Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Kuey teow kungfu & Char kuey teow

Hi uolls.. Resepi mingg ini adalah kuey teow kungfu dan jugak char kuey teow. 

Hehehe Lama tak update. Ada 2 resepi mau letak supaya esok2 saya tak lupa. Korang nak cuba di alu2kan tapi kalu tak sedap saya tak jamin :D

Kuey teow kungfu ni minggu lepas buat. Sebabnya mmg fav saya. Asal g kedai order kuey teow kungfu. Oleh kerana suka sgt makan kita goggle la resepi ye. Banyak versi jugak bahan2 dia tapi yg pastinye senang yg amat!

 Kuey teow kungfu

Bahan2 (utk 1 org makan) :-
  • Kuey teow
  • 1 biji telur
  • Sayur (kailan, carrot dan bunga kobis)
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • Bawang holland (hiris skit)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 biji cili padi (ketuk dulu)
  • 3-4 ekor udang @ hirisan sotong (blh gantikan ayam)
  • Kicap manis skit.
cara2 :-
  1. Pecah kan telur dan masukkan kuey teow ke dlm telur. Gaul2kan hingga sebati kemudian goreng kuew teow dgn telur. Dh masak ketepikan.
  2. Tumis bwg putih smpai perang dan masukkan udang atau sotong atau ayam. Tunggu sampai masak dan masukkan air sikit utk buat kuah. Agak2 lah ye utk sorang makan.
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam, sos ikan dan kicap. perasakan dgn garam dan masukkan sayur.
  4. Utk pekatkan kuah masukkan 1 sudu kecil tepung jagung yg telah dibancuh terlebih dahulu. 
  5. Bila dh pekat skit tuang kan kuah ke atas kuey teow yg telah di goreng tadi.
Resepi asal di blog My Resepi . Terima kasih kpd tuan punya blog :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu resepi pertama, resepi ke dua adalah char kuey teow. Ni baru buat tadi. Hehehe. Ni pun bersusah payah cari petis. nasib baik jumpa tapi daun kucai plak takdok :D, takpe lah buat yg mana ada.



Char kuey teow

Bahan2 :-

* Utk paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula  

~Utk kuey teow
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • Kerang (saya tak letak)
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

 

Cara2 :- 

UTK PASTE-  

  1.  Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan toskan airnya. Air rebusan jgn dibuang.
  2. Campurkan semua bahan utk paste ke dlm air rebusan udang tadi. Reneh hingga jadi paste yg agak pekat. Dh agak pekat tutp api dan tunggu sejuk. Boleh simpan dlm peti sejuk.

Utk mee :-
  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg tekah direbus (blh campur dgn kerang).
  2. Tambah air setengah cawan utk buat kuah lebih skit.
  3. Tunggu hingga mendidih dan masukkan kuey teow, tauge dan daun kucai. gaul sekejap dan pecahkan telur.  Gaul sekejp kemudian tutup api.
  4. Biasanya paste tu dh cukup manis dan masin tapi kalu tak cukup rasa blh adjust la ye ;)
Resepi asal dari blog My Resipi jugak :D

Terima kasih tuan punya blog. Sharing is caring.

Cubalah ye korang, sedap dan mudah. Kedua2 ni mmg peberet saya lah!

MySpace

Monday, January 31, 2011

Susahnya nak diet hahaha

Kata tak nak makan nasi tp setakat 3 hari je blh tahan. Hahaha susah lah kalu tinggal nasi ni. Sebab tghari kat opis mmg jarang makan nasi. Balik rmh ptg confirm lapo giler. Pakcik botak request nak nasi jugak.

Solat asar siap2 kat opis senang la nanti balik umah terus masuk dapor. Sampai rumah bukak peti termenung seminit dua tengok apa yg ada. Ada, tempe, udang, sosej, bilis pun ada. Tingggg! idea suda mariiii...

 sosej masam manis + bilis goreng tempe ;)


sedaaaaaaap! pakcik botak kata simpe but sedaaaap :D. Lauk yg senang banget!

Saya makan nasi skit je sbb nk ratah lauk. Padahal sbnrnya rs nak tambah nasi lagi hahahaha. Masak nasi banyak skit ingt esok nak buat nasi goreng wat bekal. Harap2 bangun awal la pagi esok ;)

MySpace