Friday, May 17, 2013

Resepi - Crab stick roll

Alaaaaa resepi la sgt hahaha. Nmpk benornye xdak idea hahaha. Ok saje la. Dah lama nak buat tp malas nak beli breadcrumbs tu. Murah je rupanya x sampai rm2 seplastik.


Bahan-bahan :

Crab stick
Roti keping
Serbuk roti
Telur

Cara-caranya :-


Roti keping digelekkan sampai nipis. Aku gelek guna alu lesung. Lapikkan plastik atas roti tu pastu gelekkan . Kemudian letak crabstick dan gulung. Sapukan telur skit kat hujung tu nak kasi lekat.


Jadik lah macam ni.


Celup crab stock roll dlm telur dan gelekkan dalam breadcrumbs sampailah ia menyaluti sekeliling roti iteww.


Kemudian goreng lah dgn api sederhana. Gambar diatas agak terlebih garing skit hahahaha.

Kalu nak buat sosej pun boleh gantikan je crab stick tu dgn sosej tapi sosej perlulah direbus terlebih dahulu ::

Selamat makan :)





Thursday, May 16, 2013

Crumble baju pengantin

Baru ni Farah mintak tolong sama-sama jahitkan manik utk baju pengantin sepupunya memandangkan masa dan suntuk hahaha. Malam tu kul 5 tido demi nak siapkan baju ni kang tak bersanding plak pengantin nanti hahahaha.

Aku hanya jahit crumble je, lace semua farah dah letak siap2. Crumble kat pinggang pun farah dah buatkan.








Memandangkan dress ni kain payung mmg ambik masa la jugak nak menyiapkan bahagian kaki tu. Tudung juga buat crumble skit utk  bhg atas kpala sbb pengantin ni tak pakai crown :)

Selamat Pengantin baru buat cik pengantin :)

Wednesday, May 15, 2013

Aiskrim bubur kacang :)

Ok, selamat bersiaran semula. Haahah gile lama tak update. Mengejarkan tempahan yg perlu disiapkan sblm 18hb. Alhamdulillah semua dah siap. Legaaaaa.

Ok ari tu aku buat bubur kacang. Kacang nya dah  berbulan beli buat nya tak. Nasib elok lagi kacang hijau tu. Pastu teringin nk wat aiskrim since ada lebih. Call PB mintak dia belikan plastik aiskrim.





Dapat le dlm 8 batang aiskrim. Sebelum masuk freezer rendam seketika dalam air kasi ilang belengas. Ok, next nak buat aiskrim asam masin plak, huhuhu sedapnyeee


Friday, May 3, 2013

Perang pilihanraya - meriah dan kreatif :D

Gambar2 ni diambil sepanjang perjalanan dr bandar utk balik ke rumah ku melalui jalan yg berlainan. Kreatif giler dorang yg buat nih.








Yg aku perasan, banyak puak hijau punya replika . Puak biru takde sgt bukan sengaja xnak ambik tp mmg x jumpa. Ada lagi sebenanrnya ni tp tak sempat nak ambik maklumlah ambik dr dalam kereta je, nak kuar malewww hahahaha.

Hari mengundi tinggal 2 hari lagi. Apapun yg anda pangkah, berfikir lah dgn rasional demi masa depan kita semua. Cewaaah pesanan khidmat msyarakat le sgt hahaha. Ok la, selamat memangkah!


Tuesday, April 23, 2013

Kursus Jahitan Manik Lanjutan

Ni sambungan dari Kursus Jahitan Manik Asas ari tu. Hari tu bayar RM60, kali ni RM100. Ok lah murah lagi tu. Macam biasa aku pegi dgn Farah. Kursus ni selama 2 hari.






Yg last ni xdan siap hihihi. Yg atas ni semua yg aku buat. Sejujurnya aku kurang suka cara pengajar ni kerana ia menunggu sehingga semua peserta siap jadi dalam masa 2 hari hanya 6 jenis ni je yg sempat buat. Bila dah siap semua baru buat pattern baru  jadi lambat la, mcm yg dulu dah faham jahit skit klu x smpt siap xpe nanti ada masa sambung atau wat balik rumah boleh buat. So banyak pattern boleh belajar dan x sempat nak rasa boring. Takpelah lain cikgu lain cara nya kan. Apapun kami enjoy dgn ilmu baru ni.

Yg bawah ni yg cikgu punya.





Semua cantik.

Monday, April 22, 2013

Review - Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu

Ada satu hotel baru buka betul-betul kat tengah bandar. Ari tu PB balik keja bgtau dia dpt email dr Grand Puteri ni ada voucher RM88/night. Ok lah boleh la try satu malam hihihi. Saje lah nak mengetest kan. Kami pilih check in hari Jumaat pas sembahyang dan check out esok nya Sabtu.





Check in kat lobi. Sampai 4 duk kat receptionist, bagus lah benda baru lagi kan. Lif cantik sgt. Kami dapat bilik 216, cari punya cari tak jumpa rupanya nombor di pintu hilang ke tercabut ke xtau lah. Hahaha




Design bilik yg simple tapi cantik. Aku suka kabinet gantung ni.



Bilik air ok, pancuran mandi best sangat cuma takde tong sampah dalam bilik air. Mungkin cleaner terlupa kut.




Lokasi yg sangat strategik. Kalu mai dgn bas xyah risau psl transport. Betul2 dekat dgn hentian bas, kedai makan sana sini, KFC, kedai tudung, Pasar Payang pun tak jauh jalan kaki je. Nak beli tudung naik je atas hentian bas tu. Secret Recipe pun ada dan yg paling utama masjid kat sebelah je. Confirm tiap kali masuk waktu dengar org azan.

Keseluruhan aku bagi 4/5. Hotel ni 3 bintang. Ada bbrp perkara yg kena bagi perhatian oleh pihak pengurusan. aku faham hotel baru mula dgn pekerja baru masih banyak yg perlu diperbaiki. Masa aku check in bilik ada gumpalan tisu yg telah digunakan atas katil. aku xleh terima ini sbb ia kebersihan. Cleaner kena cek betul2 sblm keluar bilik. 

Ada satu kejadian masa nk check out. Masa check in tu kami dapat harga RM88 dgn voucher so ambik sekali dgn deposit total RM200. Masa check out hotel kuar resit la kan. So PB tunjuk dapat balik RM200. Aku muyskil, aku ingt dia bayar RM288 masa check in tu. Aku tgk resit, eh betullah. Dia taip deposit RM200 - RM 88 = RM112. Tapi apsal dapat RM200? Pegi la balik kat kaunter, rupanya depa silap ni. Kena baca betul-betul ni dik. kang x pasal kami tido free dan awak kena ganti duit. Agak kelam kabut sikit walaupun ada 4 org yg bertugas. Takpelah ini pengalaman baru, mereka mungkin takde pengalaman lagi tapi bila melibatkan duit memang ke double or triple check ye.

Kesimpulan nya hotel ini adalah RECOMMENDED kan utk sape2 yg nak dtg Kuala Terengganu. Kalu mai dgn bas xyah susah hati jalan kaki x smpai 5 minit dr stesen bas dah sampai. Utk maklumat lanjut boleh klik kat FB Grand Puteri.

UPDATE : NO TEL : 09-621 5555

Tuesday, April 16, 2013

Wordless Tuesday

Nyum nyum :)

Monday, April 15, 2013

FM

My collections and the latest.



Happy working :)


Sunday, April 14, 2013

Buah kundang, Lan Banana

Nak beli buah lain ternampak buah kundang ni beli lah skit. Rm15 sekilo. Beli tak sampai sekilo pon.


Sesuai dimakan utk hilangkan pahit mulut selepas demam.



Rindu air jagung Lan Banana. Lama giler tak beli. Aku beli keropok dgn ikan celup tepung. Brp inggit kena ek lupa dah tp tak mahal pon.



Sekali sekala boleh lah minum. Kami ni pantang ais, tapi masa musim panas aritu teringin sgt. Beli lah utk lepas hilang haus.