Sunday, April 6, 2014

Resepi : spaghetti carbonara meatballs

Lama tak tepek resepi. Kali ni resepi yg amat mudah, tak perlukan banyak bahan dan sudah semestinya sedap. Aku suka masak makanan yg nmpk mcm susah dan mahal tp sbnrnya mudah, sedap dan murah berbanding beli di kedai la opkos hahaha.



Spaghetti carbonara with meatballs

Bahan2 :-

Spaghetti
Sos carbonara
Capsicum (potong dadu)
Bawang putih (cincang halus)
Bawang holland (potong dadu)
Meatballs
Garam secukup rasa
Sedikit air atau susu segar (susu -optional)
Oregano dan serbuk lada hitam (optional)


Cara2 :-

Meatball direbus atau goreng atau bakar terlebih dahulu. Aku rebus shj senang keja hahah. Spagheti pun kena rebus juga dulu jgn lupa.

Tumis bawang putih dan bawang holland seketika. Masukkan capsicum dan goreng seketika.

Tuangkan sos carbonara. Sos itu sgt pekat jd boleh tambah air sedikit. Jgn terlalu banyak. Nak lagi sedap gantikan air dgn susu segar. Tapi masa aku buat susu xde so bub air je hehe. Tunggu hingga mendidih.

Letakkan secubit garam. Tak lupa sedikit oregano dan serbuk lada hitam. Tak letak pon xpe. Kalu nak tambah boleh tmbah hirisan sosej atau hirisan cendawan butang. Lagi meriah.

Masukkan spagheti yg siap direbus dan ditoskan terlebih dahulu. Masukkan jg meatball dan gaul spagheti itu sampai sebati.

Dan sebati boleh hidang dan makan. Aku dah buat 2 kali. Satu versi agak kering dan lagi satu versi berkuah. Lagi sedap yg ada kuah skit hehehe.

Kuantiti sos dgn spagheti tu agak2 la ye aku xtau nk bagi kuantiti cmne sbb main agak2 dan campak je. Aku agak utk sebotol sos carbonara tu blh mkn dlm 4-5 org bergantung kpd bnyk mana org tu makan hahahaha. Spagheti pula aku biasa guna san remo, itu yg paling sedap. Dan setengah bungkus cukup utk satu botol tu.


Ini versi basah.




Ini plak yg kering. Selamat mencuba :)



Friday, March 14, 2014

Hari ini dalam sejarah aku masuk surat khabar

Assalamualaikum dan Salam jumaat yg mulia.


Dlm bulan lepas kalu tak silap aku terima email dari sorang wartawan dr Berita Harian. Katanya nk interview pasal kait mengait ni. Dia jumpa dari blog marinashoppe.blogspot.com. 

Aku pon ok menarik ni. So memandangkan aku di KT dan beliau di KL jd interview di laku kan sedara email saje. Dia email soalan2 dan aku jawab je. Gambar2 pon suruh dia ambik kat fb je. Cuma dia suruh email gambar aku tgh mengait je. Banyak gak gambar aku bg sekali dgn PB pun ada tp tak terpilih hahaha. 

Mlm td dia wassap bgtau arini kuar paper. Aku pon waahh excited ok hahaha. Giler tak excited 1st time masuk paper hahahaha. 

OK bai. Xtaunakwatendingcmne



Monday, March 3, 2014

7 tahun

Apa yg  7 tahun?

Ni haaa...


Diam tak diam nak masuk 7 tahun dan berblogging. Aku ingat lagi 1st time blogging dulu rajin sgt hahahaha. Masa tu aku ganti PA bos bersalin so keja aku sebagai PA je lah jadi masa banyak hahahaha. Bos tak cerewet hehehe. Itu dulu lahhhhh hampir 7 tahun yg lalu.

Sekarang ni aku mana keja dah. AKu pun tak sangka aku skrg ni duk menjahit dan mengait di rumah. Ini rupanya yang aku suka selama ni ye.Haha.

Eh lari topik hha. Mula2 blogging dulu aku dh buat 1 blog pastu lama x bukak boleh tak ingat username dan pasword hahaha. Kalu cari masih ada lg. Aku nak delete tapi lupa pasword seh. Xpelah xde apa yg mengarut pun cuma citer zaman budak2 hahahaaha.

Antara blog terawal yg aku jumpa dan baca adalah  blog Kak Edrina, blog Kak Di, Suhana Dia Milikku, Cik Riben Merah,Tun Teja, Blog Kak Cendawanintim dan adalah bbrp lagi. Semua blog tu aku masih baca sampai ke hari ni dan ada yg jadi kawan baik berhubung sampai ke hari ni sape lagi kalu bukan Suhana. Setiap kali raya kalu giliran sama pasti kami akan beraya bersama dan kalu dia mai Trg tak sah kalu x jumpa :). Dari kenal kut blog berlarutan ke FB tu yang jadi kekal berkawan sampai hari ni.

Best sebenarnya kenal dgn kawan online ni. Ada yg blh jadi kwn baik smpai hari ni walhal tak penah jumpa hehehe ni tak lain tak bukan Mbak Monas2Petronas a.k.a Ween hehhee. Aku dgn Alis si Pencari Rusuk Fahri dgan Ween skali siap ada group wassap hahaha. Mcm2 planning yg adsalnya nk p Pulau Perhentian lps tahun baru cina tapi tahun bila tu aku rsa 2 tahun lepas kut sampai ari ni x menjadik hahahaha. Pastu masuk plan lain plak hahaha . Ok korang mmg the best frens i ever had. Alis aku dh jumpa dah hehehe.

Wah banyak plak idea mengimbau kenangan hehehe. Aku tak tau la blog aku ni ada pengikut ke tak . Blog mengarut je nih. Tapi kpd yg selalu baca aku ucapkan terima kasih banyak teruama kpd BSB yg slalu tinggalkan komen. Dan kerana blog aku ni lah PB selalu cite kat aku ada org tegur dia sbb kenal melalui blog aku hahahahaa. Kadang2 p mesyuarat mana ntah tetiba ada yg tegur pastu aritu ada jualan kat SUK pun ada org tegur wlhal org tu bukan keja SUK pun.

Ok lah aku dh penat ni sakit belakang. Tadi balas email wartawan panjang lebar tu yang langsung update blog. Kalu tak memang aku tak bukak laptop la. PB je yg duk guna.

Ok bai :) esok cuti yahoooo 

#sukasangatmacamkaukeja

Saturday, February 22, 2014

Amani oh Amani


Aii kecik2 dh pandai pukul amanda hahah

Monday, February 17, 2014

Amanda vs Amani

Layan gambar Amanda dengan Amani je lah. Banyak bebeno gambar budak 2 org ni.

Amanda dah setahun dah blh jalan skit. Big girl sgt sebijik ikut papa dia muka dan ketinggian.  Berat dh 12 kg.  Sakit pinggang aku dukung lama.

 Hahaha si Amani dan masuk 10 bulan baru nk kuar gigi tu pon x brp nk kuar lg. Berat 8 kg je kecik ikut ibu dan abi dia.

Amani sgt lah jeles bila Amanda balik. Xleh org dukung amanda mesti dia nangis nak suruh org dukung dia sekali hehehe kecik2 dah pandai jeles hihihi














ok bai :)

Sunday, February 16, 2014

Amanda 's 1st birthday

Dah lama xde gambar anak2 buah ku Amanda dan Amani. Amanda balik kg minggu lepas so mama nya plan nk smbut birthday sekali kebetulan jatuh 11 Feb. Buat pun ala kadar utk makan kami skeluarga je.

Menu adalah nasi himpit (org ganu panggil nasi kapit) dgn kuih kacang, nasi kunyit a.k.a pulut kuning dgn daging merah, laksa kuah masak dan bbq ayam. Yuummm my favorite is nasi kapit lah hahaha.




Mama dan papa Amanda cuti seminggu so decide buat 11 hb tu jg tp ptg lps semua org balik keja. Syok sgt bbq depan kolam ikan :)

K layan pics of the day :)








ok bai

Saturday, February 15, 2014

1st time di Ipoh

Lama tak berjalan-jalan. Akhirnya awal tahun hari tu aku ikut PB p Ipoh. Ini 1st time aku stay kat Ipoh.



Ok la hotel ni. Kebetulan masa tu depa baru nak siap2 utk CNY so banyak hiasan merah je lah haha. Sehari sebelum balik PB bgtau bilik kami diupgrade ke Executive Suites. Hahah layankan je lah. Giler besar oii.








Makanan pon boleh tahan dan yg penting Halal

Sebelum balik singgah la beli limau. Tak sah kalu p Ipoh tak beli limau ye dok?


Ok next time boleh datang lagi p round utara terus hehehe

Friday, February 14, 2014

Resepi : Cheezy baked meatballs

Aku suka sangat order meatballs kalu p Pizza hut.Sedap sangat. Tapi sokmo tak puas makan hahaha. Aku cuba la gugel resepi rupanya banyak je resepi dan mudah sangat. Banyak versi jugak aku jumpa tapi yang pastinya senang dan mudah.


Bahan-bahan :-

Meatball ( saya gunakan Ramly  tp brand Marina lebih bsr dan sedap tp susah nak jumpa)
Bawang holland
Sos carbonara Prego
Susu segar
Capsicum
Cheese (saya gunakan mozzarella dan cheddar)


Cara-cara:-
  1. Rebus atau goreng meatball. Saya rebus, lebih lembut rasanya.
  2. Dalam kuali tuangkan sos carbonara, tambah sedikit susu sbb sos sedia ada pekat sedikit. tapi jika suka kepekatan sedia ada x perlu tambah susu.
  3. letakkan meatball yg dh siap digoreng atau rebus dlm loyang atau apa2 bekas. Tabur bawang holland yg dihiris kasar dan capsicum yg telah dipotong. Sesetengah resepi mereka goreng seketikan bawang dan capsicum tp aku x suka sbb nanti bila bakar jd terlebih layu.
  4. Tuangkan sos yg telah dipanaskan.
  5. Tabur keju di atas dan bakar dalam oven selama 5-10 minit atau sehingga keju cair dan sedikit perang.


Ok selamat mencuba. Tak rugi cuba sebab memang sedap dan berbaloi.

Thursday, February 13, 2014

Crumble and lace 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama tak post hasil beading di blog. Tapi di FB sentiasa ada. Lebih mudah upload terus dr handphone berbanding guna blog. Tak lawas nak upload kat blog guna phone. Bila senang guna phone malas nak buka laptop. Tapi harap2 tahun ni lebih rajin untuk update blog sebab sesuatu yg menarik dan baru akan muncuk tak lama lagi. Tungguuuuuu..

Ok now aku nk kongsikan hasil beading utk tahun 2014. Akhir tahun lepas aku stop beading dan crochet sebab tumpuan kepada Ivf. Now aku dh start balik.



Ini crumble di lengan utk baju cikgu Puteri Islam



Ini pulak utk baju cikgu Pengakap


Crumble lace with 3D flower







Baju purple ini baju tuan tanah sendiri hahaha setelah sekian lama duk wat kat baju orang akhirnya berjaya jg buat utk baju sendiri hahahaha.

Sesiapa yang berminat  nak tengok gambar2 lain boleh view Album Beads & LAce di Fb saya. Lebih updated di fb. Sebarang tempahan boleh email atau pm saja di FB.