Wednesday, January 20, 2010

Sungguh x sihat tabiat ni..

Salam uolls,

Siang td sy x msuk opis..dr rmh dayah ambik sy kitorang terus ke setiu pastu agenda utama ke kota bharu utk tgk kwsan pembenihan ikan tilapia..

sy nk cari supplier baru utk benih tilapia ni tp xbnyk la yg dekat2 nih..kalu di luar trg ada tp jauh sgt kat kedah nun, risau nt ikan x brp elok plak. risiko lagi bnyk psl benih mungkin lebih stress sbb lama duk dlm packing..sape2 yg kenal pembekal benih ikan bgtau la saya ye..

Ni bkn nk cite psl siang tp mlm ni pnya citer..siang td saya, dayah n kak emi mkn kat pizza. pas smpai rmh kul 7.30 trus mandi, solat bagai pastu lepak main fb..hubby plak dh kroh kroh kroh tp blm solat isyak lg..penat kut..

Tgh2 main tu perut berkeriut plak, adui, rs nk mkn tp mcm lwt je.. xpe, iron baju keja dlu..hubby pun terjaga, dia kata lapar plak, hehe sy pun apa lagi 'jom mkn luar..?' hehehe hubby bising skit psl lwt sgt lgpun kitorang tgh dlm proses nk menurunkan berat badan skit..hehehe skit je..

Saya kata xpelah, kita dh lama x mkn mlm, sekali sekala..hahaha..sudahnye g lah kat NR Cafe kat tok Jembal,..mmg best kedai tu..area student..harga pun ok..

Saya order kueytow kungfu dgn air laicikang..huhuhu mmg meletop la laicikang dia..hubby lak order kueteow bandung dgn air jagung..hehehe dia punya lg dasyhat (xtau eja cmne)



kedai ni dlm hutan skit..hehehe



bersungguhnye mkn.. :-D



lupa nk snap gmbo sblm..kehkehkeh..


sudahnya smpai rmh kul 12, rs menyesal plak mkn lwt2..kahkahkah..ngada tol..padahal td beriya2 sgt..haha xpe hujung minggu ni jogging lg..hahaha

Saturday, January 16, 2010

Refleksologi kaki

Salam uolls,

Siang td ada family day wisma darul iman, opis suami saya, diorang wat kat TTC..so g le tghari tu mkn tghari kat TTC..

smpai je TTC budak2 opis kata nama hubby naik ms cabutan bertuah tp sbb hubby xdtg so xdpt le..hahaha nk dtg awl cmne, blik rmh kul 4 am..dgn sy sekali xleh tdo pastu pas subuh tertido smpai kul 11.30..kehkehkeh..

hubby terkilan jg psl katanya nama dia xpnh naik kalu ada apa2 cabutan bertuah..hehehe saya kata xpe lah xde rezeki la tu..

utk mengubat hati yg lara hahaha lara la sgt, kitorang g jln2 xde tujuan kat giant..sekali teringin plak nk wat refleksologi kaki ni..mmg lama dh nk buat tp asyik bertangguh je, malu lah, sakit lah..so td sbb xde apa nk buat sy nk try le..


 sy wat dlu..best sgt..hubby takut2 lg nk cuba..kehkehkeh



pandai kakak ni urut, smbil urut sambil promote bekam, ubat buang toksik la..hehe sy kata tggu dpt gaji baru le..hehehe mahal jg ubat yg dia promote tu..



muka menahan kesakitan dan sendawa..hehhee bnyk angin pakcik botak nih..




hubby pnya suami kakak tu yg urut..

Pas urut tu ok la rs kaki, dia kata kami berdua ni x ckp air putih..mmg pun, kurang sgt minum air..pas ni kena jaga kesihatan betul2.. nt gaji baru blh urut lg..hehehe


cubaan utk melihat gerhana matahari separa, dr spek ni x nmpk la psl pakai kamera hphone sajorks..tp ms kitorang tgk tu nmpk la gerhana tu baru nk jd separa..

Thursday, January 14, 2010

bersukan menyihatkan badan..hehehe

Salam uolls,

Ptg td ms kat opis hubby call ajak main badminton dgn officemate dia..adui mana nk cri kasut sukan ni, yg ada tu hubby pakai so sy kena cri lain le..sudahnye g bata kat giant tgk cantik plak kasut2 cni..samabr le 1, klu x main bdminton pun mmg cadang nk beli psl nk exercise..bmi sy dh 22, takut naik lg je..doc pun dh sound2 srh diet skit2, jaga makan..

 trus buka dlm keta, x myempat..


smpai je kat stadium tertutup, dh penuh org..kitorang pnya court pun geng lain dh main, kena tunggu  turn lah, maybe sbb hari khamis org penuh dewan le..

 game pertama bermula, suamiku si baju kuning sedang menunjukkan skillnya..hahaha



 berehat jap tgk bdk2 pompuan main..


sudahnya saya lepak kat tepi smbil bc novel, kehkehkeh nasib baik dh standby novel

Esoknya operasi baru akan bermula, nk g jogging kat tepi stadium..mintak2 jadi le pegi, takut jogging ats katil je..hehehe



sedihnya..

Duka cita dimaklumkan kelas mekap bersama eyra rizal telah dibatalkan dan mungkin akan di tunda ke satu tarikh lain kelak..Ini berikuta kerana kekurangan peserta yg berminat..sedihnye...waaaaaa dh ready dh nk g blljr ni.. saya tiba2 rasa berminat sgt nk bljr mekap ni..hmm ni kes terpengaruh tgk blog org mekap2 la ni..tp serius sy suka sgt tp utk mekap muka sndiri tu xle..mekap muka org..hehehe nt blh lwn eyra.. opps xla gurau je..

Wednesday, January 13, 2010

Ini n3 sticky mode, sila scroll down utk n3 br ye..tq


Ai nk promote skit nih..sape2 minat nk belajar mekap boleh join kelas ni bersama Eyra Rizal..bg yg tinggal di Kuala Terengganu kelas akan di adakan pada 15 Januari 2010..tmpt akan dimaklumkan nanti..sape2 berminat blh sms saya 0129584321 atau email marina7880@yahoo.com atau pun tinggalkan komen..



utk perhatian tarikh diatas semuanya utk thn 2010 ye..tuan dia salah tulis daa..




meletup mekap dia uolls..jom la join sama dgn saya...

Monday, January 11, 2010

Tips menangani stress

Salam uolls,

Saya nk kongsi tips2 dgn uolls ni psl panduan untuk menangani stress..iye saya sdg dlam keadaan yg amat tertekan skrg..tertekan psl keja, gila sungguh rs nk ponteng je keja sbb xnk ambik tahu..

Definisi stress
~scr ringkas stress adalah bebanan mental dan fizikal individivu.

Kepentingan menangani stress
~Stress perlu di atasi kerana melibatkan mental dan individu yg terlibat.

Langkah2 mengatasi stress :-

1. Fahami punca stress.
-Selidik punca yg menyebabkan stress berlaku dan cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang
dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

2. Letakkan keutamaan.
-Senaraikan keutamaan utk dilakukan. Jgn melakukan semua pekerjaan tanpa memberi
keutamaan kpd yg lebih penting.

3. Selesaikan masalah satu persatu.
-Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi besar. Dapatkan komunikasi yang berkesan bagi
menyelesaikan pertelingkahan dan masalah

4. Menangis.
-Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. Menangis
merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan jiwa dan minda. Wanita lebih mudah
menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam
perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan ~ ni aku slalu
buat..uwaaaaa!!

5. Ketawa.
- Dapatkan masa utk duduk bersama sahabat handai yg pandai berjenaka dan berhiburlah
bersama mereka.
- Ketawa dpt membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung,
kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa dapat membantu membuang toksik dalam badan dan darah dapat berjalan
dengan lebih lancar ~oh suamiku, kau lah pelawak paling lucu ..

6. Bersenam / beriadah.
- Ada boleh melepaskan stress dgn menyanyi dlm bilik air dgn kuat sambil menitiskan airmata.
- Pasang lagu yg rancak dan sesuai utk menari sepuas hati sehingga berpeluh.
- Menjerit. Carilah tempat yg sunyi dan jeritlah sekuat hati~pasang lagu stacy, nyanyi kuat2
dgn
hubby..kehkehkeh

7. Curahkan perasaan anda dalam diari.
- Bila anda merasa marah, sedih, kecewa dan sebagainya tulislan dalam diari anda dan
simpanlah di tempat yg tidak boleh ditemui oleh sesiapa.
- Kebiasaannya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan itu pada masa lain jerana
selalunya ia terlalu remeh dan tidak seperti apa yg digambarkan ~ skrg ni curah dlm blog je,
blh jd diari jg nih..


8. Luahkan pada sahabat karib.
- Luahkan masalah anda pd sahabat karib anda atau sesiapa sahaja yg boleh mndengar
masalah anda. Mungkin masalah itu berat buat anda tapi mungkin tidak pada sahabat anda
~ sahabat karibku dan pendengar setia ku adalah suamiku..

9. Meditasi / bertafakur.
- Lakukan penilaian semula terhadapa pertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah
dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang, anda boleh membuat pertimbangan di mana yang patut
diperbaiki dan punca timbulnya masalah tersebut.
- Pejam mata rapat2 dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda yang sebenarnya dan apa yg
anda inginkan~silap buat nanti tertidur..

10. tahu had kemampuan.
- Tahu bila boleh bermula dan di mana sepatutnya berhenti serta jgn terlalu memaksa diri.
- Jgn terlalu membuang masa kpd perkara yang anda tidak mampu tanggung.
-Serahkan sesuatu urusan itu kpd org yg lebih layak atau mahir melalukannya supaya anda
tidak terlalu tertekan.

11. Berusaha dan berserah.
- Bertawakkal kpd Allah swt setelah kita berusaha dgn sehabis baik.
-Banyakkan melakukan perkara mahmudah (baik) serta menjauhi perkara mazmumah
(jahat) dan banyakkan amalan sunat spt solat, puasa, zikir dan sebagainya.
-Jgn biarkan hidup anda terus terteka, berusahalah mendapatkan jalan keluar bagi setiap
masalah~Jgn lupa Allah itu Maha Besar..

12. Bersantai.
- Carilah sedikit ketenangan spt rekreasi di taman, berkelah atau di mana2 saje tmpt yg
sesuai utk merehatkan diri dan minda.
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
- Luangkan masa bersama org yg tersayang, bercutilah bersamanya~nk cuti lama2, sebulan ke
dua bulan ke..kan best kalu blh advance cuti bersalin..kehkehkeh


13. Ambil mudah.
- Biar sebesar mana pun dugaan yg diterima anggaplah ia suatu yg mudah dan tidak
membebankan fikiran.
- Jgn terlalu membebankan fikiran anda sehingga hidup jd x keruan dan sukar melelapkan
mata atau tiada selera makan~makin rs nk makan ada lah..

14. Mengadu kepada kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yg boleh
membantu.
-Kaunselor dapat memberitahu apa yg mungkin anda tidak sedar mengenai diri
anda~kaunselorku adalah suamiku..

15. Berurut / refleksologi kaki / akupuntur
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan mengedurkan urat yg tegang
dan keras.
- Akupuntur dan reflkesologi kaki mampu mengesan punca penyakit dan dapat melegakan
kesakitan serta membantu menghilangkan tekanan yg ditanggung~dh lama nk wat refleksologi
kat giant tp takut plak..


16. Terima keadaan seadanya.
- Jgn mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita krn tidak smeua yg
kita inginkan akan menjadi kenyataan.
- Terima keadaan seadanya dan menghargai apa yg ada tanpa membandingkan dengan
apa-apa yg org lain dapat~bersyukur dgn apa yg kita ada..

17. Amalkan sikap dan gaya hidup sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dgn membuka minda anda.
- Sedar dan mensyukuri bahawa semua yg berlaku adalah ketentuan dr Allah Taala dan ada
hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yg dikurniakan Tuhan utk mengatasi
masalah yg mendatang.
-Amalkan gaya hidup sihat dgn mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta
terancang dan jangan melakukan kegiatan yg tidak sihat yg boleh merosakkan diri dan dan
masa depan.

~Sumber dr http://www.newbreeder.com/blog~


wahai hati...sabarlah.........................



Friday, January 8, 2010

Akhirnya impian kami tercapai..

Salam uolls,

Permulaan tahun 2010 amat menggembirakan kami suami isteri..akhirnya permohonan kami utk beli rmh telah pul lulus..proses loan hanya mengambik masa seminggu utk diluluskan...oowwh sungguh cekap dan efisien kakitangan bank islam proses borang kami..credit kpd staf yg handle borang kami En. Ahmad Farhan dr Bank Islam cwgn K.trg... Slps lulus loan dan sign agreement proses seterusnya adalah utk tukar nama pemilik tanah dr pemilik asal kpd nama kami, itu senang je, pegi ke Pej Tanah, kbtulan kawan hubby ADO, so amik tandatangan dia je..senang keja,lps ni tggu lawyer call plak pastu sedia la duit nk byr lawyer plak..hahha

Sbnrnya bila hubby dpt keja bru ni kami target dlm masa 10 thn ni kami nk beli rumah tp alhamdulillah rezeki ni dpt awl. Nk jadi cerita nye adik sy keja kat 1 sykt kontraktor merangkap pemaju perumahan, so dia bgtau ada 1 rmh lg kat kwsn Padang Midin yg blm terjual..kut2 nk beli dtg le opis..rmh semi-D 2 tingkat dgn harga RM185k, hmm pikir punya pikir dgn hubby mcm murah je..kwsn tu pun x jauh mana..rundung punya runding kami pun kira jadi lah beli tp dlm proses nk mndapatkan rmh tu Tuhan saje yg tau mcm2 dugaan..tp alhamdulillah rezeki tu milik kami..akhirnya 1.1.2010 pihak bank call bgtau loan dh lulus..lega kami dgr..so lps ni xde apa nk risau dh..nk letak cite dlm blog ni pun bnyk kali tnya hubby blh ke x..last2 sy tulis je utk tatapan saya di masa akn dtg, xde niat lain tp utk kepuasan saya semata2..

pandangan dpn, pagar dh hmpir siap, gate je blm..

ruang tamu bwh, tingkap dan cermin dah siap pasang

dapur tmpt sy masak nt..hehehe nako blm pasang lg. lantai dan pintu dapur dh siap, sink blm pasang

tandas kat bawah, tile dinding dh separuh siap

tangga dh pasang tile..pemegang je blm letak..

tangga dr atas, kwsan kat tangga tu luas jg, blh letak pasu bunga bsr ctu..

master bedroom-bilik kami le..bru siap cat tingkat separuh lg x pasang. beranda kat luar x siap lg..

ruang tamu atas..ok le utk letak sofa L kat cni + bantal2 besar utk lepak2 tgk tv..best!

Keseluruhan, kami berpuas hati.. walapun bukan rekaan kami tp dgn harga dan kwsan ni amat berbaloi buat kami..insyaallah pertengahan tahun ni blh kami tinggal cni... Itu lah kami berbaik sangka, walaupun blm dikurniakan rezeki utk hamil, tpi kami diberi rezeki ini..alhamdulillah syukur sgt..


tudung baru, beli dgn opismate..best!

Tuesday, January 5, 2010

Surprise birthday utk boss

Salam uolls,

3 Jan baru ni birthday bos kami~Hj rosli..bos yg palin sporting dlm dunia..hehehe so esoknya pd hari Ahad 4hb saya dan PA -farah plan nk wat surprise utk bos..pagi tu dh bgtau bos nk jmpa ptg ada hal penting..bukan apa takut dia kluar rosak le program...

beli brownies walnut ke apa ntah nama dia kat SR..best..

slow2 jln ke bilik bos..berat kek ni..

ala bos plak ckp telefon..tunggu kat luar jap..hehehe anne buat apa tu..kihkihkih

minah enteprem..

surprise...!! terkujat tn hj..

birthday boy..hehehe boy ke..dh 57 thn..hehehe x pe hensem lg bos..

1, 2, 3 fuuh!

bergambar kenangan ramai2..

Friday, January 1, 2010

Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010 :-)

Salam uolls,

Diam2 dh masuk 2010...sekejap sgt masa berlalu. Usia pula makin meningkat. Saya pun dh masuk 30-an dh thn 2010 ni..waaa x percaya plak. 2009 saya tinggalkan dgn wat surprise birthday party for hubby, birthday dia 31 december..hari last skali tiap2 thn. sejambak bunga dan sebiji kek coklat telah dihantar ke opis hubby dan menurut opismate dia, hubby mengalirkan airmata terharu..hmm katanya sepanjang hidup ni le ist time dia dpt surprise gtu..

Sepanjang 2009 bnyk perkara yg berlaku yg membuatkan hidup kami suami isteri berubah. Yg paling gembira adalah hubby dpt keja yg diidam selama ini, keja yg menjamin masa depan kami insyaallah. 2009 juga mmeberi seribu makna buat saya apabila dinaikkan pangkat w/pun pd mulanya saya x yakin dgn tanggungjawab dan amanah yg perlu dipikul seiring dgn penerimaan jawatan baru itu, tp skrg sudah boleh menyesuaikan diri..hmm happy pun iye, iyelah gaji pun naik jg..kihkihkih...

Yg paling kami x sangka akn berlaku dlm hidup kami adalah membeli aset utk hari tua. Mungkin ada yg dpt agak tp sy xmau reveal sbb bnyk bnda lg blm selesai. Smpai masa nya insyaallah sy akn maklumkan..

W/pun seribu kegembiraan berlaku, namun impian kami utk menimang cahaya mata masih blm diizinkan Allah. Tp kami akn tetap berusaha dan berikhtiar..Seiring itu, saya dan suami harus bersangka baik kerana mungkin Allah mahu kan kami lbh stabil sblm menjaga amanah-Nya..hmmm saya perlu kuat utk mnjwab segala persoalan yg sama dr org sekeliling.

2010 bakal menjanjikan seribu perasaan dan semoga kami dpt melalui semua itu dgn tabah dan rela hati. Saya doakan kawan2 blogger semua dpt melalui 2010 dgn gembiran dan Selamat Tahun Baru buat anda semua.