Wednesday, September 14, 2011

Kain batikku di curi orang

Alkisahnya saya ni basuh kain baju waktu malan, pastu jemur la sekali pastu. Jemuran adalah di porch kereta. Kejadian ni adalah pada hari Selasa. Malam tu pas basuh kain, jemur lah. Basuh tak banyak mana pun, sekali round je, ada kain batik 2,3 helai, kain pelikat, baju, tshirt n pakaian2 kecik tu.

Pagi esoknya masa nak g keja, saya perasan apasal jemuran macam sikit je ni. Rupanya kain batik hilang! Dah lah aku ni kain batik pun tak sampai 10 helai. Pastu Pakcik Botak mintak saya ingat betul2, ada ke jemur kain batik. Saya kata memang ada lah, sebab ingat saya susun sekali dengan kain pelikat. Pastu PB round kat belakang dapur. Tetiba ada hanger 3-4 biji sekali dengan sepit baju dalam longkang.

Terus pelik. Sape plak yang buat keja ni. Pastu nampak pagar yang sambung dengan rumah belakang tu macam senget skit.

Otw ke opis tu sms Kak Siti, bgtau dia. Cite la apa yg berlaku. Dgn dia pulak yang takut. Hahahaa yelah sebaba suami dia jarang balik.

Sampai opis Kak Siti call, katanya dia ada kat umah MC, pastu anak dia kata ada baju atas atap rumah. Aiik!

Okey kita sabar. Petang balik keja intai atas atap. Memang ada lah wei. Ada kain batik dengan baju t-shirt atas bumbung porch keta dekat dgn piring astro. Naik bilik tengok dari dalam bilik nampak jelas selai baju dgn kain batik tu tp kain batik tu bukan aku yang punya. Musykil musykil.

Terus pinjam tangga dengan Kak Siti, PB panjat dalam gayat. Hahahahaha. Takkan saya pulak nak panjat kan. Sah! Memang kain batik tu bukan saya punya. Baru lagi kain tu. Kak Siti pun kata bukan dia punya.

Lepas tu cite kat Kak Siti, perasan juga ada benda2 pelik berlaku. Pernah ada 2,3 ketul batu besar penumbuk bawah kereta tapi kereta tak kemik atau calar. Pastu pulak pintu pagar (gate) tu kemik, bengkok macam kena langgar. Kemik tu dari dalam mcm kena langgar kereta dari dalam. Pelik pulak, bila masa kereta  langgar dari dalam?

Kalu nak curi tu curi lah kan, jangan lah buat pelik-pelik. 

9 comments:

  1. eeee bahayanya

    masa kuliah zohor tu hari ada seorang ustaz tu bg satu doa khas utk elakkan org mencuri dan merompak umah kita

    nnt sy try minta kat ustaz tu ye :-)

    ReplyDelete
  2. ishh..suspen je. hrp x de pape..dijauhkan la

    ReplyDelete
  3. sblm tidurbc al-fatihah,3qul n ayat kursi..insyaAllah..


    seram juga..

    ReplyDelete
  4. uish, kain batik jangan dibuat main kalu hilang, takut org buat tujuan tak elok.

    harap2 dapat jumpa kembali.

    *tq atas bookmarknya :)

    ReplyDelete
  5. Hi sy syud... Keje wdi jgk... Just to inpom ni tektik pencuri nk masuk umh.. Dia lapik kain ats bumbung utk xnk kasi licin tapak kaki dia. Dia nk masuk kot atp sb atp tu kan main susun2 je.. Area umh sy dah ada kes cmni, msuk kot bumbung .. Beware..

    ReplyDelete
  6. haahla marina...awak kena hati2..tu memang taktik pencuri nak masuk umah...take care tau..saya doakan semuanya selamat.

    ReplyDelete