Friday, July 22, 2011

Trip to Melaka Day 1 - Perjalanan bermula ;)

Assalamualaikum.

Daulat Tuanku. Sekalung tahniah buat DYMM Sultan Terengganu atas hari keputeraan baginda yg ke 49.

Maka dengan itu, Terengganu adalah cuti umum pd 20hb (Rabu) dan sebenarnya dh bertolak ke Melaka untuk trip family day keluarga belah mak saya. Family day tu sekaligus dgn majlis bertunang adik lelaki yg no 4.

Rombongan adalah sebuah bas dan 4 biji kereta. We olls naik keta, bagi can lah org lain naik bas, lagipun ada plan lain senang nak gerak nanti. Bertolak dr rumah pukul 7 pagi dgn bekal nasi goreng. Kami lalu ikut Gemencheh-Felda Palong dan seterusnya ke Durian Tunggal dan tiba di bandar Melaka pukul 4 pm.


pemandu yg cekap :D


bekal ku sepanjang perjalanan ;)

laluan gemencheh-pasir besar . 1st time lalu

Sempat siap 2 headband. Takdelah membuang masa dlm keta tu. 

Kami menginap di A Famosa Resort. Sewa 4 buah rumah siap kolam renang. hahaha ini paling  best tau. Berebut semua nk mandi kolam kahkahkah.



kolam dibhg belakang rumah dan berpagar keliling so org luar x nampak la.

Hari pertama tiada aktivit lagi sebab sampai pun dh lewat dari perancangan, so semua aktiviti akan bermula pada hari ke 2.

to be continue...  :D

Monday, July 18, 2011

Stok benang lagiks ;)

Beli stok  benang baru untuk buat order dari Kak Maslina. Kak Maslina nak 5 pasang kilp rambut warna warni. Alas kabinet pn kechek dah hampir siap, tinggal nak cantumkan je, sambil2 tu blh buat bunga2 klip tu ;)



warna warni, suka sgt tengok benang2 ni..


jumpa sepit rambut warna warni..hahaha suka suka suka!

Hatiku di rumah, rasa mau mengait je..ngeh ngeh ngeh ;)

Friday, July 15, 2011

Sepit rambut comel utk Along n frens

Sepupu yg tersayang request sepit rambut, nak pakai kat shawl  katanya..




ni headband utk nurin si budak tecit

Harap berpuas hati ye along ;)

Giliran blogspot pulak nak kena hack. Sila cek blog anda.

Tadi buka blog mekchu. Blogspot nak kena hack pulak. Siap ada turn tu. Takpelah kita sama2 cek ye. Buleh klik kat sini. Terima kasih mekchu bagi link ni ;)

KLIK SINI

Nasib baik saya xde dalam senarai. Tap xtau la kut esok2 masuk senarai.

klik utk membesar bagai johan ye..

bila dh bukak link tu, kalu nk senang cari korang tekan ' Ctrl + F' nanti akan kuar find tu, pastu taip nama blog korang ye.

Kalu ada kena wat backup blog lah. Saya dh buat dulu tp skrg ni abai cam tu je.

Sharing is caring.

Thursday, July 14, 2011

Rojak ayam Natasya-Update!

Semalam balik keja Pakcik Botak request nak makan sup. Masa tu dlm keta. Ok, nanti kita singgah kedai..Hahahaha sbb nya balik lwt smlm g berenang kan, mlm tu Pakcik Botak ada meeting pulak, so singgah kedai le.


Tetiba dia berubah pikiran, teringat rojak kat Kg. Surau Panjang. Lama doh usha tapi dok beli pung. Lalu je. Ok, kali ni kita beli ye ;)






kedai yg bersih. Saya rasa pakcik ni org penang kut sbb muka dia mcm mamak skit. Pulak tu dia pun jual pasembor. pasembor tu cmne ek? wina, ko mesti slalu makan pasembor kan?






satu utk saya, satu utk dia ;)




Tak tau lg sedap ke  tak ni. tapi nmpak menyelerekan.


Pakcik Botak kata sedap giler. Siap ibu jari kaki tu..hahahhaa. Sila jgn tiru aksi ini di rumah mak mentua ye :D hahahahaha


UPDATE
Kedai jual rojak ni namanya WARUNG NATSYA BOSS (motip taip guna hurup bsr ;P) xtau la apa yg boss nye. Warung ni terletak kat Kg Surau pjg. Kalu dr Chendering tu g straight je ke pasar Kedai Buluh. Betul2 dkt traffic lite sblm pasar Kedai Buluh. Kalu tak silap dia buka petang ke malam.

Bunga 3 lapis

Akhirnya berjaya. Tahniah utk diriku..



Saiz lbh kurang separuh tapak tangan. Hoyeah!

Wednesday, July 13, 2011

Benang pun naik harga ;(

Lama nya tak tambah stok benang. Balik opis ajak Pakcik Botak singgah kedai Sing Thye jap.

Pilih punya pilih, dpt lah 4-5 ketul benang bulu utk buat bunga sepit rambut. Tak lupa 2 ketul utk tambahan alas kabinet. Standby takut tak cukup.





Tetiba terpandang harga. Alamak! Naik harga! Banyak pulak tu. Hmmmmmm..


Harga sebelum ni saya biasa beli RM 6.60. Naik 60sen tu. Ish mcm melampau lak, kalu 10 sen 20 sen tu ok la jugak, ni smpai 60 sen. Tanya tokey kedai, dia kata dh 2 bulan naik harga tapi kedai dia baru je wat naik.

Apa nak kata, dh minat telan je lah..

Tuesday, July 12, 2011

Tak tahu nak makan apa ?

Perut lapar tp dh malam, xnak makan berat2..

Buka peti jumpa lah tauhu 2 ketul ;)


Pinggan jacobs tu, ko ada? hhahhaaha

Alhamdulillah..

10 sifat org kejam

Sharing from wanita bertudung hijau. terima kasih cayang! Banyak nya terkena batang hidung sendiri. Yg  ni 8 tu nmpak remeh kan tapi sebenarnya kita mmg kejam kalu org jemput kita ke kenduri tp kita tak pergi (melainkan ada sebab la). Wajib baca ni ok, semoga kita  dpt aplikasikan dlm hidup kita..


Sufyan Atsauri berkata: “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:


1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.