Monday, August 8, 2011

Menu berbuka 8 Ramadhan

Ari ni kita singgah pasar beli ikan. Lama giler tak beli ikan. Asyik ayaaaaamm je.. busan juge kan.

Beli ikan kembung sekilo RM14. Ikan fresh lagi. Udang setengah kilo RM10 dia potong singgit. Cadanganya kita buat singgang je lah hari ni.


fenin plak tgk gambar ni. sup sayur semalam ada sket lg. Panaskan je, sayang plak nak buang. Goreng ikan 2 ekor. Sayur tauge+sawi goreng. Oh tak lupa sambal bilis tempoyak  :D

Jualan raya dh bermula kat opis. Kuih raya, keronsang. Saya beli juga sepasang keronsang dan juga butang baju melayu untu Pakcik Botak :D


Sabah mari ;)

Sunday, August 7, 2011

Menu 7 Ramadhan

Dari pagi td dh ada dlm kepala nk masak untuk berbuka  :P. Dah masuk seminggu berpuasa tapi takde lagi menu berbuka dlm blog ini :P


Balik opis ajak Pakcik Botak pi Sabasun nak cari bilis. Stok bilis adalah perlu ada di rumah ku :D


Mulanya ingt nk cari bilis je tp terpandang plak tauge yg comel2, geram pulak. Hahahaha terbabas skit je ;P



bilis halus dan bilis kasar. Tauge 30 sen, tauhu 6 keping dan juga bebola ayam. Bagus utk dibuat sup ;D






Menu untuk hari ni.Sup sayur, sambal bilis tempoyak, udang celup tepung dan ikan masin. Oh tak lupa dlm bekas tu lebihan bilis pedas mak bagi semalam.

Esok kembali berpikir nk masak apa.

Selamat berbuka uolls!

Saturday, August 6, 2011

Gambar klasik

Balik kampung minggu ni.

Tetiba terasa nk ambik gambar ;)






Perasan tak siapa si baju belang hitam iteew?

Ween, ko cam x sape nih? hehehehee

Gambar terkini :P


:D

Friday, August 5, 2011

Puding trifle yg tak berapa nak jadi

Hari ni hari Khamis balik kul 3. Teringat ada sos kastard dlm peti. Sayang kalu tak guna, so ingat nk buat puding  triffle. barang dh ada tinggal nk beli buah dgn swiss roll je.

Ok, balik opis kita paksa pakcik Botak drive g Giant.

Sampai rumah ketung ketang ketung ketang siapkan puding sbb nak bawak balik Dungun. Sekali dah siap tuang kastard semua baru perasan yg serbuk yg nk buat jeli tu bukan serbuk jeli tapi seruk agar-agar. Hmmmmpppphhhh. Geram dgn diri sendiri. Nape lah tak ingat betul2. Tapi dh bancuh dah tawakal je lah. Tuang juga atas puding tu. Pastu masuk peti ais sekejap.

Siap2 mandi, solat, kemas baju ambik puding tu wat masuk dlm kereta. hmmm mmg tak mengeras pun sbb agar-agar kan lambat skit tp masa test sentuh dh slow2 nk mengeras tapi rasanya mmg takkan mengeras mcm jeli lah.

Sampai Dungun letak dlm peti dulu.

Lepas terawih nak makan lah, takut-takut nk potong takut tak jadi. Tengok pada fizikal tu blh tahan la tp rasa wallahualam. Kita tengok gambar.


tak tau nk kata apa huhuhu


jgn terpedaya. Pakcik ni telah dibayar utk membuat simbol begitu ;p




Walaupun jeli nya tak menjadi p alhamdulillah laku le jugak. Saya  rasa yg lain dh ok cuma part silap letak
agar instead of jeli.

Xpe, nanti kita acu try test sekali lg. swiss roll ada lagi satu gulung nih..hahaha

Sape2 nak resepi triflle ni sila terjah  blog neenaanuar. Sbnrnya kes baca blog dia lah ni jd terpengaruh tu hahahaha. Terima kasih kpd beliau krn sudi menge'share' kan resepi puding iteew :)

Wednesday, August 3, 2011

Warna-warna comel









a- soft purple
b- dark purple
c- shocking purple
d- light yellow
e- shocking orange
f- orange
g- soft orange
h- green
i- soft green
j- shocking green
k- dark blue
l- soft blue
m- blue
n- white
o-sweet pink 
p- soft pink
q- pink
r- shocking pink
s- red
t- yellow+white+peach



stok benang akan ditambah dari semasa ke semasa


;)

Sunday, July 31, 2011

Kunjungan tetamu istimewa ;)

Petang tadi saya menerima kunjungan tetamu istimewa dari Perlis ;)





 yeaahh ini dia isteri si pelari pecut yg cute. Tq Suhana kerana sudi singgah ;)


Puding roti dgn sos kastard utk minum petang. Tq to Chef Syib yg menurunkan ilmu sos kastard yg meletops iteww :D




Kalu baca semasa berpuasa, harap maafkan saya ye ;)


Update khas utk cik puan nadia zahira ;)


Bahan2 utk puding roti :-

  • 3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • secubit garam
  • hirisan badam-goreng seketika dlm kuali tanpa minyak (blh ganti dgn kismis)
  • setengah buku roti (blh pakai roti biasa tp lagi sedap kalu guna wholemeal bread)

Cara2 buat puding roti :-

  1. Potong 4 roti atau suka hati nk potong lagu mana. Ketepikan.
  2. Satukan susu segar, telur, esen vanilla, gula perang, gula putih, secubit garam dan sedikit badam. Tinggal sikit badam utk tabur kat atas.
  3. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan roti yg telah dipotong sesuka hati dan biar ia terendam seketika sehingga kembang. taburkan baki hirisan badam kat atas permukaan.
  4. Dh agak kembang masukkan dlm oven dan bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30-40 minit

Sos Kastard :-

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 3 sudu tepung kastard
  • sedikit esen vanilla
  • secubit garam
Cara2 buat sos kastard :-
  • Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api perlahan. Perhatikan sos jgn smpai mendidih kuat. Dh agak pekat tutup api.
Blh makan.

Klip order from Ema

Salam uolls,

Ini klip rambut order dari kawan satu Diploma dulu. Dia request nak 2 pasang pink and purple combine sekali.




Dh publish kat FB td tunjuk dulu kat Ema. Alhamdulillah menepati citarasanya.

Saturday, July 30, 2011

Pattern baru bunga crochet

Hasil dari ajaran makcik Teresa. Tq to Makcik teresa kerana sudi buat tutorial ;)


Suka banget!

Friday, July 29, 2011

Bahan bacaan bulan ini

Lama dah tak shopping buku dan majalah ni. Sejak mula buat crochet ni macam terabai je hobiku yg satu ini. last beli buku adalah novel RAM. Tu pun berbulan duk dlm plastik baru baca.

Dekat nk musim perayaan ni biasa mags tebal2 kan, biasalah isu puasa dan raya. Seronok membaca dan best sbb gambar banyak hehehe.

Bulan ni kita beli apa ye?


Intrend tu sebenarnya baru  sekali dua je beli. Huhuh saya bukan pembeli Intrend tapi kalu ada saya baca :D. Ni beli sebab nak tengok blog mekchu masuk majalah ;). Tteiba rasa eksaited tengok blog kwn2 masuk majalah kan ;)

Bahan bacaan kedua adalah Belajar Crochet siri 1. Puas cari akhirnya jumpa juga. Buku ni banyak ajar asas dan bagus utk saya sbb banyak lagi yg saya tak tau. Ilustrasi yg menarik dan best utk dibelek selalu. Ditulis oleh Lina A.R.

Selamat membaca uolls!