Bunga tak banyak sbb banyak yg baru dicucuk dalam tanah. Bila ek nk pi shopping bunga nih hahaha
Friday, September 20, 2013
Ros jepun
Aku tanam bunga ni sebab terpengaruh dengan blog Semua Menjadi. Hahahaha comel-comel la bunga ros jepun dia. Lagipun pokok ni senang nak tanam dan senang jaga hihihi. Nak yg senang je ek hahaha
Thursday, September 19, 2013
Koleksi tempahan jahitan manik dan lace
Ini adalah antara tempahan jahitan manik dan lace masa bulan puasa aritu. Tak sempat nak blog kan. Just masuk fb je.
Ini baju nikah. Nak jahit lace dgn tabur pearl seminima yg mungkin. Less is more katanya :)
Yg dua helai kat atas ni baju sepupu saya. Lace and pearl crumble
Inipon baju sepupu saya juga tpi saya hanya jahitkan border manik tu kat pinggang
Black and red lace pearl crumble
Highlight lace di lengan
White pink lace crumble
Olive green lace crumble
Manik serong di lengan baju
S crumble with flower. baju khadeeja anak jiran sebelah. Amboi raya sakan no hahaha
Ok tu je kut yg jumpa setakat ni hahahaa. Ok sekarang dh start memanik tapi kena selang seli dgn mengait jugak. Untuk tempahan mabnik dan mengait boleh pm di FB. TQ :)
Tuesday, September 17, 2013
Durian crepe
Musim durian kali ni 2 kali aku buat durian crepe. Buat utk makan je lagipun sebab dapat durian free hihihi. Dan lebih bersemangat sebab dah ada kuali leper utk buat crepe tuuuuuu. Beli kat langkawi arituuuuu. Nak jugak bagitau tuuu hahahaha.
Untuk bancuhan nya aku beli campuran tepung yg dah siap campur kat kedai Mee Soya kat Jalan Tok Lam tu. Sape org ktrg yg slalu buat kuih muih ni mesti tau kedai tu punya. Satu peket RM4 berat 500g. Utk 500 g tu kena tambah telur 10 biji, susu 1.25 liter. Pastu aku letak pewarna kuning telur setitik dua. Kalu tak letak pon dah ok tapi nak kaler yg lebih terang skit hihiihi.
Untuk bancuhan nya aku beli campuran tepung yg dah siap campur kat kedai Mee Soya kat Jalan Tok Lam tu. Sape org ktrg yg slalu buat kuih muih ni mesti tau kedai tu punya. Satu peket RM4 berat 500g. Utk 500 g tu kena tambah telur 10 biji, susu 1.25 liter. Pastu aku letak pewarna kuning telur setitik dua. Kalu tak letak pon dah ok tapi nak kaler yg lebih terang skit hihiihi.
Yg mula-mula ni aku buat 250 g je dapat lah dlm 30 biji ++. Yg ++ tu x jd hahaha sbb terkoyak dan x masak. Ni buat utk kenduri raya surau kat taman ni. Sekelip mata laku. hahaha yelah krim campur durian mmg sedap.
Dapat lah dalam 2 tuppeware.
Yg bawah ni masa buat kat umah mak. Tu adayg terkoyak hahaha. Petua nak dapatkan kulit nipis senang je, jgn bancuh pekat. Cair skit xpe senang nak dapat kulit nipis. Kalu xnak koyak biarkan crepe masak sampai bhg tepi yg paling nipis tu tertanggal dr kuali, tapi api pelan la kang hangit plak. Kalu kulit koyak tu maknanya crepe tu x masak lagi. Hahaha ni pengalaman aku buat lah. Orang lain aku xtaulah. Lain org lain caranya ye dok? hehehe
Aku tak pandai sgt nak lipat kasi nmpk comel dan menyelerakan tu. Camne ntah nk lipat kasi kemas kat bawah lipatan tu ? Sebab tu aku xnak jual sbb tak pandai lipat. Lipat baju boleh lah hahahahha. Ok tak lawak.
Aku sebenarnya tak lah suka sgt durian crepe nih. Makan le seketul dua ok lah tak lah craving. Buat ni pon sbb ramai yg nak makan. Paling best kalu kita masak sesuatu dan makanan tu habis hihihi.
Tepung ada lg skit nih tapi durian plak takdok hahaha kena tunggu durian lagi lah.
Thursday, September 5, 2013
Update
Waaaa lama nya x update. Last update psl buah laici. Kalu ku tanam biji laici tu mau dh jadi pokok dah hahahaa. Alkisahnya hari tu photobucket kata limit dh nak penuh tp tak penuh lagi so tetiba gambar kat blog ilang. Adesss... aku tak tau plak photobucket pun ada limit ingat free je. Takpelah takyah stress kita tukar dotcom nanti hahaha. sekarang ni dalam proses nak menukar dotcom ni tp aku tak berani lah nak mintak orang buatkan.
Sementara nak mengaktifkan balik otak mencari idea apakata layan gambar yang ada.. ni semua gambar sebelum raya dan pada hari raya hihihiii.. siaaaaann aku..
Sementara nak mengaktifkan balik otak mencari idea apakata layan gambar yang ada.. ni semua gambar sebelum raya dan pada hari raya hihihiii.. siaaaaann aku..
Malas nk tulis caption boleh x hehehe.. xyahnakbajetorgbacasangatlaaa
Friday, June 7, 2013
Buah laici
Minggu lepas balik kenduri kat Wakaf Tengah ternampak la org jual buah tepi jalan. Tetiba ternampak buah laici. Hahha terus suruh PB gostan balik u turn nbak beli jugak hahahha.
Harga RM12 sekilo. Aku beli sekilo setengah, bagi ayah sikit.
Ok sedap sangat. Kebanyakan aku yg makan hahaha Pb makan juga tp tak bersungguh mcm aku hahaha. Nak beli lagi la. Nak p Pasar Payang lah cari :D
Thursday, June 6, 2013
Ketupat Sotong
Musim ada sotong boleh la merasa ketupat sotong. Ada 2 versi yg kuah putih ni versi Trg punya kalu yg kuah coklat tu versi Kelate mari. aku x pnh rasa lagi yg Kelate punya. Nanti p KB blh try :)
Ni buat masa umah mak. Aku tak buat tapi mak yg buat, aku tukang tengok dan tukang ambik gambar je hahahaha.
Ni buat masa umah mak. Aku tak buat tapi mak yg buat, aku tukang tengok dan tukang ambik gambar je hahahaha.
Ketupat sotong versi mak aku adalah pulut tu ditanak terlebih dahulu mcm biasa kemudian baru sumbatkan ke dlm sotong. Ada jugak yg letak beras pulut yg belum masak kan kemudian baru masakakn bersama sotong tu tp takut nanti pulut tak masak. Nak senang tanak pulut siap2 hehehe.
Selamat makan :)
m
Wednesday, June 5, 2013
Pokok mulberi
Dulu aku pernah post psl buah mulberi ni yg mak mertua aku tanam. Baru ni masa balik kg aku tgk pokoknya memanjang ke atas dah mencapai atap rumah sebatang je tanpa buah. Ranting pon xde. Masih duk dalam pasu. Tunasnya agak banyak tp x kuar daun.
Aku pun potong beberapa bahagian dan cucuk kat belakang rumah sebatang, kat umah kak ipar sebatang. lagi sebatang aku ambik nak cucuk kat rumah. Sampai rumah aku potong kpd 3 bahagian dan cucuk kat 2 tempat. Satu cucuk kat laman depan nak test boleh tumbuh tak since tanah depan ni tak brp nak subur.
Lagi 2 aku cucuk kat belakang dapur. Selepas seminggu aku pun jenguk lah.
Aku pun potong beberapa bahagian dan cucuk kat belakang rumah sebatang, kat umah kak ipar sebatang. lagi sebatang aku ambik nak cucuk kat rumah. Sampai rumah aku potong kpd 3 bahagian dan cucuk kat 2 tempat. Satu cucuk kat laman depan nak test boleh tumbuh tak since tanah depan ni tak brp nak subur.
Lagi 2 aku cucuk kat belakang dapur. Selepas seminggu aku pun jenguk lah.
Yg atas ni yg kat laman depan. Alhamdulillah kuar jugak tunas. Mmg pokok ni mudah hidup.
Yg 2 ni kat blkg dapur. Yg ni perkembangan cepat skit dr yg depan rumah tu dah nak kuar daun dah. Tanah belakang ni lebih subur dr yg depan tu.
Batang pokok tu potong menyerong pastu cucuk je. Aku siram mula2 tanam tu je pastu dah tak siram dah. Lepas tu hujan plak yg turun ok lah kan.
Ok kita tunggu bila dia berbuah plak nanti. harap2 membesar dengan jaya nya la kan hahaha.
Tuesday, June 4, 2013
Patch lace crumble
Baju ni utk sambut menantu seorang kawan di Suk. Takleh revel nama hahaha tuan dia x kasi tak surprise katanya hahaha. Dia bagi lace saya hanya jahit lace dan crumble. Agak mencabar kerana jenis kain ni sangat lembut dan benang mudah tertarik.
Baju ni siap dlm masa 2 hari. Nak kejar masa sebenarnya sbb minggu ni saya berkampung di Shah Alam selama 4 hari Selasa-Jumaat. Kepada sesiapa duk area Shah Alam atau KL kalu rajin nak turun Shah Alam boleh lah hntar baju hahaha. minggu depan pun sekali lagi tapi stay kat PJ. Kalu sape2 nak hntr baju boleh roger2 k :)
Monday, June 3, 2013
Nur Amanda vs Nur Amani
Dah besar dah anak2 buah ni :). Sorang dah bam bam sorang lagi akan foillow la tu hehehe
Nur Amanda
eee x maluuuuuu .. hihihi
Nur Amani
Nur Amanda dah balik JB dah,. Nanti jumpa lagi masa raya. Mesti lagi bam bam hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)



































