Friday, January 11, 2013

Fridge magnet

Semenjak dua menjak duk rumah sendiri ni terasa nak kumpul fridge magnet. Pantang pi mana-mana mesti nak cari fridge magnet.  Benda ni murah boleh nak kumpul banyak-banyak kan hahahahha.


Dekat-dekat je semua, paling jauh Hollywood hahahaha. Tu jiran sebelah bagi masa suami dia pi US itu hari.



Yg paling suka yg kebaya dgn terompah tu pastu I loveTrg tu sbb comel macam icing atas cupcake je hahahhaa.

Thursday, January 10, 2013

Murtabak megi

Rindu nya nak makan murtabak megi. Lama dah teringin tapi asyik luuuuupa je hahahaha. 2 hari lepas kebetulan semua bahan ada, boleh buat makan tengahari dan dinner sekaligus hahahaha dan masih berbaki untuk sarapan esok  pagi hahahahahaa.

Resepi dah ada kat tepi tu rasanya.


Saya guna 2 peket megi kari, 4 biji telur, daun sup, daun bawang, rempah kari megi tak dilupa, daging cincang sekeping, bawang holland potong dadu. Megi jgn lupa rebus tanpa rempah dan toskan kemudian gaulkan sekali, letak rempah dan pecahkan telur. Kalu suka boleh tambah cili api kalu nak pedas, lada hitam atau lada sulah.


Kemudian bentukkan ikut suka hati bentuk apa pun ke dalam kuali. Api sederhana je yejgn kuat pasal takut daging tak masak tapi kulit luar dah hangit.


Gorenglah biar garing skit baru best. Boleh cicah dgn sos cili atau kuah cuka. Lupa nak ambik gambar kuah tu. 2 sudu cuka, 4-5 sudu air masak, gula 2 sudu, bawang merah mayang halus, cili api. Kacau smpai gula larut. Kalu rasa masam  sangat tambah air dan gula skit lagi. Kacau dan rasa sampai secukup rasa.

Selamat makan :D





Wednesday, January 9, 2013

Makanan musim hujan

Musim hujan nya minggu lepas. minggu ni tak berapa nak hujan tapi ramalan kata ada ribut nak datang. Setakat ni hanya angin dan hujan rintik je. Alhamdulillah ribut takde lagi. Katanya dah pegi ke tempat lain kut. Wallahuallam.

Boring nak makan nasi maka kita fikir alternatif lain. masih nasi jugak hahahahaa.


Ala kecoh je padahal bubur nasi je ponnnn hahahahaha.

Tuesday, January 8, 2013

Burger bakar Pokwan Kopitiam

Hari Jumaat siang tu aku dan kawan2 yg terlibat ada perjumpaan kat Pokwan Kopitiam nak bincangkan kes kami. Pastu aku nak menerai burger bakar dia, dah lama tau dah tapi tak penah rasa.  Tapi aku nak makan roti tempayan dulu, hmm kita bungkus lah.

Malam tu pi tgk MLM pastu balik rumah kul 1.00 am baru makan hahahaha. Nak kata sedap biasa je yg sedap mungkin beef patty yg tebal lain dr burger biasa kan. Tapi mungkin sebab dah sejuk dah, kalu makan panas mungkin lagi best kut.



Next nak try burger bakar kat dungun plak hehehehe. Makan je keja nye hahahaha

Sunday, January 6, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012

Satu hari tu, Pb balik keja bagi satu envelope. Bukak je ada 2 kepning tiket MLM. Waaahhh apa lagi hahahaha. Kebetulan pada malam yg sama PB ada jemputan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013) kat luar stadium. Pastu cadangnya terus masuk stadium.

Malam tu pegi la awal kul 8 pasal kena hadiri pelancaran TMT 2013 dulu. Mula-mula duk belakang bajet senang nak kuar. Sekali staf dia panggil kena duk depan pulak dekat jabatan masing-masing, aku ni dah la pakai blouse biasa, ah belasah je. Tp ada untung nya duk depan hahaha depa bagi tiket MLM baru dan specialnya tempat duduk kat Arena iaitu depan stage lah. Yg Pb wat balik sebelum ni Upper tier punya tingkat atas tu free sitting. dan dekat tiket tu siap ada cop 'WAK' lagi rupanya dah direserved so xyah berebut lah hahahaa best-best.


Masuk je mak aiii ramiainya orang. Kami ni mujur dapat tiker free kalu x mmg tak pegi lah tak kuasa nak berebut tiket. Cari punya cari tak jumpa seat, main belasah je duduk pastu Pb gi dekat kwan dia kat depan. Sekali dia panggil. Seat kami hanya 2 baris di belakang juri! tapi kami punya belah kanan stage, kat tengah2 tu opkos VIP lah, MB dan exco dan yg sewaktu dengannya. Tapi best lah dekat giler.






Kesimpulannya best le jugak sebab benda free kan. Semua gambar kredit kpd FB MLM 2012 kecuali 2 keping yg pertama. Merasalah tengok Lisa Surihani live, putih melepak. Yg aku suka opkos Jozan la walaupun hanya Zizan sorang diri. R2 pun aku suka  tp dah kuar dah.

Habis je MLM tu Zizan wat persembahan lagu dia dgn Kaka la. Kaka ni sebijik gaya Ella, liuk lentok hmm mcm tiru plak ahahaa.

OK, sampai rumah kul 1, pastu makan burger bakar. memang 'terbaik'  sangat tengah malam buta melantak lagi hahahaa. 

Saturday, January 5, 2013

Manik crumble dan highlight

Utk penghabisan tahun 2012 aku sempat siapkan manik untuk 2 pasang baju. Kedua-dua baju sepupuku. Mnaik crumble di lengan untuk Kak Long dan highlight di badan baju dan manik di lengan untuk mimi.



Ini baju Kak Long. Materialnya Sutera Terengganu.


Ini jahitan manik di lengan baju Mimi tapi lupa plak nak ambik gambar highlight bunga di badan baju tu.

Aku masih berusaha dan belajar utnuk menjahit manik dengan lebih baik lagi.



Thursday, January 3, 2013

Melawat baby baru - Nur Ain Damia bt Mohd Adzhar

Masa kami pi KL ari tu dapat sms Salwa dah selamat bersalin. Tak sempat kami balik lah. Hajatnya nak berkampung kat Pusat Perubatan Intan tu temankan Wa tapi takpelah dah selamat pon. Tahniah Wa, dapat baby girl. Dah sepasang dah. Bestnyeeee.

Memperkenalkan..............


Nur Ain Damia bt Mohd Adzhar. Comel sangat. Saling tak tumpah macam abangnya Mohd Adam Firdaus.


Tahniah buat Salwa dan Adzhar. Semoga bertambah rezeki dan dirahmati Allah selalu :D

Wednesday, January 2, 2013

KT-KL-JB-KT

Ni cite minggu-minggu last tahun 2012. Biasalah kan hujung tahun memang kursus/seminar le manjang. Nak habiskan budget katanyeeeee  hahahaaha. Dan macam biasa sebagai isteri solehah aku akan ikut lah hahahahaha.

Perjalanan bermula pada pada 19/12/2012 hari Rabu kami bertolak ke KL untuk kursus di hotel Prescott Inn. tapi kami menginap di Grand Continental KL. Peserta kursus duk kat Prescott, PB kena bagi talk on 20th tu. Chekout 21th pastu 23th nak pi JB lak so kami decide tak balik KT lagi dan stay KL jadi terus ke JB dr KL. So tumpang umah my kakak angkat dan merangkap kawan baik kami iaitu K.zie dan Paqlee. Nak dijadikan citer habis talk je PB demam.  Masa gi umnah Kzie tu pi klinik dlu. 2 hari kemudian alhamdulillah sembuh cuma antibiotik kena habiskan le. Masa kat KL tak pi jalan mana pon since dia demam kan sempat pi beli benang je kat Shah Alam. Beli skit je nk cover kaler yg dh habis. Pastu gi BBW dgn Alis
:).



Hari last b4 bertolak ke JB kami makan kat Nasi Ayam Tat. Besssttt.


Sampai Jb duk Hotel Selesa. Alhamdulillah selesa sangat dan  tak perlu was was pasal makanan. aku ni kalu duk hotel memang was was skit pasal makanan haahhaha. Kena cek bebetul sijil halal. Tapi hotel ni memang confirm Halal dan makanan pon sedaaaapp.

Sepanjang PB pegi seminra aku sempat siapkan manik crumble utk baju sepupuku Kak long. Nanti lah tu update entry lain.

Hajat di hati nak makan macam-macam, mi bandung lah, mi rebus johor lah, laksa johor lah tapi apakan daya tak sempat pasal dah makan kat hotel jadi perut kenyang sokmo. Takkan nak pi makan lagi kang sengkak perut.

Balik dr Jb aku ajak PB singah Ayer Hitam. Aku tak pernah sampai ni 1st time. Nak tengok-tengok je apa yg ada. Sudahnya beli rak rotan, tudung saji, tabung duit dan tikar hahahahaaha.


Ok, dynamo tu beli kat Tesco kat umah Kzie. Kebetulan harga murah RM19.90. Aku memang beli time murah je Dynamo ni pastu wat stok dalam 2,3 botol. Kalu beli time harga asal RM28.90 ke 27.90 memang tak beli lah. Ini namanya pembelian bijak hahahahaha bijak le sangat.

Ok rumah tak habis kemas lagi sebenanrnya waaaaaa dah berdebu rumah tinggal seminggu. Nak mop tunggu cuaca panas skit lah hahahaha. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013 dan selamat hari lahir suamiku :D

Mula-mula nak ucapk selamat hari lahir yang ke 34 buat suamiku yg tercinta, Fairul Hisyam a.k.a Pakcik Botak pada 31/12/2012. Kebetulan dia ambik cuti sampai akhir  tahun selepas outstation seminggu KL-JB. Pastu Sabtu balik Dungun dan sambutan dibuat di Dungun.Tapi diawalkan sehari sebab esoknya iaituhari birthday 31hb tu nak daftarkan anak sedara masuk sekolah form 5.

Sebenarnya awal-awal lagi Pb dah request nak suruh buat makan-makan utk family je lah. Jadi menu adalah nasi ayam.


Buat banyak sangat guna 2 ekor ayam. Esok pagi boleh makan lagi hahahahah tapi puas hati la semua boleh tambah tanpa was was hahahaha.

Ok ini entry pertama tahun baru 2013. Selamat tahun baru buat semua, semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Tahun baru dimulakan dengan hujan yang kembali turun dan tak berenti.



Mendung. Hujan tak berenti walaupun tak lebat dan air longkang dah penuh. Tapi tak melimpah keluar sebab taman sebelah umah aku ni baru buat longkang besar jadi air mengalir dengan baik.

Ok sejuk nih, nak mandi pon malas hahaha. Apa azam tahun baru ye? Aku punya azam nak mengait banyak-banyak, jahit manik banyak-banyak dan belajar sesuatu yg baru dan mahu menjadi orang yg lebih baik. Dan sudah tentu ingin menjadi seorang ibu satu hari nanti. Semoga diperkenankan Allah.