Wednesday, September 8, 2010

Balik kampung..

Ramai dah yg start balik kampung.. malam tadi abg sulung saya yg masih solo baru smpai dr kL. Kwn opis pun dah ada yg cuti awal2 nak balik kampung. Suhana dan mizan pun dh smpai kat kampung di Durian Mentagau.  Saya nak sgt jumpa mereka ni terutama alesha dan aish. Insyaallah petang raya pertama kami sampai.

Keja2 semua telah dibereskan pd hari isnin. Supplier semua kebanyakan dh dpt payment before raya, alhamdulillah lega kepala otak aku nk menjawab kalu tak dpt payment lagi. Raya sakan la diorang, hahaha

Kat opis pun mood keja dh tak brp nak ada kecuali suzi si budak akaun, hahaha dia je la yg duki sibuk nk prepare gaji utk bulan ni punya. Kena prepare awal2 nanti cuti raya takut tak dan nak buat..hehehe. Lagu raya dh berkumandang. PC saya sudah wajib pasang lagu campur org lain punya, kdg2 bingit jugak, hahaha. Big boss start cuti ari ni. Sempena raya kitorang dpt cuti tanpa rekod 1 hari iaitu hari isnin. Pastu kebanyakan cuti semingu smpai sabtu so tutup kedai lah jawabnya.

Eh melalut plak, nk cite pasal balik kampung ni. Saya keja smpai khamis, kalu ikut tahun2 lepas, hari last keja tu biasanya bos bagi balik awal..hehehe. Tahun ni giliran raya kampung pakcik botak di Kg Teluk Lipat, Dungun. Raya ke 3 pagi insyaallah bertolak balik ke K.Trg, ada reunion raya dgn kwn2 Dip Ikang UPMT.huhuhu best!

pic credit to google

Balik kampungggg!! Hohoho balik kampunggg!

MySpace

Tuesday, September 7, 2010

27 Ramadhan

Hari yg ke 27 semalam kitorang  berbuka di Ziq Delicafe. Kalu bualn tak puasa harus sebulan sekali paling kurang lepak sini. Bulan puasa ni tak pernah mai lagi. Dari minggu lepas lagi plan tapi tak tau bila nak g, so masa hari sabtu tu pakcik botak ajak berbuka di Ziq.

Abis keja kul 4.30 solat asar dlu siap2 kat opis, pastu tunggu pakcik botak datang dlm kul 5.30 jugak kitorang sampai kat Ziq. Booking dlu nak makan apa, nak meja mana. Pastu tak tau nak lepak mana so lepak dlm keta je la sembang2 ke tido2 ke..hahaha

 ada org tu dpt duit raya...waaaahhh i likee... :D

oh ini gambar pakcik botak punya, dia duk cite kat opis tadi sibuk duk susun2 kurma utk diedarkan ke jkk setiap kg..

Pukul 7 pegi Ziq, org nak berbuka dah ada, saya isi borang utk privilages card Ziq dlu. Bayar rm20 pastu dpt 10% discount kat Ziq Delicafe dan Ziq Bakery. Juga discount utk beli kek dan 50% discount kalu beli kek waktu birthday. woohoo!

tuan tanah-muka-tak-siap dpt kad diskaun!

bakal menjadi santapan..hahaha

Kitorang dua2 order sizling mee. Memang meletup la terbaik di K.Trg la wa cakap lu..hahaha pastu pakcik botak nak side dish mushroom soup saya plak nak wedges..Sedap jugakkk! Pastu dpt kurma dgn kek free. ;)

Pitams mak nyah! sedap melampau..hahha

 
Alhamdulillah..

MySpace

Monday, September 6, 2010

Alhamdulillah..

Tadi bos admin panggil. Pastu beliau telah memberikan saya sekeping surat..


dan akhirnya..


alhamdulillah..blh buat langsir rumah baru ;)

yahuuu!!

MySpace

Persiapan raya

Korang dah beli kuih raya..? Baju raya sempat siap tak..? Pelita dah pasang..?

Sekejap je dh 27 ramadhan kan. Rasa baru je masuk bulkan ramadhan tup tup dah nak raya. Kat bandar ni jem toksah cite lah, semlaam balik keja terpaksa menapak jauh skit psl pkcik botak tak lalu jalan biasa dpn opis psl jem yg amat! Org dan mula balik kampung dgn cuti sekolah lagi confirm merangkak la keta.

Tahun ni tak beli mana pun kuih raya, ada yg pakcik botak bawak balik. Ada org bagi kuih raya kat opis, pastu adik saya beli skit. Utk rumah dungun plak saya dh beli kek lapis. Nak beli kuih raya nanti kakak2 ipar mesti bawak sekali, tp beli juga skit takkan nak balik dgn tangan kosong. Kena la adil kan. Rmh ni beli rumah sana pun kena beli juga :)

yg nmpak kuih raya tu yg pakcik botak dpt, yg palstik putih tu adik saya beli..


beli dgn opismate saye. 1 kek lapis coklat walnut, 1 kek lapis coklat almond. Oh saya mmg suka yg ada kacang2 nih ;)


mak dh beli ketupat segera, saya nak anyam ketupat tp mak malas  nak layan, remeh katanya, huhuhu. Nanti kalu sempat saya wat n3 cara2 mengayam ketupat ;)

Pakcik botak hari2 dpt kuih utk berbuka, budak2 opis dia gilir2 bagi makanan. Semalam dpt kuih bakar comel, bunga2 cute..hahaha pastu ada kurma dr MB. ari tu dh dpt kotak kecik ni kotak besar plak..

selamat hari raya dr MB

Baju raya korang brp pasang? saya yg betul2 baju raya sepasang je, ada satu tu cadang nak buat raya tp geram tgk duk tergantung dlm gobok lalu saya pun memakainye ke opis..hahaha ala nanti raya pakai lagi bukan org tau pun..hahaha

teka mana satu bju raya gue? teka teka ni xde hadiah tau ;)

MySpace

Sunday, September 5, 2010

Jemputan dari istana

Salam 26 ramadhan uolls,

Minggu lepas pakcik botak call saya katanya dapat jemputan untuk berbuka di istana. Jemputan ni untuk isteri sekali. haaaiissh camne ni, 1st time saya nak masuk istana ni..dah lah protokol raja2 ni memang ke laut. pakcik botak kata pegi je, nak takut apa. Kalu tak pegi tak tahu. Lain kali sure ada lagi so belajarlah kan. huhuhuhuu baiklah, patik menurut perintah :)

Jemputan tu dari Ke Bawah Duli Yg Maha Mulia Pemangku Raja sempena majlis jamuan khatam Quran di Istana Maziah pukul 6.15 ptg. Istana jemput untuk jamuan dan tahlil je, majlis khatam tu start awal lagi.

 tulisan rasmi istana adalah tulisan jawi uolls, ai baru tau nyah

Pukul 5.45 bertolak, smpai bandar jalan agak jem. Dekat istana lagi lah. Istana Maziah kan dekat syahbandar tempat param yg happening kununnya so agak sesak disitu. Nasib baik parking dalam kawasan istana jadi tak perlu nak berebut dgn parking kat luar.

Saya fening uolls nak pilih baju nak pakai. Kata pakcik botak takleh baju yg warna kuning, putih. So pakai je lahbaju yg ada. Mak kata baju ai tak glamer. Saya kata kat mak kalu nak masuk istana kena pakai lip lap mcm mak datin ke? Mak kata ye lah..nanti tak glamer. hahahah ai tak nak la glamer2  ni nyah..

Sampai kat istana ikut je isteri2 masuk dalam. Nasib baik jumpa geng sorang. Tahlil start kul 6.45 slpas MB tiba pastu berbuka dgn kurma pastu solat maghrib di balairong seri. Pas solat baru turun bawah untuk jamuan makan. 1st time uolls ai masuk istana, sian plak kan.hahaha kebanyakan isteri2 pegawai yg hadir dah berumur skit, yg baya2 saya ada le sorang pastu ada 3  org lagi pegawai prmpuan. Sib baik jumpa geng.

Nak ambik gambar pun takut uolls, aku sorang je nak buka kamera org lain sopan je..hahaha kata blogger kan. 

 hahaha ini je yg berani ambik..kikikiki

Eh dayang2 istana pun ada, muda2 lagi tp xdok lah macam dayang zaman dulu2 tu. tanya pakcik botak diorang dpt keja istana ni camne ek? Ooo rupanya ambilan dari SPNT (Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Trg). Oo mcm best je ek keja istana..hehehe tak nak la mesti kena terikat dgn protokol.

Makanan adalah nasi beriani, kuih muih, buah2an dan air bandung. Pas makan balik rumah.

Ok babai.

MySpace

Saturday, September 4, 2010

Cerita hari jumaat

Hari jumaat adalah hari yg penuh nikmat. Selain penghulu bagi segala  hari, jumaat adalah hari utk bersenang lenang tanpa perlu iron baju, tak pyh mandi awal oopss, hehehe. Sbnrnya pas bangun tido tu xde plan apa2 pun. Sembang2 dgn pakcik botak nk masak apa hari ni yek, last2 ia sajes buat spaghetti. Cadangan yg menariks!

Kat dapur kecoh2, rupanya misi membuat kuih raya. Patut le sunyi je tadi rupanya mak dgn adik saya p beli brg nak buat kuih raya. Cubaan pertama membakar kuih adalah jadi tp cubaan kedua  x jadi sbb guna 2 tingkat. Yg mula2 tu 1 tingkat je. Kuih raya ari ni adalah biskut nyor dan bunga cina. Saya tunggu sekejapan aje, adik2 dah ada.hehehe

 confirm meja bersepah2..sib baik aku lari dulu..hahaha

pesen 2 tingkat gini x jadi..x pandai setting  kut.. last2 buat 1 tingkat je..

Pas jumaat siap2. Mula2 p bandar nak cari kasut. bukan kasut raya tapi petang ni ada majlis rasmi. nak  kena la mecing dgn handbag. kasut yg ada skrg x mecing langsung. hahahaa kalu pakai juga confirm kena halau.hahaha

Sib baik jumpa kasut yg dicari. Pas tu berdesup p giant. Parking penuh plak. Malas nak menunggu jadinye p pasaraya hock kee seng kat gong badak nak cari bhn spaghetti ni la. dah jmpa balik rumah, smpai kat rmh 5.45 trus solat dlu pastu masak.

bandar adalah sesak uolls, tapi xde lah smpai jem giler. cuma nya ramai dari kebiasaaan


Otw g hock kee seng tu pegi manir jap sebab ada 1 kedai tudung ni kat dlm kampung. kalu x silap kedai ni dekat surau sebelum masuk kg pasir tebakang. tudung2 dia meletups uolls. Xdelah mahal cam ariani tp kauliti dia pon bagus bah. Yg syioknye pilihan kaler yg banyak giler..kalu kaler purple tu mcm2 pesen purple. Saya beli selai tudung damia wrna koko. cantik uolls, harga rm38.

Balik rumah masak spaghetti. Pastu hidang n tunggu berbuka. Menu hari ni adalah spaghetti, laksa trg, singgang ikan, smbal belacan dan ikan goreng.
mak buat laksa kuah masak ye bukan laksa kuah putih. ada org nak resepi ke? nanti saya mintak dgn mak ;) hehehe

Pas terawih makan lg seround spaghetti. Pastu sahur tadi pon mkn spaghetti..hahaha

MySpace

Spaghetti bolognese

Jumaat adalah hari masak2 uolls. hahaha sebenarnya pakcik botak request spageti ni. Mak plak nak buat laksa kuah masak. adik plak sokong 100% kalu saya wat spaghetti ni. Mak kata mak buat laksa 1 kg je. kali ni saya nak buh resepi spaghetti bolognese stail yg saya slalu buat.
 gambar gelap uolls, maklumle dh nak berbuka :)

Bahan2:-
  • Spaghetti
  • 1 pek Daging @ ayam cincang (saya guna ayam)
  • 1 botol besar sos spaghetti
  • 1 tin cendawan butang - hiris (saya beli cap ayam)
  • Sosej - hiris
  • 1 biji capsicum - potong dadu
  • 1 biji bwg besar holland - potong dadu
  • 2 biji buah tomato - potong dadu
  • 1 sudu lada hitam - tumbuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
Cara2:-
  1. Spagetthi direbus terlebih dahulu. Campurkan 1 sudu minyak masak dalam air rebusan supaya tak melekat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai layu. Masukkan daging@ayam cincang dan tumis sampai separuh masak.
  3. Masukkan sos spaghetti. Sos tu pekat so campur dgn air skit. Agak2 le sukatan air tu, jgn bagi cair. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sosej, cendawan butang, capsicum dan buah tomato. Korang blh tambah lagi bahan2 kalu suka spt karot, celery dll.
  5. Tabur lada hitam yang telah ditumbuk. Perasakan dgn garam dan gula.
  6. Tunggu mendidih seketika, jgn lama sangta nanti capsicum layu x best.
  7. Dah masak blh hidang dan tabur dgn parmesan cheese. Tapi gua lupa nak beli la ;)
  8. Makan time! Resepi yg saya buat ni blh makan utk 7-8 org.
Ok, itu aje. Saya berbuka makan spaghetti 2x tambah. Sahur tadi pon makan spaghetti jugak..puaaass hatiii!

Selamat mencuba!

MySpace

Friday, September 3, 2010

Majlis berbuka puasa di IQ Terengganu

Salam 26 Ramadhan,

Kebiasaannya tiap2 tahun ofis saya akan buat satu majlis berbuka puasa bersama staf dan board directors. Tahun2 lepas biasanya buat di hotel la, thn lepas di Felda Residence. Tahun ni kami tertanya2 jugak nak buat kat mana ye. Risik punya risik akhirnya chairman x stuju buat kat hotel. Beliau request supaya buat di Rumah Anak2 Yatim Darul Falah ataupun di Institut Al-Quran. 

Saya dpt tahu Darul Falah dah penuh jemputan berbuka so pilih IQ lah. Kita akan bawak makanan dan berbuka di sana. Diorang kat IQ hanya sedia pinggan, bekas dan sebagainya.

Saya dan pakcik botak sampai dlm 6.40 pm trus masuk p dewan. Tgk student tgh wat persiapan. Diorang adakan tahlil dlu kemudian berbuka dgn kurma dan solat maghrib, pastu baru makan di dewan ni.

IQ ni terletak depan rumh  baru saya je. thn dpn kalu nk berbuka di sini lagi senang lah ai..hehehe



persiapan yg dibantu oleh adik2 hafizah


 menu :- ikan tilapia 3 rasa, sup daging, ayam masak merah, smbal belacan, kacang pjg goreng rempah dan nasi putih. pastu ada puding cocktail dgn buah2an.

selepas

sebelum..hahahaha, masa nak ambik gmbr bukan main ayu sorang2..hahaha

geram tgk budak ni. nama dia batrisya anak opismate saya mama yati.

comelnye. geraaamm! sampai rumah teringat2 lagi kat budak ni..

anak suzie yg kecik molek mcm mamanya..

Tahun depan insyaallah buat lagi di sini. sejuk mata tengok adik2 hafiz dan hafizah. seronok berbuka bersama diorang.

Lagi 6 hari mau raya~ tahun ni nak raya dgn ummi alesha dan aish jugak dgn dd dudu ;)  insyaallah..

MySpace

Wednesday, September 1, 2010

berbuka day 22

Diam x diam dah 22 hari berpuasa kan.. Rasa cepaaaaaattt sangat masa berlalu. Masa balik opis tadi tengok kat seat belakang ada tat telur, ada ayam gulai, ada karipap, ada kuih raya, pastu ada satu kuih yg tak tau nama apa..


inilah kuihnya. baru teringat, itu hari kat opis mama yati beli kuih ni lah, kat trg di panggil locong. tmpat lain saya tak tau lah psl tahun ni baru saya tau kuih ni. saya rasa inilah Tub Tim Grob (red rubbies) yg lady masak tu. betul tak lady..? dan ia dimakan dgn santan.

hari ni saya letak gambar lauk2 berbuka di rumah saya. ada juga gambar yg masuk ayah saya tp sbb beliau adalah tidak pakai baju hanya selempang kain serban shj di bahu maka tak blh la letak gambar itu. hahahaha

menu hari ni ayam paprik, singgang pedas ikan kerisi, sayur putih terung, ikan goreng dan sambal belacan. kuih muih ada karipap, locong dgn tat telur yg pakcik botak bawak balik. pastu ada pulut lepa tp tak sempat nak makan pun.


ini adalah kek tak tahu nama ciptaan sepupu saya. dia buat ni masa berbuka di rumah dia di gong badak semalam. best gileeerrr kek ni. bhg atas tu mak kata sekaya tp saya rasa mcm ala2 puding gula hangus tp xlah lembik sgt pastu yg bwh tu kek gebu mcm apam. sedaap weehh. mintak resepi tapi tak dpt psl masa mintak tu tgh kelam kabut. nanti p rumah dia salin resepi.hahahaha

di akhiri dgn gambar hang buah yg ku sayangi ;)

MySpace