Sunday, December 5, 2010

Menu malam ini - Mee rebus seafood

Td otw balik opis tanya pakcik botak nak makan apa malam ni.. Katanya borim dh makan nasi, apa kata buat mee rebus. Saya kata okeh tapi kena p cari sayur psl sayur dh abis stok.

So, berdesup ke Nirwana Maju. Beli utk stok seminggu terus.

Pas maghrib start potong apa yg patut sambil basuh kain. Mcm tak hujan je so elok utk jemur kain malam ni, esok dh kering ;)

Okeh, resepi nye seperti biasa, sila scroll ke bawah ye ;)



riang nye dpt makan mee rebus ye..sian pakcik  botak dia selsema sebenarnya ni tp makan punya psl happy je hahaha

Bahan2 (utk 2-3 org makan) :-
  • Mee kuning (separuh je)
  • 1 biji bawang besar - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • Sedikit ikan bilis - tumbuk
  • Sedikit lada hitam - tumbuk
  • Kobis
  • Sawi
  • Fishball
  • Ketiak jagung (korang panggil apa ek ;P)
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 susu sos tiram
  • Sotong - potong2
  • 3 kepingan keropok keping 
  • 2 biji telur
  • Air

Cara2 :-
  1. Mula2 tumbuk lada hitam smpai lumat, kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lg. Pas lumat semua masukkan bwg putih dan bawang besar. Tumbuk sekaliggus bahan2 tu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk sampai layu dan naik bau.
  3. Masukkan air utk dibuat kuah sesuka hati korang. Masukkan sotong dan tunggu hingga mendidih. Masukkan fishball.
  4. Perasakan dgn garam dan gula serta sos tiram.
  5. Masukkan mee dan segala macam sayur mayur tu. Patah2kan keropok keping (yg belum digoreng) ke dlm mee rebus tu. Ni mak mertua saya punya secrett resipi la ni.Tunggu hingga mendidih dan rasa lah tawar ke masin ke. Kalu tawar tambah garam. Agak2 korang lah ek.
  6. Pecahkan telur perlahan2, jgn kacau takut telur pecah. Biarkan mendidih seketika dan tutup.
  7. Okeh dh siap boleh hidang.
Selamat mencuba uolss.
~ Blog ni dh jadi blog masak2 plak..hehehehe ;) MySpace

Saya nak bercuti ke New Zealand!

Waahh bestnye ..! 

Eh korang, Air Asia tengah promosi sekarang. Hari ni last day. Cepat book cepat!




Nak tengok biri2 dgn penguin kat NZ..yeehaa! hahahaha

Saturday, December 4, 2010

Jemput-jemput daging

Alkisahnya ada 2 bijik ubi kentang yg tak habis masa buat roti kentang tak jadi semalam. Ingat nk buat begedil tp tetiba mai idea lain. Hahaha. Akhirnya jadi lah jemput-jemput daging :). Atau dgn kata kata lain cekodok daging.



Bahan2 utk resepi sama mcm nak buat roti kentang ween monas2petronas. Xpe, saya buh resepi. Ada 2 cara utk masak jemput2 ni. Satu kaedah bakar dlm oven satu lagi goreng tapi kali  ni saya bakar.

Bahan2 :-
  • Daging cincang ( saya potong dadu kecik2)
  • 2 biji ubi kentang
  • Daun bawang, daun kucai dan daun sup
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam (tumbuk halus)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Setengah cawan tepung gandum
Cara2 :-
  1. Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil.
  2. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata.
  3. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  5. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan.
  6. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit.
  7. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu.
  8. Tunggu sejuk sikit baru syok makan. Woohooo!
Sedap lah, suka suka suka! Saje nk bereksperimen dgn resepi semalam. Ingt nak tggu petang sikit baru makan tp tak sabar plak tengok duk bawak saji. Hahahaha terus ngap. Lain kali nk cuba versi goreng plak, mesti lagi garing.

Isi kat dalam tu lembut dgn kentang lenyek dan daging. Memang sedap lah!

makan tengahari lauk udang masam manis dgn singgang ikan selar.

:D

Friday, December 3, 2010

Tragedi masak2

Tragedi la sangat..hahaha kes nya nak cuba masak menu baru tapi tal jadi..hohoho. Aku salah baca resepi atau tak pandai buat hahahaha. Takpe, tak cuba tak tahu kan.. :D

Alkisahnya nk cuba buat roti kentang mcm ween si monas2petronas buat. Mula2 tu dh ok, last part huhu sgt sodih..hahaha kata sedih tp gelak plak. tengok gambar ye, kalu sape nak resepi sila ke blog monas2petronas. Gua malas nak cite huhuhu.






masa nak balikkan ke sebelah lagi tu tiba2 karipap ni terbuka, pecah skit..huhuhu lama jugak menunggu roti tu masak. Last2 bila dh masak kira ok la tp agak tawar skit, mungkin saya taruk garam sikit..huhuhu dgn roti nya agak tebal..hahaha tak jadik macam ween punya.


Akhirnya lebihan inti tu masuk oven je, sedaaaaapppp! hahahaha

Nasi goreng ayam madu

Kedai ni adalah port baru utk mkn tengahari. Terletak  di Goat Island atau dgn kata lain di Pulau Kambing. Hahahahaha.

Best giler nasi goreng ayam dia. Memang terbaik! air laicikang pun best!




Nampak biasa je kan, tapi percayalah memang sedaaapp!!!

Fiza, farah, ina..bila lagi nak g makan situ...???

Thursday, December 2, 2010

Makan apa malam ni?

Baru pas dinner. Waaah dinner gitu.hahaha tgahari kat opis tadi mkn keropok, goreng ubi dgn popia je. Malas nak makan nasi. Sebab nanti balik makan nasi plak.

Pas maghrib tadi start masak. Huhuhu kaki dah tak lenguh dah. Kalu dulu pas masak tumit sakit pasal berdiri lama. Melampau kan? Hahaha, skrg dh ok! Dah boleh masak 2 jenis makanan dalam 1 masa. hahaha tapi setakat ni takdelah masak yg berat2, setakat makan 2 org je.

Ok, menu malam ni ialah nasi putih, sup sayur dan ikan selar masam manis.




Nasi masak 1 pot je. Cukup utk 2 org makan tak tambah. Memang kitorang makan jarang tambah nasi.  Pas makan pipiku dicium pakcik botak katanya saya masak sedap. Blushing ;) hehehehe

:)

Keropok besut

Ni cerita lama. 4 tahun lepas pernah makan keropok kat area Besut ni. Sedap giler! Kalah keropok losong.

Itu hari masa balik dr KB, rasa teringin plak sebab lalu kut kedai jual keropok. Ajak pakcik botak singgah. Mula2 tak nak lah, beli bungkus la. Mcm tak nak berenti la. Tapi saya paksa jugak psl terigin sangat.

Last2 singgah kedai ni, rasanya kedai yg sama masa saya makan 4 tahun dulu. Rupa2 nye betullah. Order2 inggit dgn air nyor. Dah la masa tu panas je cuaca, nyaman seh minum air nyor. sampai je kerokok goreng waaah nampak sedap. Bila makan memang sedap! Sama mcm dulu.

Last2 tak cukup 2inggit. Org tu la mula2 jual mahal, last2 dia mintak tambah lagi. Tapi series memang sedap. Arrggh teringat2 plak :D

 ni kedai nya. Kat Kg Pengkalan Nyireh, Besut.





puas la buleh makan banyak. Sedap, best, terbaekkk lah!

:D

Pokok pear pulak :D

Hari tu kan tanam pokok epal. Pas 2, 3 hari keluar daun tu saya perasan akar dia buruk. Lama2 naik ke batang plak. Last2 tinggal daun je. Huhuhu tak menjadi. Mungkin faktor tanah psl saya pakai tanah berpasir. Huhuhu

Pastu ari tu beli pear afrika kat Giant. Ala yg wrna hijau bukan kuning. Isi dia lembut, manis. Bukan pear hijau yg isi rangup tu. Pastu saje la kan letak biji dia dlm bekas sama dgn pokok epal tu.

2,3 ari pastu tgk ada kuar putih kat hujung biji tu, rupanya mcm tunas tau. Esok tu tengok dh kuar daun selai. 2 hari pastu tu dah kuar batang siap daun 2 lai. Amboi mak, cepatnye pokok ni tumbuh.
Tadi masa balik keja singgah kat nursery cari pasu plastik dgn tanah. 6 beg tanah RM 10. Saya beli 3 beg je just nk buat semai anak2 pokok je dulu. Pasu plastik RM2 sebutir, saya beli 2. Sampai rumah terus isi tanah siap2 dlm pasu plastik pastu alihkan anak pokok pear tu.
selepas seminggu

Oleh sebab pasu tu agak besar maka saya pon tabur sekali biji lada capsicum dan cili api. Tengok lah ada hasil tak nanti ;) dan tak lupa sebijik bawang merah. Hahahaha

Kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti ;)

Wednesday, December 1, 2010

Menu malam ini ;)

 nasi lauk telur dadar-tak-jadi, daging black pepper dan ulam timun.

Jadi lah kan, utk 2 org makan. Nampaknya kena beli rice cooker yg paling kecik. Yg adaskrg ni kalu masak utk 2 org mkn wat kerak je. Sikit sgt.

Alhamdulillah, dah sebulan pindah baru sekali mkn luar. Semangat nk memasak tu masih ada hohoho :D

 Ni gua buh resepi daging black pepper paling senang dlm dunia. 


Bahan2 :_
  • Daging
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih seulas
  • Lada hitam
  • Halia
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap
  • Sos tiram
Cara :-
  • Tumbuk lada hitam sampai halus. Pastu masukkan bawang merah dan bwg putih jugak hali dan tumbuk sekaligus dgn lada hitam sekali.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk sampai naik bau. Masukkan sos tiram dan kicap. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan daging. Jgn tambah air lagi sebab nanti air daging akan kuar. Mak saya pesan kalu masak daging guna api perlahan supaya daging tak keras / liat.
  • Kacau2 dan tunggu sampai masak. Kalu nak ada kuah sila tambah air sikit. Kalu nak kering takyah la tambah air.
  • Dah siap buleh le makan ;)
Sila2  jemput makan ;D