Tuesday, April 26, 2011

Baby booties

Baru2 ni saya cari video tutorial baby booties. Ada jumpa yg senang. Try la ikut. Gigih tunggu video buffer. maklumle broadband kan, fhm2 je lah..




ni mcm sebelah kiri je.. baru siap sebelah. nmpak mcm besar tp kecik je ni. muat kaki anak patung je kut..hehehe


ni ikut tutorial bulat2..tapi xtau la kut benang dia besar kut. Saya guna benang minlon biasa tu je. Teringin nak buat booties yg mcm kasut converse tu. Anak2 ofismate semua lelaki, ada 1 perempuan. Banyak pattern booties utk perempuan. Sgr comel bila letak bunga yg cute kat tepi tu..

Pas ni nk try wat topi plak. Tapi mcm yg saya kata lah, pattern utk gegirl banyak sgt. Utk boy tu ada tp girl lg banyak. Kalu yg girl blh letak bunga 2,3 kuntum..heheh boy punya takkan nk letak bunga kan..hahahaa

Good luck for me :)

Sunday, April 24, 2011

Masak2 hujung minggu

Wah wah wah..

Lama giler xde entry masak-masak. Barang dapor pun dh nak habis. Tunggu gaji le baru penuh balik peti tu :)

Sempena hari cuti yg mulia maka kita masak le. Guna je apa yg ada dlm peti tu. Ok, menu nye adalah sosej blackpaper dan bilis goreng pedas tak pedas puuun. Tak dilupa telur dadar sbgai penambah selera :)



Alhamdulillah...

Friday, April 22, 2011

Bekas benang

Setiap kali tengok benangkait.com mesti rasa nak beli  benang. Kalu g kedai Thye seng pun wajib beli walaupun sebuku minlon. Huhuhu. Sudahnya kotak dah tak muat. Selama ni pakai kotak kasut je.


2 bijik kotak. Yg putih tu xleh nk tutup dah.



kalu nak ke mana2 masuk je dlm beg. Dalam keta pon boleh kait ;)

Tapi terpikir plak nak cari satu bekas yg besar tak besar mana tapi ada compartment la. Mcm lebih kurang beg mekap iteeww. Senang nak usung ke mana2. Hahaahhaa. Kalu ada kwn2 blog yg buat crochet boleh tak  bagitau korang letak benang dlm bekas ke apa? Nak tau la :)

:D

My 1st crochet flower

Rasanya pas ni blog ni banyak kisah crochet je lah ye. Ini lah yg menjadi kegilaan saya sekarang ;)

Terima kasih kpd youtube kerana banyak giler tutorial utk buat bunga ni. banyak kali try n error. Last2 jadi jugak huhuu walaupun tak secantik yg dh expert. Gigih tau nunggu video buffering. hahahaha


percubaan pertama. Tutorial tu buat bunga 5 kelopak tapi saya jadi 8 kelopak. Cmno tu?



percubaan ke 2. berjaya tapi kecik skit.



Try lagi dan lagi dan lagi sampai la jadi. Kalu  buat double crochet kecik skit. Saya tukar jd treble crochet. Dapatlah besar sikit.



Ini nak buat brooch ;). Comel tak..?

Yg sedihnya, nak  buat handphone pouch tp 3 kali try bengkang bengkok jadinye. Tak cantik. Frust sgt. 1st try ari tu terus jadi tp kali ke 2 nak buat dh tak jadi.. Adoooiii..

Thursday, April 21, 2011

Semangat baru ;)

Private. Tak private. Private. Tak private. Tak private laaaahhhh :D

Ah poyo nye minah ni. Konon  nk private blog. Mula2 mmg lah tapi rasanya saya sudah dapat semangat baru. Belog ini insyaallah hanya akan menceritakan aktiviti2 yang happy2 je. No more sedih2. Baru2  ni yg jadi nak private tu sebabnye frust psl period lewat. tak pernah lewat. Ingt konon pregnant tp tak berharap sbb bulan lepas pun jd benda yg sama. Baru nk test esok dh dtg bendera jepun. Bulan ni pon sama. Tak berharap sgt tp ada juga sikit2 harapan tu. Last2 datang juga. Sedihnyeeeeeeeee. Rasa malu dkt kwn2 opis.

Eh, kata xnak cite sedih2..huhu sori terlepas.Hahahaah

Ok, sbnrnya saya jumpa belog Color Me Katie ni. Ceria sgt blog dia. Nmpk life dia warna warni, hepi je. teringin nk tepek2 kat dinding rmh mcm dia buat. huhuhu.

Nak tau tak, saya ada buku baru tau. Buku apa...??





my crochet book :D

idea tu tetiba mai semalam sbb bersepah2 kertas tutorial crochet yg saya print. teringat buku ni kosong x guna so gigih la semalam duk tepek benda ni. Ada jugak gunanya ;)

Ok, next entry ~my crochet flower ;)

Tuesday, April 19, 2011

Private blog

Assalamualaikum..

Banyak benda yg saya pikir kebelakangan ni. Macam-macam. Pasal hidup. Kerja. Keluarga. Masa depan. kenapalah kita perlu menjadi dewasa. Alangkah indahnya lihat  kanak2 yg bermain keriangan. takde apa yg nak difikirkan.

Sabar lah.

Saya rasa untuk sementara waktu ni saya nak private kan blog saya buat sementara. Asalnya blog ni utk suka2 je, letak nuffnang pastu hari2 cek akaun tengok ada masuk iklan tak. Tengok brp org datang  blog. Tapi skrg ni tak kisah dah, ada org baca ke tak. Kalu rasa nak baca silakan.

Kebelakangan ni banyak benda yg saya nak luahkan tapi segan nak luah kat blog. Sebab tu saya ingat nak privte sekejap. Private pun bukan nya tak leh baca langsung, sape yg ada blog masih boleh baca. Sila tinggalkan email ye, nanti saya add kan.

 Sbnrnya saya segan sbb ada bbrp kwn opis yg baca (ceh bajet glamer) Segan sgt sbnrnya tu psl skrg ni jarang update. Saya anggap blog ni mcm diari tapi tak brp nak jadi diari pulak hahahaha.

Banyak benda nak luahkan tau tapi gitu lah. cmne nk cakap ek. Paham2 sendiri lah.

apa aku merepek ni.

Monday, April 18, 2011

Matlamat hidup

Apakah matlamat dan tujan hidup anda?


Duit banyak? semua org nak




bebas hutang? semua org nak



bekerja sendiri? makan gaji? dulu saya suka makan gaji tapi bila dh tua2 ni rasa nak keja sendiri.


Membuat kerja yang disukai. boleh bekerja dari rumah.


Saya teringin tau nak jadi surirumah. Jaga anak2. Saya pernah punyai impian ini tp anak xde lagi ni. Mungkin bila dah betul stabil, kewangan pun dah bebas, saya akan jadi seperti itu. tapi tak tau la mcm mana kan, sbb nye bila kita dah biasa bekerja, pastu bila dah tak kerja mesti rasa bosan pulak kan. Masa ni boleh lah nak kata mcm tu sebab sometimes serabut dan tension dgn hal keja kan.



Bosannya sekarang ni. Semua psl hal kerja. Company aku ni dah jadi mcm bola sepak. Asyik kena tendang ke situ ke sini ke sinun. Mentang2lah company ni ada kaitan dgn kerajaan sesuka hati je nak masukkan org tu nak tendang org ni. Ada je org2 yg rasa dia tu BERKUASA nak arahkan itu ini. Konon lah. Padahal setakat ****** je pun. Sedarlah kamu dh xde kuasa, jgn ingat aku tak tau apa tujuan kamu tu. Kau ingat nama kau laku lagi ke. Pandai la konon kena serve kpd rakyat lah, tolong org miskin lah, hakikatnya aku tau apa yg tersirat disebalik itu. Sebenanrnya kau hanya menggunakan orang miskin itu sebagai batu loncatan utk kepentingan dan kepuasan peribadi kau sendiri kan. Taktik kotor semua tu.

Tension weh kalu gini.

Thursday, April 14, 2011

Sengkuang calit ;)

Sebenarnya ari tu dah lama dah saya ada terbaca dlm blog sape ntah pasal sengkuang calit ni la. tapi tak tau apa nama nye kan, tapi tau la bahan tu sengkuang. Pastu lamaaaaa tak ingat dah  psl tu. Tetiba baru ni teringat balik, hahaha terus google.

Tak tau la mana nak cari sebab kat area Kuala Terengganu ni tak pernah jumpa lagi makanan ni.

Google punya google terjumpa lah blog ni ~ Old Time Sengkuang. Tapi malangnya dh lama tak hapdet. Sib baik jumpa page Old Time Sengkuang ni dlm FB. Terus tanya dan terus beli sbb teringin nak rasa. Dia ada jual sos cali dgn kacang tumbuk. Kira 1 set la. Saya pun beli la 1 set tu. Harga RM 11.80+ posting RM 6.

Tgahari td pun dh sampai lah. Balik opis terus pi Sabasun cari sengkuang. Huuuuuu tak sabar kau!



Balik rumah terus buat! dan rasanya adalah hampir sama dgn apa yg sama imagine kan.Hahahahahaahaha puas hati lah. Kacang tumbuk tu memang mantop lah! Alhamdulilah kena dengan tekak saya ;)

Kalu sape2 teringin nak beli, sila klik FB Old Time Sengkuang ye :)

Tuesday, April 12, 2011

Dah sampai :D

Ari tu saya ada beli benang kat benangkait.com. Benang ni direct dari Turki nun. Ingat 2 minggu sampai tapi rasa tak sampai 2 minggu pon. Sukaaaaaaa!!!




Cantik gilerrrrr.. Teruja tau! Tapi aku ingatkan besar tp kecik je. Benang ni agak licin. Harap2 boleh buat projek baru ;)

Terima kasih Benangkait.com !