Friday, January 14, 2011

Menabung amalan mulia ;)

Biasanya syiling yg lebih2 tu akan disimpan dlm bekas telur songket ;). Bekas tu dh pun penuh jadi kena transfer masuk tabung lor :D





Tabung hello kitty tu pin dh nak penuh ;) nk beli apa ye nanti ? hehehe

Thursday, January 13, 2011

Damai

Siang tadi kuar pegi site. Pastu dari site tu terus balik rmah since pukul 4.30 tu masih di site. Hari ni kan waktu keja sampai 4.30 so saya mintak tolong assistant baru (lupa nk cite dh dpt pembantu..heheh) hantarkan balik ke rumah. Rumah dia pun x jauh dr rumah saya so x perlu balik opis la.

Pakcik botak dh sampai rmh sbb dia lagi awal, balik kul 3.30 pm. Mandi siap2, solat asar pastu lepak atas katil. Buka semua tingkap dan pintu bilik kasi angin masuk. Sembang2 dgn pakcik botak. 

Best sangat sbb hari masih cerah dan banyak masa lagi  sblm malam. Biasanya kul 6 baru smpai rumah, hari khamis awal lagi tu yg syok. 

Saya layan blog atas katil, pakcik botak plak zzz, dia x brp sihat sgt 2,3 hari ni. Sambil layan blog dengar Kak Zal jiran sebelah sampai. Dia satu family akan balik rumah pd hari khamis psl nk tggu anak2 pindah ke sekolah dekat2 sini. So balik rmh baru hari minggu je. BEst la skit kalu sebelah ni ada org, bising la dgr bunyi anak2 dia main. Xde la sunyi je ;)

Paling best skrg ni tengah dengar anak2 diorang dan anak2 jiran sekeliling kecoh bising2 duk main2. Diorang happy je main sama2. Saya rasa sgt damai sekali.

Bekas bos pakcik botak pernah bgtau dulu, sunyi kalu duk 2 org tapi rumah 2 tingkat. Huhuhu memang pun. Kalu anak kak siti si aqilah tu ada boleh tumpang manja2. Hhehe kadang2 saya bagi coklat. Hari tu saya bagi aiskrim asam boi kat dia. comel budak tu umur agak2 dlm 4 thn. Harap2 kak siti tak  kisah lah saya bagi makanan kat anak dia. Setakat ni xde apa2 lagi, takut juga kan mana la tau. Tapi setakat ni alhamdulillah jiran kiri kanan depan dan belakang semua ramah tamah dan baik2 belaka.

Paling best kalu hari minggu mesti kawasan perumahan saya ni bising skit sbb semua tak keja kan. Pagi2 nk buat sarapan dengar baby rumah blkg nangis. Baru pas bersalin rasanya. Pastu dengar anak2 kak siti main2 2 beradik. Anak2 kak siti ni suka sgt main pengepit baju kat ampaian. main tolak laju2. si abg tunggu belah kanan si adik tunggu belah kiri. main tolak laju2. pastu jerit2..hehehe kdg2 saya pun gelak sama. rasa nk je g join diaorang main hahaha.

ok lah, chow dulu, dekat nk maghrib. mlm ni mau deting sama pakcik botak. ada sesuatu utk dia sempena sesuatu yg saya dpt. peace =)

~lamanye tak jumpa k.zie :)

Wednesday, January 12, 2011

Mari belajar cakak teganu bersama cikgu stopa

Hahahaha lawak lah zizan ni. Tq to Abg Nara hahaha lawak lawak!

Rupe2 nye cermin keta dia mmg betul2 pecah le..hahahaha



Tuesday, January 11, 2011

RM 10

Hari ni saya EL psl pakcik botak tetiba panas badan pagi tadi. Malam tadi dia ada ngadu rasa nk demam, pastu sakit kat dada. Saya tengok mcm bengkak skit, merah2 pasti bila sentuh mcm ada ketulan. Bila tekan dia kata sakit sangat.

Kitorang saspek bisul kot. Duk tanya la petua kat fB cmne nk hilangkan bisul. Last2 end up letak ubat gigi. Hahaha.

Pagi tadi p klinik doc kata bukan bisul tp jangkitan kuman di bwh permukaan kulit. Macam2 penyakit plak. Dia dpt mc 1 hari.

Pastu p psr kedai buluh cari sayur skit. Beli udang setengah kilo. Minggu ni makan lauk seafood, minggu leps dh mkn ayam.

semua ni berharga RM10

Mcm x caya jek. Ambik bunga kobis tu 2 ketul. Agak bsr juga, pastu fishball, fishcake dgn tempoyak. Oh ye, 1 plastik taugeh. Semuanya RM 10. Udang tak kira lah. Kecik nye nilai duit 10 inggit skrg ni ye. 

Duit oh duit.

MySpace

Monday, January 10, 2011

Melawat baby di tahun baru

Ni kisah Sabtu 3 hari lepas. Opismate saya yg kawen masa Thn Baru Cina thn lepas dh bersalin. Suami isteri ni dua2 opismate saya. Bertemu jodoh di ofis ;).

Sabtu tu pegi lah tgk baby baru ni. Umi nye kata nama Muhammad Amir Luqman. Comelnye baby ni kan. Rasa nk cium je. Suka dgn bau baby tu. Baby baru 18 hari.

 hehehee mcm kekok je bang. Takpe, practise make perfect!


Emm wangiiiii ;)

Bestnye kalu dpt dukung baby sendiri.

Sunday, January 9, 2011

Roti cicah kari.. yum yum!

Spt biasa balik je dr opis terus bncg dgn pakcik botak nak makan apa ptg/mlm ni. Saya teringin nk mkn roti cicah kari. Huhuhu tapi x pernah buat lg ;)

Sampai je rumah terus p dapur. Oleh krn tak pernah buat maka tepon mak mintak resepi. Tak nak yg susah2..Huhuhu. Mula2 rasa tawar, pastu tambah garam. Masin plak. Mak kata kalu masin tmbh gula, so tambah gula, tetiba mcm manis plak. Hahahaha adui nk wat cmne ek? Ambik lah sekeping asam gelugur. Kacau punya kacau jadi lah.. Hahahaha best best!


jelingan menggoda..auuw! hahaha

Pakcik botak kata sedap. Asalkan dia boleh makan saya hepi lah. Kita buat ni utk dia je. Saya x buat pedas psl dia tak boleh yg pedas dan berempah sgt. Ikutkan hati mau letak banyak lagi rempah kari tu tp sian plak dia kat asyik memerut je :D

Reseipi saya letak ni yg versi simple punya. Saya letak sbb esok2 kang nk buat lagi takut lupa, hahaha.

Kari ayam

Bahan-bahan :-
  • Ayam
  • Rempah kari
  • 1 biji bwg besar + 3 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • Bawang besar hiris bulat2
  • Halia 1 inci
  • Cili boh ( 1 sudu je)
  • Asam gelugur (asam keping ye puan puan)
  • Gula
  • Garam
  • Daun kari
  • Santan
  • ubi kentang (potong2)
~ saya main letak je, tak sukat2 pun, utk 3-4 org makan buleh le ni~

Cara-cara :-
  1. Gaul bawang bsr+bwg putih yg dh ditumbuk@blend dgn rempah kari dan cili boh.
  2. Panaskan minyak dan tumis sampai wangi. Masukkan halia, asam gelugur, daun kari.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang. Agak2 ayam dah separuh masak masukkan santan, garam, gula.
  4. Jaga jgn bagi santan pecah minyak. Rasa lah masin ke tawar ke. Korang ekjas2 la  ye :)
  5.  Bila ayam dh masak dan ubi kentang dh empuk, tutup la api tu.
  6. Boleh mkn dgn nasi atau cicah dgn roti :D
MySpace

Saturday, January 8, 2011

Orang memberi kita merasa ;)

Semalam kan saya buat nasi lemak, pastu bagi lah jiran kiri kanan rasa kan. Saya kan 2 org, kalu masak utk makan 2 org mcm tak puas je sikit sgt.

Petang semalam Kak Zal jiran belah kiri mai hantar pinggan pastu dia balas keropok 2 bungkus. Susah2 je. Sempat sembang2 gosip2..hahahaha.

Pagi tadi tgh duk goreng keropok dengar Kak Siti panggil. Dia bagi mee goreng 1 pinggan. Hahahaa best best! Murah rezeki. Asalnya pagi ni nak makan yg goreng2 je, tapi Kak Siti tambahkan rezeki. Alhamdulillah sedap giler mee goreng dia.



Kak Siti ni umur dia tua 31 thn, tua setahun je dr saya tp dah ada 2 anak. Sepasang, lelaki dgn pompuan, comel2 ! Selalu bagi cokelat kat anak2 dia, tumpang bermanja le kan ;). Anak sendiri takde lg jd manja2 la dgn anak org.

MySpace

37773

Cantik nombor kan..



Rasa nak buat GA ? GA apa ye..?

MySpace

Friday, January 7, 2011

Banjir

2,3 hari ni hujan tak henti2. Walaupun tak lebat tapi melarat jugak. Tadi mak bgtau kat parking tepi rumah dah naik air. Belum sampai depan lagi. Kalu hujan lagi kemungkinan akan jadi mcm tahun lepas.

Kawasan rumah saya insyaallah tak banjir. Pemaju la yg kata, tapi tadi tengok air longkang dah penuh. Kat rumah sebelah dah melimpah. Kalu banjir kena saman la pemaju nih. Hehehehe.


ni rmh depan rumah saya. Belakang tu dah naik air. Tp rumah depan  ni tinggi, 
rasanya xde apa2 kut


 air longkang dh melimpah



hujan2 ni pekena mee rebus memang mantooppp lah :D

MySpace