Thursday, September 3, 2015

Small reunion Diploma Perikanan 1998-2000

Ni cite lama dah. Saje belek2 gambar terjumpa gambar ni. Alang dhblama x update aku update le heheh btw tq Nuffnang wpon dh bbrp bulan x update tp td aku cek ada 10 adverts yg sedang ongoing.

Ok ni sebenarnya masa kenduri adim bongsu Kak Tie. So mana2 yg ada tu kitorang plan jumpa kat majlis tu.



Dari kiri : Ida Kassim (with her new baby, anak no 4 ok), aku le tu si manis bertudung pink 😁, aini cina ( dia mmg cina korang jgn salah paham lak, kak tie.

Lama sgt x jumpa. Selepas grad Dip Ikan, kebanyakannya sambung degree tp ramai yg bertukar course. So ada bbrp org je yg ex dip ikan masih stay dlm degree perikanan.

Ok babai.

Wednesday, September 2, 2015

Resepi mi goreng basah

Resepi Mi goreng udang basah. Menu ni adalah menu berbuka sewaktu Ramadhan aritu hehehe.



Bahan2 yg saya gunakan adalah apa yg ada dlm peti ais hahahah.

Bahan2 :-
----------------

3 sudu bawang blend
3 sudu cili boh
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
Udang sebanyam mana yg anda suka (bersihkan)
Fishball (potong 2)
Carrot
1 biji telur gred A
Mi kuning separuh bungkus (rendam air seketika)
Garam & gula secukup rasa
Minyak
Air secukup nya * boleh tambah sayur lain ikut suka. Buat masa ni hanya ada carrot shj dlm peti ais hahahha. Kesiannnn 😂

Cara2 :-
-------------
Panaskan minyak dan tumis bawang mesin sampai naik bau. Masukkan cili boh, tumis smpai masak atau keluar minyak.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Agak2 nanti letak mi, mi tenggelam (lbh krg 2 mug air). Tunggu mendidih, masukkan udang, fishball dan carrot.

Masukkan garam & gula kalau perlu. Biasanya kalau dh masuk sos-sos tu sy x masuk dah garam dan gula. Kalau x pose blh rasa. Kalu puasa pandai2 lah. Yg penting mesti yakin sedap 😅 hahahah.

Masukkan mi. Kacau dan tunggu sampai kuah berkurang tp jgn smpai kering. Kita nak mi basah. Pecahkan telur dan gaul cpt2 dan terus tutup api. Telur tu akan masak masa gaul tu. Api terus tutup kalau tak nanti hilang kuah.

Ok dh siap. Versi saya senang je. Janji sedap. Makan dgn cili potong dan keropok gerenti tambah 2x 😁.

Tuesday, September 1, 2015

Daripada Nya kita datang, kepada Nya kita kembali

Alfatihah buat ayah mertua saya Haji Mat bin Embong yg telah kembali kepada pencipata Nya pada 29 Ogos 2015 pada jam 6.15 pagi pada umur 80 tahun.

Kronologinya, arwah terjatuh semasa keluar dari bilik air dan lututnya bengkak sehingga perlu dipapah untuk bangun berjalan ke bilik air. Beberapa hari kemudian semasa tertidur di atas kerusi, arwah terjatuh lagi akibat tempat letak lengan kerusi patah. Dan selepas itu kesihatan makin merosot. PB dan adik beradiknya kemudian  berbincang utk buat bilik air baru yg hanya 2-3 langkah dr bilik arwah. Kebetulan hari tu aku dan PB balik kampung, dan nampak arwah Bat x sihat sgt so PB bawak ke Hospital Dungun. Asalnya nak cek lutut dia je. Kemudian masuk icu. Tak lama pB bgtau kena transfer ke HSNZ Kuala Terengganu. So aku bersiap-siap tunggu PB balim dr hospital. Ambulans akn hantar Bat ke Hsnz. So anak sedara aku yg jaga Bat selama dia cuti sem ni ikut sekali.

Sampai di Hsnz dlm pukul 8.45 pm. Masa tu arwah Bat dlm kecemasan bgh kritikal. Keadaan dia agak teruk memandangkan dia lelah/asthma dan paru2 dia agak lemah. Pukul 1.00 am baru dipanggil utk di pindahkan ke ward. Lama giler weh menunggu. Mlm tu anak sedara pb Hanif yg tunggu atok Bat. Selepas tu kami adik beradik selang bergilir-gilir temankan Bat di hosp. Kemydian bat dapat pindah ke ward 8A. Jauh lebih selesa drpd ward skrg. Masa dlm 8A 3 kali Bat pi dah kedudukan katil kerana keadaan agak kritikal. Bat mengalami jangkitan kuman dlm paru-paru dan buah pinggang jg sudah terkena jangkitan. Jangkitan kuman yg sedia ada canpur dgn jangkitan kuman dr hospital memburukkan lagi keadaan bat. Lutut bat dah ok setelah doc sedut air yg ada pada lutut. 

Setelah bbrp hari, arwah Bat kemudiannya tak sedarkan diri. Doc kata bukan koma tapi separa sedar. Walaupun mata dia pejam dan tak sedar tp kaki dan tangan dia bergerak kdg2 sgt kuat. Dan dlm masa yg sama kami adik beradik ada menjemput ustaz Hj Hassan dr Darusyiffa utk tolong tengokkan2 arwah. 

Hari ke  11 arwah Bat di ward, beliau telah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ptg  sebelum tu aku hantar PB ke hospital. Kemudian aku stay skali tunggu. Tp pB surub balik sbb mak mertua dgn kakak ipar aku ada dirumah. So aku balik lah. Pagi esoj pjul 5.26 am PB call, doc kata nadi dah tak stabil. Aku terus kejutkan kak ipar dan mak mertua suruh siap-siap nak p hosp. Sampai je kat pintu depan hosp, pB call katanya arwah dah xde. 

Urusan untuk keluarkan arwah dr hospital sekejap je dan Alhamdulillah  dipermudah Allah swt. Arwah Bat di pusarakan di Tanah Perkuburan Yahya di Dungun.

Sekarang ni aku dan Pb masih berkampung di Dungun. Urusan tahlil dan selesai selama 3 hari berturut-turut. Sekarang temankan mak mertua. Kesian plak dia duk sorang2. Mujur ada Kakak ipar sebelah rumah. Lps ni xtau la cmne. Sabtu ni aku akn balik sbb pB nt dh start kelas utk sem baru.  X sampai hati plak nak tinggalkan mak mertua. Cadangnya kakak ipar yg seremban 2 ajak duk rumah dia tp mak mertua  mcm xnak je. Hmmm xtau la cmne.

Friday, April 3, 2015

Pisang goreng cheese.

Dah jadi trend dah pisang goreng cheese ni. Eh org panggil trend ke apa ek? Ah biaq pi lah. Aritu 1st time makan pisang cheese ni ms p KL beli kat Danau Kota. Mmg sedap baq hang!

Kat trg ni jarang yg jual. Tp baru2 ni ada 1 akak tu bukak gerai kat area umah aku. Tp asyik terlepas je nak beli. Time kita nak beli dia x buka. Time kita x nak dia bukak plak. So aku pon gugel hajatnya nk wat sendiri. P pasar payang cari pisang nangka. Murah je rupanya pisang nangka ni rm1.80 sekilo. Dekat 2 kg jg aku beli blh wat pengat plak kalu ada lebih.

So hari Jumaat yg mulia ni misi membuat pisang goreng cheese bermula.

Ok aku malas nk tulis resepi. Korang klik blog kak ita masam manis je lah ye.

Resepi Pisang goreng cheese Kak Ita Masam Manis


Dan hasil yg aku buat.




Aku tiru sebijik2 resepi kak ita cuma aku tambah air utk bancuhan tu. Pandai2 ejas la wei. Mmg terbaik la. Best makan panas2.

Thursday, November 13, 2014

Resepi nasi goreng ikan

Hari ini dr pagi tak nampak matahari. Mandi pukul 1 tghari pon sejuk mcm kat Cameron Highland hhaaha. Buka fb nmpk sorang kawan post nasi goreng ikan.

Huhuhu terliurrr. Masak nasi siap2, defrost ikan kebetulan tinggal 2 ekor lg. Maka jadilah nasi goreng ikan. Dulu kecik2 mak selalu buat. Dulu2 tau makan je, tp bila dh besar ni nikmat tu rasa lain sgt.

Ok recipe please :)


Bahan-bahan :-
Nasi
Bawang merah (mayang atau dadu)
2 ekor ikan yg digoreng, perisikan dan tumbuk
1 sudu cili boh
Serbuk lada putih (optional)
Minyak bijan (optional)


Cara-cara:-

Tumis bawang dan cili sampai agak garing.


Masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak atau pecah minyak.


Masukkan nasi. Gaul rata. Perasakan dgn garam dan gula.


Masukkan isi ikan yg ditumbuk itu. Gaul rata. Rasa la barang sesudu dua. Kalau tawar tambah garam gula lg. Saya x pakai ajinomoto ye. Garam dan gula dah cukup sbgai perasa.


Ok dah siap. Makan panas2 time hujan memang terbaik. Pb 3x tambah. Kalau ikutkan hati mau menambah jugak aku ni tp mengenangkan berat dah mencanak2 naik nih hahaha kena kontrolllll.



Resepi ni senang mudah dan sedap. Bahan2 pon x banyak. Tp kalau korang nak tambah kacang pjg ke sayur2 lain ke ok jg tp nasi goreng ikan yg aku makan xde sayur hahaha.

** Resepi di atas utk 3-4 org makan. Nak lg sedap lebihkan ikan dan buat pedas skit iaitu tumbuk cilipadi dgn bawang. Mmh terbaik wa ckp lu :p

Wednesday, November 12, 2014

My beads & lace - manik crumble dgn patch lace

Lama sgt x kongsi hasil memanik. Bukan malas (eh ada jg malas skit) nak update tp kekangan masa. Akibat banyak sgt benda yg nak dibuat maka blog ni jd terabai. Huhuhu sian blog.

Tak dinafikan aku ada jg dapat tempahan manik drpd blog ni. So sape2 nak tempah blh lah berbuat demikian. Nak lg best kat fb lg banyak gambar.jd ni antara tempahan masa raya dan selelas raya.












Utk tempahan boleh inbox di FB. Klik je fb kat tepu blog tu atau sms/whatsapp 0129584321 .


Wednesday, October 29, 2014

Resepi enchiladas

Assalamualaikum. Dah jadi blog masak2 dah hahaha. Aku sebenarnya dah buat satu bisnes baru iaitu menjual makanan haha nantilah cite. Ni nak kogsi resepi dulu.

Sebenarnya aku mula2 kenal enchiladas   ni dr blog kak myn salam2benua. Lama dah tapi peram je. Last2 baru2 ni dia buat lg kat ig. So ari ni tetiba dtg idea nak buat sbb tortilla dh beli. And skrg ni nak diet skit xnk makan nasi. Diet le sgt  hahahahaha.

Ok serious skrg. Aku akn buat step by step ok so pjg skit entry ni. Dan resepi ni aku ubahsuai mengikut bahan yg ada dlm peti ais. Korang boleh gantikan dgn bahan2 yg sesuai dan sewaktu dengannya.

Basically enchilada ni adalah tortilla gulung dlm tu ada inti. Jadi terpulang le ko nak letak apa2 inti ikut selera masing2. Kalu nak betul2 pure mexican ko gugel je. Belambak2.






Bahan2 :-


Bawang putih - cincang
Bawang holland - potong dadu
isi ayam dihiris-hiris
sosej -dipotong2
timun - buang empulur, potong dadu
lobak merah - disagat
Capsicum - hiris2
Keju mozarella
sedikit minyak zaitun utk menumis.


Sos spagheti


Tortilla (ikut suka nak jenis corn atau original).


Lada hitam yg ditumbuk
Paprika
Mixed herbs 
Parsley (utk hiasan, xde pon xpe)
Serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-


Tumis bawang putih smpai garing. Masukkan bawang holland. Tumis seketika kemudian masukkan isi ayam. Kacau2 dan tunggu sampai ayam masak.


Masukkan sosej yg dihiris. Gaul2 sampai masak. 

Perasakan dgn garam, gula secukup rasa. Masukkan lada hitam, paprika, lada putih. Perasakan ikut sesedap rasa ye puan2 hehe. 

Kemudian masukkan sayur2 tu. Gaulkan seketika. Jgn lama sgt nanti layu x rangup pulak. Ok dah siap.


Sementara tu panaskan tortilla selama 2 minit dlm microvave utk lembutkan. X panaskan pon xpe boleh je lipat sbb tortilla aku duk dlm peti tu yg panaskan sekejap.

Tuang sikit sos spagheti  ke dalam bekas. Xyah banyak kira buat alas je. Sebenanrnya sos spagheti   aku ni leftover  yg buat lasagna semalam. Sos tu tuang mcm tu je.


Letakkan inti. Utk menambahkan lemak boleh letak cheesedale yg dihiris. Hehehe


Kemudian gulung dan lipat kiri kanan skit. Kemudian gulung kemas2.


Susun elok2.


Tuangkan sos spagheti   kat atas tortilla tu smpai meliputi kesemuanya. Parutkan keju mozzarella kat atas. Nak sedap lagi tabur sekali keju parmesan hehehe. Bertambah tambah lemak sedap :P

Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sampai keju cair dan keperang-perangan.



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Nota : 

Resepi di atas telah diubahsuai. Anda boleh gantikan dgn apa2 sayur yg sesuai. Nak gantikan ayam dgn udang atau daging pon boleh. 

Saturday, October 4, 2014

Resepi pancake mudah dan sedap

Salam jumaat kawan2. Pagi2 tanya Pb nk breakfast apa pagi ni . Hmmm tnya dia sama mcm aku tanya diri sendiri je lah hahaa.

Pikir punya pikir dtg idea buat pancake. Lama dah tak buat nih. Gugel resepi terjumpa la kat blog  ceriteraibu ni. Tapi saya tambahkan sedikit esen vanilla. Utk versi asal sila klik kat link blog ceriteraibu. 


Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 cwn fresh milk (sy guna full cream)
1 biji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
2 sudu bsr minyak jagung / mentega yg dicairkan. (Sy guna minyak masak je)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2 :

Satukan kesemua bahan di atas. Kacau sampai sebati dan tidak berketul atau blend. Rehatkan lbh kurang 3-4 minit. Ambik 1 senduk dan tuangkan atas kuali non stick. Bila bhg atas tu ada kuar buih tu blh terbalikkan. Api perlahan je. 

Adunan di atas dpt dlm 8 keping pancake saiz sederhana. Kalu nk banyak boleh double or triple kan bahan2 di atas.

Enak dimakan bersama madu dan coklat.

Happy cooking :)

Saturday, September 20, 2014

Cuti-cuti Cameron Highland

Assalamualaikum. Apa nak jadi dgn blog aku ni. Sekejap update pastu lamaaaaaa x update kikikiki. Nilah bahananya guna smartphone dh jd malas nk bukak laptop. Boleh je update kut tepon tp x lawas. Hahaha tp ni pon update kut tepon jg. 

Ok kali ni cite cuti2 Cameron Highland. Plan asal dr adik ipar ku Amir. Katanya bawak mak ayah jalan2. Ok cantik sgt. Aku book sufi homestay 3h2m. Oklah homestay cantik bersih cukup kelengkapan cuma tinggi je hahaha.

Masa sampai tu cuaca ala2 mendung gitewww so sejuk mcm duk London hahahaha mcmlapenahgilondon.

Kami bertolak dr trg kul 7am. Kalu ikut mak aku sesudah subuh nk turun dah hahaa adoyaii. Konvoi 2 buah kereta pstu abg aku dr KL join dgn wife dia hari esoknya. Kitorang p khamis-sabtu.

Ok layan gambar :)



Ni sebenarnya kabus tgh bergerak. Tp dlm gambaq x nampak le geraknye hahaha.


Ni melawat taman Mardi. Amani nak jatuh masa ni hahahaa. Jalan2 sini tgk pokok2 sayur, pokok epal, pear dan anggur.



Ni plak kat Rose centre. Cantik gilos bunga2 ros tu. Kalau lah dpt hidup mcm ni kalu tanam kat umah kan best hahaha


Ayah dan adik iparku duk potong stoberi. Excited leteww.


Me and my mom


Abg sulung aku dfn pakcik botak.




Amani makan yem. Hahah budak kecik ni mmg hantu aiskrim. Sejuk2 pon blh makan aiskrim tp serius sedap. Ni masa mula2 smpai berenti kat boh tepi jalan tu. Aiskrim ni manis skit. Aiskrim stoberi paling best kat Ch ni bagi aku kat Kasimanis farm. Best gilosss. Lembut dan tak terlalu manis.


Aku x ambik gambar sgt. Ni pon cilok dr fb pb. Okeh pasni ada yg berhajat nk p kota Bharu plak.  Tungguuuuu.