Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

My beads & lace - manik crumble dgn patch lace

Lama sgt x kongsi hasil memanik. Bukan malas (eh ada jg malas skit) nak update tp kekangan masa. Akibat banyak sgt benda yg nak dibuat maka blog ni jd terabai. Huhuhu sian blog.

Tak dinafikan aku ada jg dapat tempahan manik drpd blog ni. So sape2 nak tempah blh lah berbuat demikian. Nak lg best kat fb lg banyak gambar.jd ni antara tempahan masa raya dan selelas raya.












Utk tempahan boleh inbox di FB. Klik je fb kat tepu blog tu atau sms/whatsapp 0129584321 .


Thursday, September 19, 2013

Koleksi tempahan jahitan manik dan lace

Ini adalah antara tempahan jahitan manik dan lace masa bulan puasa aritu. Tak sempat nak blog kan. Just masuk fb je.



Ini baju nikah. Nak jahit lace dgn tabur pearl seminima yg mungkin. Less is more katanya :)



 Yg dua helai kat atas ni baju sepupu saya. Lace and pearl crumble


Inipon baju sepupu saya juga tpi saya hanya jahitkan border manik tu kat pinggang


Black and red lace pearl crumble



Highlight lace di lengan




White pink lace crumble

Olive green lace crumble



Manik serong di lengan baju



S crumble with  flower. baju khadeeja anak jiran sebelah. Amboi raya sakan no hahaha

Ok tu je kut yg jumpa setakat ni hahahaa. Ok sekarang dh start memanik tapi kena selang seli dgn mengait jugak. Untuk tempahan mabnik dan mengait boleh pm di FB. TQ :)

Thursday, May 23, 2013

Manik bunga untuk baju Hari Guru

Ini adalah cuctomer yg paling setia. Hahaha dia lah yg paling banyak suruh saya jahitkan manik di baju tak lain tak bukan sepupu saya sendiri hahaha. Baju ni material dia sutera asli terengganu. Senang nak jahit sbb bukan lembut mcm sutera campuran tu iaitu sutera satin atau sutera crepe.

Baju kaler oren atau peach terang, pening jugak mikir nak buat corak. Kak Long xnak crumble nak manik bunga biasa.


Pikir punya pikir, gugel punya gugel terhasil lah corak ini. Kira main reka suka hati. Kalu boleh taknak pattern sama mcm yg dh buat kat baju-baju dia sebelum ni.




Sebenanrnya mula2 nak buat bunga guna labuci tp try buat tak jadi. Alamak dah lupa plus susah skit lah. Huhuhu dh belajar tpi lupa acaner tu? Hhaha

Ok Kak Long sgt berpuas hati dgn corak ni. Brp kali sms aku ckp cantik. Alhamdulillah kepuasan pelanggan adalah diutamakan :)


Tuesday, May 21, 2013

Crumble utk sutera crepe

Ada 2 tempahan untuk sutera crepe. Ini order dari Nina nak buat crumble utk dua2 baju. COrak dan warna hampir sama tapi tak serupa. Acaner tu? hahaha cantik sangat kaler baju ni warna warni mcm paddle pop tapi material crepe ni agak mencabar sebab nipis so saya tak buat crumble yg tebal.



see, hampir sama kan tapi cantik dan ceria. I like :). Customer request nak highlight kan juga depan baju tu kasi timbul corak skit. Satu kaler pink, biru. yg satu lagi pink hijau.



Utk baju yg lebih dominan kaler hijau pink ni aku guna round beads kaler dark pink dgn green utk merenjis di pangkal dan light pink , light green utk renjisan hunjung diikuti round beads silver.



Utik baju yg domanan kaler biru aku guna dark pink dan biru utk renjisan di pangkal, light pink, light green dan silver utk renjisn hujung. Beza skit bhg pangkal tu dgn baju sebelumnya.

Tempahan untuk raya sudah dibuka. Siapa yg dah ada baju boleh mula hantar. Tempahan akan tutup 2 minggu sebelum raya maknanya lagi 2 minggu nak raya tak ambik dah bukan apa takut tak sempat  nk pos kalu yg jauh lah, kalu yg dekat2 ni boleh dipertimbangkan lagi.

Thursday, May 16, 2013

Crumble baju pengantin

Baru ni Farah mintak tolong sama-sama jahitkan manik utk baju pengantin sepupunya memandangkan masa dan suntuk hahaha. Malam tu kul 5 tido demi nak siapkan baju ni kang tak bersanding plak pengantin nanti hahahaha.

Aku hanya jahit crumble je, lace semua farah dah letak siap2. Crumble kat pinggang pun farah dah buatkan.








Memandangkan dress ni kain payung mmg ambik masa la jugak nak menyiapkan bahagian kaki tu. Tudung juga buat crumble skit utk  bhg atas kpala sbb pengantin ni tak pakai crown :)

Selamat Pengantin baru buat cik pengantin :)

Tuesday, April 23, 2013

Kursus Jahitan Manik Lanjutan

Ni sambungan dari Kursus Jahitan Manik Asas ari tu. Hari tu bayar RM60, kali ni RM100. Ok lah murah lagi tu. Macam biasa aku pegi dgn Farah. Kursus ni selama 2 hari.






Yg last ni xdan siap hihihi. Yg atas ni semua yg aku buat. Sejujurnya aku kurang suka cara pengajar ni kerana ia menunggu sehingga semua peserta siap jadi dalam masa 2 hari hanya 6 jenis ni je yg sempat buat. Bila dah siap semua baru buat pattern baru  jadi lambat la, mcm yg dulu dah faham jahit skit klu x smpt siap xpe nanti ada masa sambung atau wat balik rumah boleh buat. So banyak pattern boleh belajar dan x sempat nak rasa boring. Takpelah lain cikgu lain cara nya kan. Apapun kami enjoy dgn ilmu baru ni.

Yg bawah ni yg cikgu punya.





Semua cantik.

Wednesday, March 20, 2013

Pearl crumble baju Sabrina Dungun

Ini tempahan kawan saya di Dungun. Baju perarakan Maulud Nabi katanya. Cantik kain dia, nak jahit crumble pun senang.




Tempahan untu Aidilfitri telah dibuka. Siapa yg berminat boleh booking nama dulu, baju tak perlu hantar lagi xpe. Nanti saya akan jahit ikut giliran yg dah  bookin nama ni. Nak hantar baju sekali pon boleh jg. Raya dijangka 8-9 Ogos, maknanya sebulan sebelum puasa saya akan start buat.