Sunday, March 11, 2012

Yang enak-enak :)

Alhamdulillah selamat tiba di rumahku syurgaku pada pukul 6.30 ptg hari Jumaat. Bertolak dr Kg. Kastam pukul 8.40 pagi. Best juga p JB ni hehehe. Ni kali ke 3 gi JB setelah sekian lama.

Tujuan utamanya sebab PB jadi urusetia kursus dan juga penceramah. Jadi masa tu tak de lah terhad sangat. Boleh le nak mengulor hahahahaaaa. Sebenarnya yg aku suka JB ni sebab nak try mi rebus. Ye aku tak pernah makan mi rebus lain selain  mi rebus trg. Mi rebus trg kalu sape penah makan mmg tak sama la dgn mi rebus tempat lain, dia lbh kurang mi sup gitu.

Yg ni memang wajib kalu jumpa hahahaha. Jgn mare, aku rasa nak buka satu outlet TF la hahhhaaha (kalu ada duit setengah juta la :p)

Ni masa kat Taman U. Gi jumpa anak buah PB hantar kopok keping hahahahaa. Kali kedua kat Jusco Tebrau City makan dgn pengantin baru.

Tak lupa selain makan2 nak juga tgk JPO yg org duk heboh kan. Best sangat keww, hebat keeww, mahal keww. Oh mahal sudah semestinya hahahaha.


Merasa ko duk depan butik Coach. Huhuhu masuk juga nak tengok le kan. Aku kurang suka Coach ni psl banyak sgt yg immitation. Huhuhuhu kata la tak mampuuuuuu..hahahhaa. Tapi memang mahal giler ah, sebijik purse bodoh pun rm600 dah. Adoyaiii mahal nak mam.



Cubaan cubaan hahaha. Masa gi JPO tu tak sesak la sbb hari keja kan. Tapi Singaporeans banyak kut. Kita cuci mata je la kan, nak beli tak mampuuuuu hahahahahaha.

Lepas checkout hotel kitorang tak balik terus. Lepak Kg Kastam dulu esok pagi baru balik. Pas kuar hotel nak makan la plak. PB dah makan kat hotel tp dia tak ajak aku pun. Masa lalu lalu nak cari makan tu ternampak lah sigboard kedai Mi Rebus kat Stulang Laut. Huhuu terus ajak PB masuk kedai  tu.

 Oooo gini rupanya mi rebus dia ek. Tak rasa lagi  ni huhuu.


Haaaa kalu dah licin macam ni confirm sedap lah kan. Tapi tak tau lah kut ada yg lagi sedap sebab ni 1st time makan. Tapi memang sedap lah hahahaha rasa mcm mi jawa pun ada jugak.



Oh terselit gambo ni. Ni sehari sebelum checkout, kantoi pakai baju sama hahahahaa. Nak makan kat hotel tapi PB kata tak sedap so terus dia ajak makan Domino. Ye lah ganu takdok domino ni. Aku sememangnya penggemar Domino huhuhuhu.

Petang pas checkout tu kitorang dan pengantin baru gi Jusco Tebrau City. Tujuan utama nak gi MPH, Popular dan kedai buku yg sewaktu dengannya. hajat dihati nak cari bukku psl crochet tp takdok leee. Frust punya pasal beli buku lain hahahahaa.


Terjumpa Kristal Berdarah dan Jerat ni. Kristal berdarah tu dah lama nak beli sebenarnya. Menambahkan lagi koleksi novel thriller ku. MAID tu pun dah lama aim. Terjemahan tu sebenarnya senang nak buh dalam beg bawak ke mana-mana kan. Kita sentiasa berusaha utk menjadi yg lebih baik. Sebenarnya nak cari Mushaf untuk Muslimah tapi aku tak jmpa lagi kat Msia. Yg tau kat Singapore and Indon ada.


Balik dr Tebrau City pengantin baru ajak makan roti nan atau org ganu panggil roti tempayang! Kedai ni kat Pandan Uptown. 



Aku order ikut cadangan pengantin baru. Roti nan cheese, kimah dan kebab. Huhuhu rotinye gebusssss yg amat. Kimah tu tu kuah cicah dia sebenarnya. Ada daging cincang. Pastu kebab tu daging cincang yg digoreng kut campur dgn rempah skit pastu cili api. Best sgt. aku tak habis makan roti tu sebenarnya sbb besar. Kedai ni paling bersih antara kedai2 lain yg aku nmpak. Tuan nya org pakistan patut makan rasa mcm duk pakistan je hahahahaa.

Esok pagi pas sarapan terus mulakan perjalan balik. Huuuuuu penat juga tapi ok lah sebab jalan ok kan. Kitorang lalu kut Mersing. Aku drive dlm 2 jam je selebihnya PB lah hahahaa.

Minggu ni Selasa insyaallah pegi KL plak, PB ada program apa ntah. Kita follow je.

2 comments:

  1. Jalan-jalan, makan-makan kat Johor memang seronok. Sedapnya Tutti Fruti tu :-)

    ReplyDelete
  2. So what are artist shoes? They are typically linked with types which could be Franklin and Marshall clothing produced for placing on with an evening gown or an business office outfit but they are not limited to just that. the north face saleArtist shoes can occur in just about every type of design and you also may be astonished to know that you simply Belstaff Jackets Salecan purchase artist men's shoes even although in the kind of sneakers that you simply can positioned on for frequent use. Buy Ugg Boots And regardless of the actuality that artist women's shoes are regularly believed of as something strappy with large heels, you have women's artist sneakers too.Babyliss Hair Straightener Gucci shoes as well have instead a range or that you decide on from.

    ReplyDelete