Sunday, February 12, 2012

Kawanku Panda ~ Husna Adnan

Comelnye buku nih..


Rasanya ari tu saya teka sesuatu kat blog Husna ni. Hmmm tak sangka dapat novel ni, huhuhu tak sabar nak baca. Walaupun ni novel remaja, mak pun remaja jugek ye..huhuhu remaja kertu katanya hahahahaha.

Tuesday, February 7, 2012

Selesai sudah perkahwinan di Melaka..fuhh! meriah uolls (tiru ayat kak senduk hahaha )

Amaran oleh kerajaan malaysia : Entry ini pjg dan banyak gmbar ye hahaha


3hb Feb 2012


Bertolak dari rumah di Telaga Mengkudu dalam pukul 8.30 pagi. Mak  ayah naik 1 keta dgn aku. Lagi satu keta yam, amir pastu adikku yg bongsu. Tak semua yg ikut psl ada yang takleh cuti. Singgah makan pagi di rumah pakcik ku kat Kemaman, dia pun join sekali. Juga makcik ku dari Cabang 3.


Samai di Melaka lbh kurang 5 ptg. Adikku a.k.a si pengantin lelaki sewakan homestay di Homestay Ayer Limau, Masjid Tanah. Rumah Pengantin pompuan kat area situ juga dlm 5 minit naik kereta. Homestay ambik 2 bijik tp yg satu bijik tu sewa 2 bilik je..tp best lah, tuan rumah baikkkkkk sgt :)






menikmati suasana kampung. sangat jakun kami di siteww, maklumlah tak penah jumpa kampung cam ni huhuhu. Cantik dan bersih.


4hb feb 2012


Majlis akad nikah pukul 3 ptg di rumah pengantin perempuan. Adatlah kan, kalu majlis kawen ni mmg ada kelam kelibut dan aku menjadi mangsa org tanya itu ini smpai aku rasa nak mengamuk tapi bila dh selesai lega. Hahahahahaa sabo je lah..







gambar tak ikut turutan, penat weh nak susun satu2.. selesai majlis nikah.


Malam lepas akad nikah tu majlis berinai, berarak dan yg sewaktu dengannya. Series weh, meriah gilerrr, family aku x penah join majlis kawen mcm ni. Org2 kat situ cerita mmg kat Melaka kalu kawen memang 3 hari 2 malam la. 


Kul 9  mlm start kumpul pastu berarak. Masa berarak tu dgn kompang nye pastu ada bunga api! Bapak aku dh geleng2 kepala dah. Dia mana boleh mende mcm ni. 













pengantin kertu pon nak naik pelamin jugak, hahaha maklumle dulu kawen xde pelamin..hahahahaa


bunga api meriah uolls. Hahahaaa layankan jugak gambar sengal pengantin baju melayu gelap 2 org tu hahahahaaa.

Pas akad nikah petang tu aku, PB dan kawan kami K.zie n Paqlee yg join juga majlis tu, kitorang ke Muar. Hahaha misi nk cari mee bandung muar. Gamble je sbb tak tau mana satu yg sedap.





kedai ni kat Tg Agas. Asalnya nak g Abu Bakar Hanipah tapi tutup dah.. Kul 6 dia tutup kitorang smpai 6.15 hahhaa. Sib baik ada yg ni. Sedaap masyaallah ni 1st time aku makan. 


otw balik jumpa kedai mi udang tp x makan pun singgah beli nasi goreng udang utk ayah.




5hb feb 2012


Hari Ahad majlis sanding plak. Kami p dilayan dgn begitu istimewa. Rombongan kami tak dibenarkan makan di khemah sama dgn org kampun tapi semua makan sama dgn pengantin. Hari ni lauk takde yg pedas-pedas. sudah 2 hari lauk masak lemak cili padi, kitorang mana biasa sampai berebut jamban semua org hahahaha.


 lega la teww

 eh ada toyol kat belakang hahaha


 'M' for Marina.. mmmuah!


 Marina hunny :)


 suka le tew dpt menantu baru hew hew hew ..hahaha

 papa n mama to be ..





Seronok sangat wehhh..hahahaha tambah lagi ada kawan join sekali...huhuhuu suka bila mereka gembira :D


6hb feb 2012


Siap2 sebelum bertolak balik Trg. Sarapan dulu siap2 pastu ambik gambar. Makcik ku ramai yg balik Ahad petang tu tapi kami balik pagi ni lah psl tak nak la balik petang mcm rushing je.




bergambar dgn tuan rumah yg sgt peramah dan baik hati. Lain kali kami datang lagi :)

Sunday, February 5, 2012

Selamat pengantin baru adikku

Bertabahlah menjalani kehidupan berumahtangga.. will update full entry soon.


Thursday, February 2, 2012

The readers. The silent readers actually..

Aku sebenarnya tak ambik hal pon sape nak baca blog ni. Dah namanya blog kan, sah sah le orang boleh baca melainkan kau private kan blog, so mmg orang takleh baca. Aku tau blog ni ada silent readers.

Ada yg pernah tegur dan yang tak tegur tu pun aku tau. Mana yang aku  tahu tu tau lah kan tapi mana yang aku tak tahu ni aku ucapkan selamat membaca. Blog ni tak best pun, takde apa yg menarik. Aku cuma menulis utk kepuasan diri aku.

Ada yg bagitau, aku punya stail penulisan dulu mcm baik sangat, jujur, naif. Ye lah satunya sebab membahasa diri sebagai 'saya'. Aku pun rasa mcm bukan diri aku je hahahahahaa. Aku tak puas. Sudahnye bila aku start tak keja ni aku tukar stail penulisan. Aku bukan hipokrit dan takmo jadi hipokrit. Aku tak menulis utk sedapkan orang yg membaca tapi aku menulis utk diriku. Ini baru betul diriku yg sebenar.

Luaran aku bukan lah jenis yg lemah gemalai, ayu dan yg sewaktu dengannya. Aku ni kasar, bukan perempuan melayu terakhir, cakap kuat dan clumsy. This is me!

Aku tahu ex-opismate pun ada baca.Ada yg bagitau dia baca tapi yang tak bagitau pun aku tau hahahhaa. Kalu dia tak baca mcm mana dia blh kata ada org nak tempah barang-barang kait ni sebab baca blog aku. Hahahaha, aku kata bagilah no phone aku supaya orang tu boleh contact aku, katanya dah bagi. Tapi sampai ke hari ini aku takde terima apa2 tempahan pun spt mana yg dia kata tu. Hahahaa bagi aku mende ni satu lawak antarabangsa. Ada sebab lain rasanya hahahha dan aku boleh baca kenapa hahahaha sabau je lah.

Dan ada seorang yg aku tak sangka dia baca blog aku. Hmmmmm dia pun ada blog sebenarnya. Aku terbaca emel suamiku sebenarnya. Kalu tak masakan dia tau kami akan ke Melaka. Aku tak kisah pun dia nak baca sebab aku tak de apa2 masalah pun dgn dia. Dulu-dulu aku tau dia baca blog ni tapi setelah sekian lama aku dah tak ingat sebab takde sebab pun aku nk ingat hahaha. Baca lah aku tak kisah dia tahu kehidupan kami mcm mana. aku doakan dia dan keluarga dia sihat sejahtera dan selamat dari segala masalah yg dilalui.

Entry ni xde gambar ye, aku tepek gambar cute socks ni. Alhamdulillah banyak plak masuk tempahan selepas budak comel ni tempah.


Terima kasih kpd yg menempah tapi aku akan berehat seminggu drpd mengait. Adikku akan kawen minggu ni di Melaka, minggu depan majlis umah kami lak. Lagipun urat lengan dh sakit-sakit sebab mengait tak henti. Insyaallah akan sambung lepas tu. Sabar menanti ye :)

Pouch bag utk Diha

Berpeluh nak buat pouch bag ni. Sebab 1st time buat. puas cari pattern. Nasib baik seorang teman di forum JK1M sudi berkongsi. thanks to Nurefta Craft :). Ni link pattern bag tu tapi saya ubah skit-skit.

2 hari juga ambik masa nak buat ni. Alhamdulillah menjadi. Diha pun suka. Guna benang Lana yg order dgn Pinky Pinkle ari tu kebetulan order warna hitam.

belum siap lagi ni. 

Ditambah love 2 butir. Baru suwiit :)

Gigih malam2 buta cari pattern love. Jumpa kat blog Planet June. Senang je dia guna magic ring. Puch ni besar skit utk muat purse yg pjg tu pastu Diha nak tali yg boleh masuk lengan.

Alhamdulillah, lega bila customer suka. Dan slippers/socks pink yg cute tu muat-muat dgn kaki Adda. Alhamdulillahhhhhh.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me