pic credit to beliamuda.com
Sempena nak kuar novel terbaru ni teringat kat koleksi yang sedia ada. Aku dah start collect novel dia ni masa tahun-tahun akhir kat U dulu. Puncanya aku pinjam novel Tombiruo dgn sorang kawan. Pastu eh rasa best plak. Terus cari sambungan, rupanya banyak dah novel RAM kat pasaran.
Aku paling suka Mandatori. Citer dia agak berat tapi memang best sangat.
Rasa nak tulis novel lah, heheheheehehe.
Lepas tu la aku beli sikit-sikit, sentiasa ambik tahu bila novel baru akan keluar. Ada orang pinjam tak hantar, dan lost contact semua aku beli balik sebagai ganti. Sayang la kalu tak cukup koleksi. Genre RAM ni kebanyakan nya thriller dan ada sesetengan nya agak berat tapi memang kena banyak pikir lah. Aku perasan ada juga beberapa penulis lain yang cuba gaya RAM ni tapi aku rasa RAM yg terbaik.
Aku sayang sangat koleksi ni, huhuhuhu. Nak bagi orang pinjam pun sayang hahahaha. Sebabnya dah ada pengalam orang pinjam novel Mandatori pastu tak hantar dah sebab lama tak jumpa, lost contact semua, so aku beli lain lah. Ada satu lg yg aku tak ganti, Rahsia Perindu. Kena cari balik ni.
Ni yang paling banyak, kompilasi Sunan. Dah ada 5 bijik, bakal keluar Sunan Musafir sebagai penamat kompilasi Sunan ni.
Yg ni trilogi Tombiruo. Memang best sangat. Kalu nak baca memang kena baca dari novel yang pertama.
Aku paling suka Mandatori. Citer dia agak berat tapi memang best sangat.
Rasa nak tulis novel lah, heheheheehehe.






