cara :-
- Mesin kering Bahan A sehingga lumat. Panaskan minyak dalam periuk. Aku guna rice cooker, terus tumis dlm tu. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sehingga naik bau.
- Masukkan bahan A yg telah dikisar. Tumis seketika, masukkan buah tomato dan tomato puree.
- Dah agak naik bau, masukkan ayam yg dipotong dan dibasuh bersih. Kalu agak kering tambah air skit. Tapi nanti air ayam akan turun. Gaul sehingga rempah sekata menyaluti ayam.
- Agak-agak dah separuh masak masukkan beras dan air yg mencukupi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
- Tunggu sehingga rice cooker masak dgn sendiri nya hahahaha.
Ok ada 2 versi sebenanrnya. Masa aku makan dekat umah mama Wa resepi nya seperti di atas iaitu ayam di dalam nasi. Versi yg aku buat dgn Wa ayam tu dikeluarkan setelah separuh masak dalam rice cooker sebelum masukkan beras. Kemudian goreng ayam tu. Ni pun mak dia ajar jugak.
Aku tinggalkan 2 ketul ayam dalam tu. Ok dah siap lah ni. Makan bersama sambal tomato, acar mentah dan salad, itu je. Tiada kuah ye. Aku suka dua2 versi sebenanrnya. Kira berjaya jugak lah 1st attemp cuma kurang garam hahaha. Ok aku rasa nak buat lagi sekali hehehehe. Gambar complete dgn sambal dan ulam xdok plak lupa nak ambik. Aku harap resepi ni dah betul dah, kalu ada pembetulan nanti aku update.
Ok sebenanrnya aku tak reti nak agak brp banyak rempoah nak guna tu sebab mama wa dah bagi siap satu plastik kita just blend je. Ala korang agak2 lah ye. Kpd sape2 yg bertanyakan resepi tu sila lah cuba ye. Tak jadi aku tak tanggung hahaha ok gurau je.
Thursday, September 20, 2012
Popia udang
Dulu-dulu masa belum kawen aku suka sangat buat popia. Kalu beli mesti tak puas hati. Ni tetiba rasa nak makan popia. Sebenarnya dari bulan puasa lagi aku nak buat tapi tak kesampaian. Kebetulan ada bahan tinggal nak beli kulit popia je terus aku buat pas tu.
Dapat lah 20 bijik. Aku simpan kat peti beku. Tapi simpan kat peti biasa tak beku pun ok kut. Resepi senang je, cincang udang, tauge, parut carrot, parut sengkuang, daun bawang, daun sup, pastu goreng sekejap jgn sampai layu pasal nanti nak goreng lagi kan. Masa goreng tu tambah la garam lada sulah skit kang tak rasa apa plak. Ok, udang tu jgn cincang halus sgt ye nanti tak rasa sangat. Kalu letak ayam pun best. Pastu goreng lah.
Ok dijamin sedap hahahaha.
Wednesday, January 25, 2012
Nutella mug cake
Lama dah intai resepi ni. Hari2 duk buka blog irma tapi buat nye tak. Buatnye senang sangat!
Ikut suka lah nak hias atau nak makan cara mana. Saya tuangkan coklat hershey je utk saya dan picit whippung cream utk PB.
Resepi :-
Bahan-bahan :
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda). Saya bakar selama 5 minit.
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.
Resepi asal di blog irma. Thanks to her for sharing this recipe.

Tuesday, October 25, 2011
Makan malam ini
Lama nye tak de masak masak.
Tetiba tekak teringin giler nak makan sambal bilis tempoyak. Hahaha balik keja cadangnya nak p pasar malam tapi sbb tekak teringin sambal tu balik masak nasi lah.
Masa nak masak tu bukak gas. Tetiba gas habis pulak! Nak buat camne, terpaksa lah PB g beli umah sepupu dia. Kebetulan sepupu PB jual gas, sib baik tak jauh. Gas ni rasanya dari awal tahun ari tu, ni baru habis. nampak benor kurang masak kan, hahahahahahaha.
Bersemangat betol nak masak malam ni. Selama ni tunjuk menu yg dah siap buh dlm pinggan, kali ni kita tunjuk versi dalam kuali plak ye. hahahahahah.
Resepi sambal bilis tempoyak

![]() |
| sambal bilis tempoyak cili api |
![]() |
| sosej masak kicap. ni utk PB sbb takut dia tak makan sambal tempoyak tu takut pedas sian plak dia. |
![]() |
| tauge goreng sos tiram |
![]() |
| ini lah menu kami malam tu. Nikmatnyaaaaaaaa.. |
- 2 bijji bawang besar holland ~ hiris2
- Tempoyak ikut suka
- cili padi ikut suka. Lagi banyak lagi pedas lagi kaw! ~ Tumbuk sampai lumat pastu masukkan tempoyak
- segenggam bilis ~jgn lupa basuh dulu
- gula secukup rasa
Cara2 :-
- Panaskan sikit minya. Goreng bawang sampai agak layu. Masukkan bilis. Masukkan tempoyak, dan gula.
- Letak air skit. Masak hingga pekat. Sambal ni tak perlu kuah tapi jgn buat kering.
- Ok, siap!
Tuesday, June 21, 2011
Tepung bungkus
Tetiba rasa nak makan kuih tepung bungkus pulak. Hmmm nak beli ke nak buat, beli ke buat. Rasa nak makan yg panas2 suam lepas dikukus tu. Dlu kat rmh mak ada sorang makik tu buat, xtau sekarang masih buat ke x. Adui sedapnya. Ni bukan mengidam ye, ni mengada-ngada namanya..hahahaha.
Kalu buat pun mcm senang je. Tp tak berbaloi pulak nak buat utk makan 2 org. Tp rasa nak buat!
Kalu buat pun mcm senang je. Tp tak berbaloi pulak nak buat utk makan 2 org. Tp rasa nak buat!
pic credit to goggle (zanaz70.fotopages.com)
Arrrhh sedapnyeeeee.. dah 2 hari asyik duk pikir kuih ni je... tak blh jadi ni..Kita tgk resepi pulak.
Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan

Resepi credit to http://hanieliza.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)