Showing posts sorted by date for query pokok pear. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query pokok pear. Sort by relevance Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Cuti-cuti Cameron Highland

Assalamualaikum. Apa nak jadi dgn blog aku ni. Sekejap update pastu lamaaaaaa x update kikikiki. Nilah bahananya guna smartphone dh jd malas nk bukak laptop. Boleh je update kut tepon tp x lawas. Hahaha tp ni pon update kut tepon jg. 

Ok kali ni cite cuti2 Cameron Highland. Plan asal dr adik ipar ku Amir. Katanya bawak mak ayah jalan2. Ok cantik sgt. Aku book sufi homestay 3h2m. Oklah homestay cantik bersih cukup kelengkapan cuma tinggi je hahaha.

Masa sampai tu cuaca ala2 mendung gitewww so sejuk mcm duk London hahahaha mcmlapenahgilondon.

Kami bertolak dr trg kul 7am. Kalu ikut mak aku sesudah subuh nk turun dah hahaa adoyaii. Konvoi 2 buah kereta pstu abg aku dr KL join dgn wife dia hari esoknya. Kitorang p khamis-sabtu.

Ok layan gambar :)



Ni sebenarnya kabus tgh bergerak. Tp dlm gambaq x nampak le geraknye hahaha.


Ni melawat taman Mardi. Amani nak jatuh masa ni hahahaa. Jalan2 sini tgk pokok2 sayur, pokok epal, pear dan anggur.



Ni plak kat Rose centre. Cantik gilos bunga2 ros tu. Kalau lah dpt hidup mcm ni kalu tanam kat umah kan best hahaha


Ayah dan adik iparku duk potong stoberi. Excited leteww.


Me and my mom


Abg sulung aku dfn pakcik botak.




Amani makan yem. Hahah budak kecik ni mmg hantu aiskrim. Sejuk2 pon blh makan aiskrim tp serius sedap. Ni masa mula2 smpai berenti kat boh tepi jalan tu. Aiskrim ni manis skit. Aiskrim stoberi paling best kat Ch ni bagi aku kat Kasimanis farm. Best gilosss. Lembut dan tak terlalu manis.


Aku x ambik gambar sgt. Ni pon cilok dr fb pb. Okeh pasni ada yg berhajat nk p kota Bharu plak.  Tungguuuuu.

Monday, April 2, 2012

Update pokok

Tak tau nak update apa, kita update pasal pokok lah.


Pokok cili api. Banyak pulak tumbuh. 



Ni tatau pokok apa. Aku jumpa tepi longkang. Cabut alih masuk dalam bekas. Mulanya ingat tembikai tapi bila kuar daun gini macam labu pun ada tapi seingat aku, tak pernah masak labu. Tunggu je lah nanti.


Pokok kangkung pun dh tumbuh yeay yeay!Batang kangkung pun dah kuar pucuk.



Pokok  bunga semua tak jadi. Aku agak benih tak elok kut. Anak2 sawi aku pindahkan ke dalam bekas lain takdelah dia setompok kat satu tempat.

Daaaaan ada satu pokok baru. Hehehehee. Harap-harap pokok ni boleh tumbuh elok dan membesar bagai juara la.


Sape tau ni pokok apa angkat kaki..hehehe ni pokok epal. Betul tak tipu. Aku saje je tabur bijik epal memang tak harap nak tumbuh. Bajet kalu tak tumbuh nak alih anak pokok cili tu tapi dekat seminggu baru dia tumbuh tu pun sepohon je. Hahahhaa tak sangka.

Dulu aku penah tanam pokok pear dan epal, hidup tapi sebab aku tanam dlm pasu tepi sink pastu ikut PB outstation 4 hari x siram terus mampus. Ni letak kat luar. Esok nak outstation lagi 3 hari, harap-harap hujan la ye.

Friday, December 17, 2010

Pokok pear ku sayang :'(


Huhuhu sedihnye :'(

Alkisahnye...hampir seminggu kami suamiisteri xde kat rumah maka xde la org nak siram pokok pear ku. Sebelum bertolak ke KL itu ari dh siram banyak2 buat bekal seminggu hahaha.

Balik rumah tengok dh layu dah..daun hijau lg tp batang dia separuh dh buruk tp akar mcm ok lg. Tapi rasa mcm dh xde harapan kut. tsk tsk stk.

Tp yg syoknye pokok bawang punya daun dh boleh guna buat masak dah, hahahaha. Pjg dh daun bawang tu. Biji cili padi pun dh berduyun2 tumbuh, ari tu mcm x jadi je alih2 banyak pulak yg jadi.

Lagi best benih capsicum pun jadi jugak. Dlm banyak2 bijik capsicum yg saya tabur hanya 3 saje jadi anak pokok . Alhamdulillah jadi jugak. Tunggu besar skit pas tu alih dlm pasu lain tak yah campur dgn pokok lain dh.




Yg kelakarnya pasu ni saya buh kat tepi tingkap, semua daun mengahal ke tingkap sbb nk dptkan cahaya. Sian kan, sampai senget diorang hahaha..

Buah pear ada lg nih, nanti kita tanam lagi ;)

Thursday, December 2, 2010

Pokok pear pulak :D

Hari tu kan tanam pokok epal. Pas 2, 3 hari keluar daun tu saya perasan akar dia buruk. Lama2 naik ke batang plak. Last2 tinggal daun je. Huhuhu tak menjadi. Mungkin faktor tanah psl saya pakai tanah berpasir. Huhuhu

Pastu ari tu beli pear afrika kat Giant. Ala yg wrna hijau bukan kuning. Isi dia lembut, manis. Bukan pear hijau yg isi rangup tu. Pastu saje la kan letak biji dia dlm bekas sama dgn pokok epal tu.

2,3 ari pastu tgk ada kuar putih kat hujung biji tu, rupanya mcm tunas tau. Esok tu tengok dh kuar daun selai. 2 hari pastu tu dah kuar batang siap daun 2 lai. Amboi mak, cepatnye pokok ni tumbuh.
Tadi masa balik keja singgah kat nursery cari pasu plastik dgn tanah. 6 beg tanah RM 10. Saya beli 3 beg je just nk buat semai anak2 pokok je dulu. Pasu plastik RM2 sebutir, saya beli 2. Sampai rumah terus isi tanah siap2 dlm pasu plastik pastu alihkan anak pokok pear tu.
selepas seminggu

Oleh sebab pasu tu agak besar maka saya pon tabur sekali biji lada capsicum dan cili api. Tengok lah ada hasil tak nanti ;) dan tak lupa sebijik bawang merah. Hahahaha

Kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti ;)

Wednesday, November 24, 2010

Pokok epal

Ni sebenarnya ari tu masa balik dungun. Saya makan epal. Pastu lps makan tu ternampak biji dia mcm nak bercambah. Saya pun tinngg! idea sudah mari.




tengok! dh kuar daun.hahaha bagusnya. Yg biji tak bercambah lagi tu biji buah pear afrika. Nak try le kut2 ada hasil.. :D hahaha

Cili api pun petik sekali nk keringkan nanti nak tanam ;)

Selamat berkebun uolls :D