Assalamualaikum. Dah jadi blog masak2 dah hahaha. Aku sebenarnya dah buat satu bisnes baru iaitu menjual makanan haha nantilah cite. Ni nak kogsi resepi dulu.
Sebenarnya aku mula2 kenal enchiladas ni dr blog kak myn salam2benua. Lama dah tapi peram je. Last2 baru2 ni dia buat lg kat ig. So ari ni tetiba dtg idea nak buat sbb tortilla dh beli. And skrg ni nak diet skit xnk makan nasi. Diet le sgt hahahahaha.
Ok serious skrg. Aku akn buat step by step ok so pjg skit entry ni. Dan resepi ni aku ubahsuai mengikut bahan yg ada dlm peti ais. Korang boleh gantikan dgn bahan2 yg sesuai dan sewaktu dengannya.
Basically enchilada ni adalah tortilla gulung dlm tu ada inti. Jadi terpulang le ko nak letak apa2 inti ikut selera masing2. Kalu nak betul2 pure mexican ko gugel je. Belambak2.
Basically enchilada ni adalah tortilla gulung dlm tu ada inti. Jadi terpulang le ko nak letak apa2 inti ikut selera masing2. Kalu nak betul2 pure mexican ko gugel je. Belambak2.
Bahan2 :-
Bawang putih - cincang
Bawang holland - potong dadu
isi ayam dihiris-hiris
sosej -dipotong2
timun - buang empulur, potong dadu
lobak merah - disagat
Capsicum - hiris2
Keju mozarella
sedikit minyak zaitun utk menumis.
Sos spagheti
Lada hitam yg ditumbuk
Paprika
Mixed herbs
Parsley (utk hiasan, xde pon xpe)
Serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :-
Tumis bawang putih smpai garing. Masukkan bawang holland. Tumis seketika kemudian masukkan isi ayam. Kacau2 dan tunggu sampai ayam masak.
Masukkan sosej yg dihiris. Gaul2 sampai masak.
Perasakan dgn garam, gula secukup rasa. Masukkan lada hitam, paprika, lada putih. Perasakan ikut sesedap rasa ye puan2 hehe.
Kemudian masukkan sayur2 tu. Gaulkan seketika. Jgn lama sgt nanti layu x rangup pulak. Ok dah siap.
Sementara tu panaskan tortilla selama 2 minit dlm microvave utk lembutkan. X panaskan pon xpe boleh je lipat sbb tortilla aku duk dlm peti tu yg panaskan sekejap.
Tuang sikit sos spagheti ke dalam bekas. Xyah banyak kira buat alas je. Sebenanrnya sos spagheti aku ni leftover yg buat lasagna semalam. Sos tu tuang mcm tu je.
Letakkan inti. Utk menambahkan lemak boleh letak cheesedale yg dihiris. Hehehe
Kemudian gulung dan lipat kiri kanan skit. Kemudian gulung kemas2.
Susun elok2.
Tuangkan sos spagheti kat atas tortilla tu smpai meliputi kesemuanya. Parutkan keju mozzarella kat atas. Nak sedap lagi tabur sekali keju parmesan hehehe. Bertambah tambah lemak sedap :P
Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sampai keju cair dan keperang-perangan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Nota :
Resepi di atas telah diubahsuai. Anda boleh gantikan dgn apa2 sayur yg sesuai. Nak gantikan ayam dgn udang atau daging pon boleh.






















































