Sunday, August 28, 2011

Bila suami masuk dapur

Dekat2 nak raya ni rajin pulak pakcik  botak masuk dapor. Hehehehe



 masak apa tu bang?


 oo udang masak merah rupanya. sedap ke tak ni? hehehe



hasil ke dapur si suami. Udang masak merah, sup sayur, kangkung+tauge goreng belacan, ikan kering dan ulam timun.Alhamdulillah..


hehehhee semua tu lakonan semata-mata ye. Pakcik botak hanya tolong kacau-kacau je..Hehehhee. Lain kali kita suruh dia masak pulak ye ..


Selit sikit pasal crochet ni. Last order before hari raya.


 2 pcs keronsang utk nadia




1 headband, dan 2 cekak utk Muhaini.




5 pcs keronsang utk my bff cik umie. dia nak 5 tp saya buat 8 so di pilih lah nanti.


Saya dah start cuti ari ni tp Pakcik Botak keja lagi. Biasalah, dia kan suka bekerja, x macam bini dia ni hahahahaha.

Thursday, August 25, 2011

Rezeki raya

Alhamdulillah, segala pujian hanya pada Allah.




Hamper tu dapat semalam. Air tu dapat hari ni. Boleh pulak Pakcik Botak naik opis saya semalam hantar hamper tu. padahal nak balik nanti bawak turun jugak. Katanya maleeewww nak pegang. Kehkehkeh..

Wednesday, August 24, 2011

Menu berbuka 24 Ramadhan

Eeeww lama gile tak letak menu. Ada masak ada tak masak. Akhir-akhir puasa ni malas plak nak masak. Semalam berbuka kat luar. Hmm tak puashati lah. Hari ni kita masak lah. Menu hari ini apa ye puan-puan..?



 Masak lemak tempoyak udang. Makcik memang suka makanan yg berasaskan tempoyak nih ;P


The whole menu - Masak lemak tempoyak udang, telur dadar dan ikan kering tak masin buatan ayahku 

Makcik monas kata blog ku udah jadi blog mengait dah. Hmm baru ku perasan.  Ok kita nak selit jugaklah.



Ni kawan sekolah request nak pengikat langsir. Enjoy sangat buat benda ni . Ok tak Mak Ayu ?

Tuesday, August 23, 2011

Doa untuk mendapat zuriat


Kopipes dr Pakcik Botak. Terima kasih kpd tuan punya blog Afifah. Mohon dikongsi ye.

Assalamualaikum...

Entri ni hanya sekadar untuk berkongsi... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...

Bagi saya dan suami, kami memang ingin menimang cahaya mata dengan segera, kerana kami dah dikira tertinggal bas.. ramai antara kawan2 sudah ada anak at least sorang dan dah boleh jalan... kami pulak baru nak kayuh..

Awal perkahwinan, saya agak sensitif... ramai kawan2 yg kahwin in the same month atau a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... bila datang period terus menangis... Coz we really hope to have a baby... Tambah lagi di tempat study ni ramai yg pregnant... yang dah kawin, saya sorang je yang belum... Lagi lah terasa....
So one of my friend ajarkan doa yang diamalkan oleh dia dan hubby untuk dapat anak... Doanya macam ni...(amalkan sebagai zikir sepanjang masa...)




Makna nya lupa plak saya nak cari...tapi boleh la di cari dalam tafsir kerana saya sertakan juga surah dan ayatnya..
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita
 hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu
 zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan
 akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha 
 Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan
 jimak.
·Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan 
 adaNya) 333 Kali setiap hari

· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 
 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam 
 setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa ini, kami mendapat berita saya mengandung 4 minggu...Sekarang...dah masuk 7 minggu... :D
Kita hanya berusaha... mungkin ini ikhtiar yang boleh kita lakukan... tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah... Setelah brusaha, bertawakkallah...
Wallahu'alam....
Semoga entry ini memberi manafaat untuk kita bersama :D

Sharing is caring.


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?2cdbade06a2d3e8a827f195e912bc8f2

Monday, August 22, 2011

Persiapan raya

Assalamualaikum.


Dah masuk 22 Ramadhan. Sekejapan aje ye, rasa ari tu baru 1st day puasa. Tahun ni persiapan sederhana je. Baju raya tak sempat nk hantar jahit. Saya beli jubah je 2 helai utk pakai raya. Tu pun sbnrnya tak niat utk raya sangat pun sbb memang dh lama nk beli. Senang sauk je kalu nk ke mana-mana.


Kuih raya beli juga 2,3 jenis dgn opismate. Pakcik botak pun beli 2 jenis. Persiapan rumah tak seberapa sangat. Ingat nk buat alas meja tp tak sempat lah nak kait. Rasanya beli alas meja je lah kut. Yg sempat kait alas pasu kecik je. 


Alhamdulillah, hobi yg saya buat suka-suka akhirnya boleh buat duit walaupun tak lah banyak tapi saya puas sebab orang puas hati dengan hasil yang kita buat. Duit tu belakang kira, yang penting hobi mengait ni memang boleh dikembangkan lagi. Dan yang paling penting, sokongan dari suami. Kalu suami tak sokong serba salah juga kan. Setakat ni tiada lagi kerja-kerja rumah yang terabai. cuma family hall kat atas bersepah skit dgn cebisan-cebisan benang. hahahaha tak sempat nak buang sebab curi-curi masa mengait.


Yang penting, jangan tinggalkan terawih ye kawan2, walau sesibuk mana pun luangkan lah masa berterawih. Susah sbnrnya nk buat terawih ni, mcm2 rasa ada tp bila dah buat tu lega yang amat. Rebutlah pahala di 10 malam terakhir ni ye. Insyaallah.



  Ni order dari izyan. Dia request 2 biji keronsang ibu dan anak hehehe. Ni tak siap lagi.




 Ni tempahan dari zeti. Kawan opis sebelah dulu. Dia nak 2 pasang klip rambut tema kuning oren.






Kawan sek men saya dulu request nk pengikat langsir. Saya buat 2 bersi, satu yg tali mcm kat atas ni satu lagi yg tebal skit ala-ala headband tp dia berkenan yang ni. Saya pun berkenan jugak. Hehehehe kalu sempat leh wat utk ikat langsir umah sendiri yek.


Semalam ada majlis kat kuala berang. Jumpa la blogger yg ramah tamah si cheqna ni..heheh comel lote orangnya.


Hari ni masak apa ye kawan2? Kekeringan idea.

Friday, August 19, 2011

My new crochet hooks

Yeay yeay! Ada crochet hook baru. Terus semangat lebih nak mengait.


beli dgn Amani..nice n superb!


Hasil pertama menggunakan crochet hook yg baru. Siapkan tempahan headband dr kwn saya Ema. Dia nak spt contoh yg dia beri, bunga 4 lapis.



Harap Ema puas hati .

Hari ni cuti masak. Pakcik Botak ajak makan luar huhuhuhu.

Wednesday, August 17, 2011

Sudahkah anda berzakat?


Tunaikanlah kewajipanmu..

KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1432H

1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50
5) Pahang - RM 7.00
6) Perak - RM 7.00
7) Pulau Pinang - RM 7.00
8) Sabah - RM 7.70
9) Sarawak - RM 7.50
10)Kedah - RM 7.00
11)Kelantan - RM 7.60
12)Johor - RM 7.50
13)Terengganu - RM 5.00 (rendah)
- RM 7.00 (pertengahan)
- RM 8.00 (tinggi)
14)Perlis - RM 6.00


Tidak miskin sekiranya kita berzakat,  malah akan bertambah rezeki.

Crochet orders

Satu hari tak pegang jarum kait rasa tak lengkap hidup. Alkisahnya saya kena ceri beri masa pagi Selasa tu. Dahlah tengah meeting. Tak tau lah keracunan ke apa sbb asyik muntah je. Dua kali kuar masa meeting utk muntah, pas tu tak masuk terus dah. Flat terus !

Terus g klinik, kena inject tp takde kesan langsung. Rupanya kesan tu 4 jam lepas tu baru terasa. Terus call Pakcik Botak suruh dia balik segera dan terus p hospital. Nyaris2 kena tahan di ward memandangkan suhu agak tinggi. Last2 mintak dgn doktor nak balik sbb rasa dah ok lepas masuk ubat+air semua.

Pengalaman sungguh, yg peliknya org lain pun makan benda yg sana tp saya sorang yg kena. Mungkin ada kekhilafan yg tak saya sedar. Apapun bersyukur sbb dh kembali sihat, cuma perut takleh nak terima makanan sgt.

Ok, back to my crochet, hehehe sempena cuti hari ni, so berazam nak siapkan tempahan. Ada satu tempahan yg perlu disiapkan segera sbb kena pos ke Seremban. Poslaju sehingga 21hb je. 22hb tu tak terima dah so kena siap cpt2!

Orders from kak emi. Ex- opismate saya utk putri-putri kesayangan.


 ni utk Kak Putri


 Ni utk Kak Lya


 Ni utk Baby Mia 

Bawah ni plak order dari ex-opismate Pakcik Botak, Puan Najwa. Dia request nak sepasang keronsang utk si ibu dan klip comel utk baby Aleesya. Sedondon lah nanti ye .


So sweet!

Tuesday, August 16, 2011

Rehatkan diri buat seketika


Cuti kerja dan cuti mengait.