Check in kat lobi. Sampai 4 duk kat receptionist, bagus lah benda baru lagi kan. Lif cantik sgt. Kami dapat bilik 216, cari punya cari tak jumpa rupanya nombor di pintu hilang ke tercabut ke xtau lah. Hahaha
Design bilik yg simple tapi cantik. Aku suka kabinet gantung ni.
Bilik air ok, pancuran mandi best sangat cuma takde tong sampah dalam bilik air. Mungkin cleaner terlupa kut.
Lokasi yg sangat strategik. Kalu mai dgn bas xyah risau psl transport. Betul2 dekat dgn hentian bas, kedai makan sana sini, KFC, kedai tudung, Pasar Payang pun tak jauh jalan kaki je. Nak beli tudung naik je atas hentian bas tu. Secret Recipe pun ada dan yg paling utama masjid kat sebelah je. Confirm tiap kali masuk waktu dengar org azan.
Keseluruhan aku bagi 4/5. Hotel ni 3 bintang. Ada bbrp perkara yg kena bagi perhatian oleh pihak pengurusan. aku faham hotel baru mula dgn pekerja baru masih banyak yg perlu diperbaiki. Masa aku check in bilik ada gumpalan tisu yg telah digunakan atas katil. aku xleh terima ini sbb ia kebersihan. Cleaner kena cek betul2 sblm keluar bilik.
Ada satu kejadian masa nk check out. Masa check in tu kami dapat harga RM88 dgn voucher so ambik sekali dgn deposit total RM200. Masa check out hotel kuar resit la kan. So PB tunjuk dapat balik RM200. Aku muyskil, aku ingt dia bayar RM288 masa check in tu. Aku tgk resit, eh betullah. Dia taip deposit RM200 - RM 88 = RM112. Tapi apsal dapat RM200? Pegi la balik kat kaunter, rupanya depa silap ni. Kena baca betul-betul ni dik. kang x pasal kami tido free dan awak kena ganti duit. Agak kelam kabut sikit walaupun ada 4 org yg bertugas. Takpelah ini pengalaman baru, mereka mungkin takde pengalaman lagi tapi bila melibatkan duit memang ke double or triple check ye.
Kesimpulan nya hotel ini adalah RECOMMENDED kan utk sape2 yg nak dtg Kuala Terengganu. Kalu mai dgn bas xyah susah hati jalan kaki x smpai 5 minit dr stesen bas dah sampai. Utk maklumat lanjut boleh klik kat FB Grand Puteri.
UPDATE : NO TEL : 09-621 5555