Skrg update blog pukul 10.16 malam. Tadi dah tertido kat kerusi ngok ngek. Asal kul 9 lebih mesti ngantuk, asal ngantuk je 9 lebih.
Balik keja biasa sampai rumah kul 5.45 -6 pm. Terus masuk dapur masak ala kadar untuk makan malam. Kalu rajin mandi dulu baru masuk dapur. Kalu malas masak dulu baru mandi.
Pukul 7 siap makan dah, naik atas mandi, siap2 untuk solat maghrib. Lepas solat iron baju. Sekarang ni mnembazir letrik betullah. Tiap2 malam gosok baju PB sepasang, baju saya sepasang. Patutnya hujung minggu giron siap2 seklaigus stok seminggu. Apakan daya, malas mengatasi segala-galanya. Kalu buleh hari minggu tu nak rilek je. Rasanya start minggu ni kena start iron sekaligus lah. Sebab bil letrik walaupun duk berdua dah cecah RM30.
Pas iron baju solat isyak, pastu kalu ada kain baju nk jemur, buat siap-siap jemur kat beranda luar bilik. Tak berani dah nak jemur kain kat porch kereta since kejadian kain batik dicuri orang. Seksa sikit nak menjemur sebab sempit. Berlaga-laga hanger. Paling aku tak suka, sikit2 jatuh. Bencinya kalu hanger buat hal. Hahahaha dgn hanger pun nak gaduh.
Dah siap semua, baru lah lega. Boleh start mengait. Kalu takde order takpe, boleh rilek-rilek tapi kalu ada order kena mengait jugak walaupun sikit. Masa kita tengah ke sana ke mari buat keja ni, cuba teka incik PB buat apa? Hahahhaa rasanya ween tahu kut. Kan ween? hahahaha.
Masa mengait ni lah kalu hari mata ni buat ngantuk, kul 9 tu dh berat dah. Biasa lena jap atas kusi malas dgn hook dan benang di tangan. Tapi kalu terjaga sambungan ngait balik. Masa ni lah berangan best jadi surirumah. Hahahhaha. Padan muka aku.
Time masuk tido biasanya kul 12 ke atas. Kalu ngantuk sangat baru lah masuk tido awal. Biasa kalu kul 11 memang awal lah. Si Pakcik Botak lagi lah, klau kul 1 tu mata terang benderang lgi. Kebelakangan ni bertenaga semacam je. Hahahhaa kotau kan ween.
Bangun tido adalah pukul 6.15 pagi dan siap2 g keja dan rutin harian kembali seperti biasa. Kalu ada anak totally berubah rasanya.
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Keronsang dan sepit
Kenapa lah sekarang ni susah nak update belog? Malam2 tengok keadaan jugak kalu nak update. Kenapa agaknya ye..? huhuhu pang muka sendiri.
Ni order dari kawan 1 batch masa degree dulu. Dia order belum raya tp memang tak sempat dah. Dia katalepas raya pun takpe. Akhirnya siap juga .
5 pasang keronsang untuk ibu
5 pasang klip utk si comel
headband utk si comel juga
ready nak pos.
Penatnya..
Ni order dari kawan 1 batch masa degree dulu. Dia order belum raya tp memang tak sempat dah. Dia katalepas raya pun takpe. Akhirnya siap juga .
5 pasang keronsang untuk ibu
5 pasang klip utk si comel
headband utk si comel juga
ready nak pos.
Penatnya..
Wednesday, September 14, 2011
Kain batikku di curi orang
Alkisahnya saya ni basuh kain baju waktu malan, pastu jemur la sekali pastu. Jemuran adalah di porch kereta. Kejadian ni adalah pada hari Selasa. Malam tu pas basuh kain, jemur lah. Basuh tak banyak mana pun, sekali round je, ada kain batik 2,3 helai, kain pelikat, baju, tshirt n pakaian2 kecik tu.
Pagi esoknya masa nak g keja, saya perasan apasal jemuran macam sikit je ni. Rupanya kain batik hilang! Dah lah aku ni kain batik pun tak sampai 10 helai. Pastu Pakcik Botak mintak saya ingat betul2, ada ke jemur kain batik. Saya kata memang ada lah, sebab ingat saya susun sekali dengan kain pelikat. Pastu PB round kat belakang dapur. Tetiba ada hanger 3-4 biji sekali dengan sepit baju dalam longkang.
Terus pelik. Sape plak yang buat keja ni. Pastu nampak pagar yang sambung dengan rumah belakang tu macam senget skit.
Otw ke opis tu sms Kak Siti, bgtau dia. Cite la apa yg berlaku. Dgn dia pulak yang takut. Hahahaa yelah sebaba suami dia jarang balik.
Sampai opis Kak Siti call, katanya dia ada kat umah MC, pastu anak dia kata ada baju atas atap rumah. Aiik!
Okey kita sabar. Petang balik keja intai atas atap. Memang ada lah wei. Ada kain batik dengan baju t-shirt atas bumbung porch keta dekat dgn piring astro. Naik bilik tengok dari dalam bilik nampak jelas selai baju dgn kain batik tu tp kain batik tu bukan aku yang punya. Musykil musykil.
Terus pinjam tangga dengan Kak Siti, PB panjat dalam gayat. Hahahahaha. Takkan saya pulak nak panjat kan. Sah! Memang kain batik tu bukan saya punya. Baru lagi kain tu. Kak Siti pun kata bukan dia punya.
Lepas tu cite kat Kak Siti, perasan juga ada benda2 pelik berlaku. Pernah ada 2,3 ketul batu besar penumbuk bawah kereta tapi kereta tak kemik atau calar. Pastu pulak pintu pagar (gate) tu kemik, bengkok macam kena langgar. Kemik tu dari dalam mcm kena langgar kereta dari dalam. Pelik pulak, bila masa kereta langgar dari dalam?
Kalu nak curi tu curi lah kan, jangan lah buat pelik-pelik.
Tuesday, September 13, 2011
Sekali kita hilangkan susah orang, 10 kali Allah hilang kan susah kita
Tajuk tu adalah kata-kata dari seorang kakak yang saya pegang sampai hari ini.
Sabtu baru ni ada sepasang tetamu istimewa yang datang ke tempat kami untuk urusan keluarga. Si suami bff Pakcik Botak dari kecik. Si isteri pulak bff saya merangkap teman sehati a.k.a kakak ku .
Lama tak jumpa depa ni since baru je dpt transfer ke KL semula setelah menetap di Bintulu buat seketika. Datang ke K.Trg atas urusan keluarga.
Ahad malam mau pulang sudah. Sebelum balik kita round-round cari kepok lekor le..
Sabtu baru ni ada sepasang tetamu istimewa yang datang ke tempat kami untuk urusan keluarga. Si suami bff Pakcik Botak dari kecik. Si isteri pulak bff saya merangkap teman sehati a.k.a kakak ku .
Lama tak jumpa depa ni since baru je dpt transfer ke KL semula setelah menetap di Bintulu buat seketika. Datang ke K.Trg atas urusan keluarga.
Ahad malam mau pulang sudah. Sebelum balik kita round-round cari kepok lekor le..
cubaan kak zie utk mengecikkan tubuh adalah berselindung di belakang sign board. ADA tu maksudnya keropok masih ada hehehe.
Kayu-kayu api yang digunakan sebagai bahan api. Mana agaknya dorang dapt kayu ni. Belakang kayu adalah dapur-dapur yang digunakan untuk merebus kepok lekor.
pemes kedai ni. the best in town. pada saya lah. Lokasi adalah kat selekoh kat Kg Bukit Tok Beng.
Menungggu masa untuk berlepas.
Cubaan membuat muka tak comel. Hahaha tak comel puuun..
K.zie and Paqlee, nantikan serbuan kami pulak ke KL nanti insyaallah kalu takde aral Jumaat ni.
Monday, September 12, 2011
New yarns
Tambahkan koleksi benang utk buat 21 pcs klip. Org yg order nak warna yang terang-terang.
mcm jambangan bunga pulak..hahhahaha model sukarela senyum kena paksa..
mcm jambangan bunga pulak..hahhahaha model sukarela senyum kena paksa..
Saturday, September 10, 2011
Flower bookmark
Lamanaya nak ambik mood mengait. Badan tak sihat, batuk lagi..nak mengait pun tak selesa. Tapi tetap rasa nak mengait.
Minggu ni balik Dungun, alang2 ingat nak singgah Paka pastu terus ke Mesra Mall. Lama tak g Popular. Kita singgah utk beli sedikit bahan bacaan, lama tak beli novel.
sbnrnya nk tunjuk bookmark tu..hehehebaca dulu skit smntara ada masa. ramai yg suggest suh baca buku ni.
Minggu ni balik Dungun, alang2 ingat nak singgah Paka pastu terus ke Mesra Mall. Lama tak g Popular. Kita singgah utk beli sedikit bahan bacaan, lama tak beli novel.
2 bijik novel yg diidam2 kan..
sbnrnya nk tunjuk bookmark tu..hehehebaca dulu skit smntara ada masa. ramai yg suggest suh baca buku ni.
my bookmark
tak lupa juga utk siapkan order awek fahri ni. 2 pcs bookmark juga.
gambar tak jelas plak. malas nak bukak lampu. hampir siap, tinggal daun je. Insyaallah kalu takde aral Ahad pos ye Cik Alis.
Monday, September 5, 2011
Boleh kah gabung puasa ganti dan puasa sunat?
Saya repost balik entry tahun lepas utk dikongsi bersama .
Minggu ni dah ada yang start berpuasa balik. Rata-rata start hari ni (Isnin). Yang lelaki of kos la puasa sunat syawal kan. Yang perempuan pulak mesti ada yang nak buat yg ganti dulu baru sunat. Saya pernah dengar ada yang kata puasa ganti dan sunat tu boleh gabung kalu masih dalam bulan Syawal. Tapi confuse la betul ke?
Internet di hujung cari, apa lagi search je..
Ok, ini yang saya dapat. Sumber dari Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net).
| |
|
Ok, drpd penerangan di atas, eloklah kita dahulukan yang wajib dulu. Insyaallah mudah2an sempat waktu untuk buat sunat syawal.
Sharing is caring.
Saturday, September 3, 2011
Tetamu pertama di hari raya
Raya ke 5 baru ada kat rumah. Sebaik tiba je, datang meluru tetamu nak beraya..
Selamat hari raya..hehehe
Selamat hari raya..hehehe
Friday, September 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
















