Tuesday, July 22, 2008

Dapat sandal baru...

Assalamualaikum...


Ptg kemarin hubby saya g ambik rebat keta RM625 tu kat pej.pos.. pastu dia jmpa dgn kawn dia si pazli dgn wife dia..pastu dia ajak dtg rumah..sblum tu saya dh call mak suruh buat mkanan skit, jemput2 ke ok jg...masa kat rumah tu duk borak punya borak..si pazli ni klakar jg..ckp banyak lah..sama mcm wife dia zie tu.. pastu lps dia balik tu saya rasa merdeka sgt sbb mlm xde tusyen..start semalam cuti minggu kelima smpai 24.7.08 ni..yahuuu bestnye..!! pastu lps maghrib tu hubby tnya harga sandal tu brp? saya pura2 x dengar padahal dengar..hahaha..last2 saya bgtau hubby harga dia RM59.90, sama mcm sandal dlu yg dia beli..pastu lps isyak hubby ajak g Bata kat Giant beli sandal tu..hehehehe..ada 2 kaler u all, saya xtau nk pilih yg mana 1, dua2 comei..last2 saya ambik wrna hitam lah, nmpak muda skit, wrna 1 lg tu krim, mungkin pucat n cpt nmpak buruk..lg pun sandal saya yg lama tu dh wrna sama mcm tu..



Otw g giant tu hubby suruh saya drive..hehehe dia kata saya nmpak happy dan excited..ngada2 plak..saya x kisah..hehehe..alah, bukan slalu saya mintak brg2 ni..jarang2 je..bila saya tau hubby ada duit saya bgtau lah apa yg saya nak..kalu x pun saya beli dgn duit sendiri..saya xnak susahkan hubby sbb kami bukan gaji beribu2 lemon sgt...kami berbelanja ikut kemampuan kami...


Dan pagi ni saya kluarkan sandal baru tu n pkai tunjuk kat mak, mak kata ok, cantik..hehehe (ada makna tu..) pastu saya tnya hubby nk pkai kasut ke nk pkai sandal baru?? dia ckp pakailah sandal baru, saya pun pkai stokin n terus pkai sandal baru..ok apa wak..cun tau kat kaki saya ni..

Saya ada ambik gmbr sandal tu tp kan, kamera si zeti tu kehabisan bateri, saya pun lupa nk beli bateri, so ari ni xleh nk donlod lg gmbar tu..lgpun kamera x bwk pun..nanti bila saya donlod nanti sya upload gambar tu ye..

Monday, July 21, 2008

Period pain...Adusss..

Assalamualaikum...

Kemarin saya period, awal 2 hari dr bulan lepas..kira normal lah..sedih jg sb saya nk hamil tp mungkin xde rezeki lagi..lagipun baru 2 bulan kami kawin..tp semalam saya kena period pain yg teruk..sakit giler..balik tusyen semalam saya nangis sbb sakit sgt, sblum ni kalu sakit pun saya x nangis, tp smalam sakit sangat..nasib baik hubby ada, dia tolong urut2 betis, alhamdulillah jd jg..hilang skit sakit perut tu..

Apa lg nk citer ek..??

oh ye, hari jumaat baru ni, saya n hubby ke ke kuantan..hubby nk ambik roadtax keta dia mati 18.7.08 baru ni..nanti dpt tebus rebat tu..huhuhu..best tu..hubby kata nk belanja rasaMas tp saya pikir2 saya nk sandal yg baru kluar kat Bata Giant (RM 59.90), comei tau..lagipun selesa sgt masa saya test pakai tu..kalu x pun, dpt gaji ni saya smbar lah, lmbat kut tunggu hubby g ambik rebat tu..dia kata duit rebat tu nk pkai utk raya..hehehhe..blh bodek baju raya nanti..hihihihi...ckp psl raya ni saya ingt thn ni baju raya utama wrna gold..sbb sama dgn baju melayu hubby yg buat masa majlis sambut menantu umah dia ari tu..nk beli sutera lah, blh tgk atas pasar payang nanti..apa2 hal pun nanti saya put the pics kalu ada ek..hehehe

gambor ni sajorks yg smpat saya snap..batery kong !!

Thursday, July 17, 2008

...:: Alahai bibir Datuk Siti::....



Assalamualaikum...



Tadi 10.30 boss kluar nk bersiap2 g kenyir..so saya pun turun tingkat 9 balik dlm kul 11...pastu teman hubby g mkn kat kantin jap, dia lapar..dia mkn kuih 3 keping dan saya plak, xde lah lapar sgt, tp mcm sedap je tgk laksa kuah putih tu..si saya pun mkn lah laksa semangkuk...hahaha..pas mkn naik atas bali..sembang2 dgn diha, dia kata nanti nk g GIANT..aku ckp lah nk ikut, pastu saya bgtau hubby nk g GIANT dgn diha, saya suruh dia rehat dgn budak2 laki lah...lagipun semua bos xde..kitorang joli katak lah..hahaha...hajatnya nk beli kapas muka kat giant, pastu jalan pnya jalan dgn zeti kat bhgian beauties tu adalah beberapa barang yg saya berkenan..nak tau apa dia..??

1) Kapas muka GIANT (yg bulat2 tu) ~ RM 1.69 ( aku beli 2)
2) Travel kit berus gigi & ubat gigi Raiya + bekas ~ RM 3.79

3) Petroleum jelly + olive oil (lupa jenama tp bukan jenama vaseline, ni saya ikut zeti beli sbb dia kata elok letak kat kaki ) ~ RM 3.00 ++

4) Sikat hiasan utk letak atas kepala tu..~ RM2.99


* Total semua skali RM13.75 je..masa tu dlm purse saya ada RM 18 je..hahaha lps mkn RasaMAs lah..makan lagi! bnyak tol mkn hari ni...hahahaha...pastu sampai ofos dlm kul 2.30..kat tadc xde org pun kat bahagian depan..hahaha..joli tol faz xde...oh lupa nk bgtau, td kitorang g naik keta baru dha, MyVi hitam TAS 4343, best lah keta baru..bau kedai lg...hahahaha...
Smpai opis saya naik tingkat 14 jap pastu turun tingkat 10 g solat jap..pastu naik duk 14 balik coz hari ni smpai kul 3.30 je kalu ikut pmint..pastu saya rasa nk buka murai.com.my sebb slalu sgt dengar iklan kat radio..Selalunya hari2 bila balik kerja saya slalu pasang radio dlm keta..Radio yg saya paling suka :-

1) Hot Fm ~ lebih hangat drpd biasa
2) X-Fresh Fm ~ kami tak hot, kami cool

3) suria Fm ~Hidup pasti rancak

Rupa2nya psl dunia hiburan, pastu ada 1 berita yg menarik minat saya iaitu psl Datuk Siti. Katanya Siti cucuk bibir nk suruh tebal sbb nmpak berbeza dgn bibir dlu..ek ? ye ke..? tp kalu tgk betul2 rasanya cara dia pkai lipstik tu..sbb saya pnh baca, teknik pakai lipstik nk suruh bibir nmpk tebal dan menonjol...



Sian dato Siti kan...?? hehehhe huhuhu...

Debat Anwar & Shabery..



Assalamualaikum...

Saya sebenarnya lupa nk komen psl debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dgn Datuk Shabery Cheek..Saya tgk mlm tu tp tgk2 gtu lah.. x ambik perhatian sgt..aku sbnrnya kurang minat dgn perkara-perkara yang berasaskan politik ni..tp sbb debat ni mmg dpt perhatian semua so saya ikut jg perkembangan bukan smpai x ikut lagsung..cuma kdg2 tu malas nk komen...tp oleh kerana hubby saya ni seorang yg minat dlm politik, maka saya pun kena lah tau jg skit2..bukan apa sbb dia slalu tanya hal2 yang berkaitan dgn dunia politik ni...jdi utk tidak menampakkan diri saya zero info psl dunia politik, maka kena lah saya ambik tahu sedikit sebanyak...Daripada perdebatan tu ramai yang kata Anwar menang sbb beliau banyak memberi fakta siap dgn figure skali...Shabery plak banyak wat serangan peribadi sebb nk memalukan Anwar lah kununye..hehehe..tp bila wartawan interview dia x mengaku plak wat serangan peribadi tu..dh terang lagi bersuluh org dengar...tp kan, aku rasa masa yg diperuntukkan sejam tu sekejap sgt, x sempat nk soal banyak2..dgr kata Najib nk buat perdebatan terbuka nanti...hmm..kita tunggu dan lihat je las...

HIdangan Hotel 5 Bintang - Halal @ Haram..??

Assalamualaikum..

Pagi td saya rasa nak buka blog Dr. Azwan... http://www.drazwan.blogspot.com- best blog ni..ida kepuk yg bagi psl ada 1 ruangan dia psl soal jawab perkahwinan..saya nk cari tp x jmpa td sbb nk suruh hubby tgk..tp last2 saya bg je blog dia yg ada komen2 psl dunia politik ni..nanti saya jmpa blog dia yg satu lagi saya pass kat hubby saya..pastu td saya terbaca info psl mkanan di hotel2 5 bintang..rupanya sebilangan besar hotel 5 bintang di malaysia ni menyajikan makanan yg TIDAK HALAL..!! Oh..mcm mana tu..? So saya copy and paste kan artikel yg ada dlm blog dr azwan tu utk tatapan sesapa yg baca blog saya las......


**********************************************


Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

Wednesday, July 16, 2008

List kerja utk hari ini..

Assalamualaikum....

Oleh kerana ptg semalam bos ke Cherating utk kursus selama 3 hari, maka hari ni saya turun tingkat 9 lah..tp kena naik sekali sekala sbb nk tgk surat2 yg di hantar..kut2 ada lah...Dari semalam lagi Faz suruh aku siapkan media release sempena lawatan MB ke Sg. Como esok..dan saya dh siapkan semua, isi kandungan, cover dan siap print lg..aku cuma suruh hazeli buat 40 copy dan dia dgn sopi duk bind benda tu..pastu td Faz panggil saya masuk bilik dia n dia bagi list keja baru...2 je tp banyak yg nk kena buat..

1) Siapkan power point utk pembentangan Mesyuarat Pemantauan Pelaburan Syarikat Anak (TADC) - saya dh ada report mingguan yg selalu saya buat tp dia nk dlm bentuk power point and info yg terkini..! saya kena cari sorang2 lah respective person utk setiap projek..

2) Power point utk pembentangan anak2 syarikat TADC - dia kata tunggu yg (1) siap dia akan bgtau balik apa yg perlu saya lakukan..banyak lah kerja lps ni..xleh saya nk curi2 main game..hahahaha

* Faz jgn marah ye...

Yati dapat baby girl...!!

Assalamualaikum... Pagi td saya terjaga kul 5.36 pagi tgk hset ada sms dari yati.. "yati dh slmt lahir baby girl kul 6.50 dgn berat 2.65 kg".. sms tu di hantar kul 00:01 mknanya dia bersalin kul 6.50 ptg kemarin lah..alhamdulillah selamat..bahagianya yati dh dpt baby..mesti comel baby dia..saya x sabar nk g tengok tp yati kata baby x leh kluar lg kena tahan dlu..nanti dia berpantang kat putrajaya sbb family dia duk sana..smpai ofis saya terus bgtau kat smua yg yati dh dpt baby..masing2 ceria je dengar..tumpang gembira lah..bestntya yati dh ada baby..dia kawen x smpai lg setahun..31.8.2008 ni baru genap setahun..kiranya lps kawen terus lekat lah..

Yati masa malam akad nikah, cun giler..

Posing maut atas katil sebelum akad..

Me, Yati & Fiza- muka saya gelap coz sunburn latihan perbarisan..

Ambik berkat atas pelamin...

Tuesday, July 15, 2008

Bariisss !! Sedia..!!

Assalamualaikum...

Pagi td kul 8.30 ada taklimat utk peserta perbarisan hari kebangsaan dan tahun ni nama saya terpilih lagi..Pengurus tahun ni dh bertukar org iaitu Haji Wan Yusof bagi menggantikan En. Azmal yang tak dapat nk berikan komitmen..Tahun ni perbarisan akan diadakan di Kemaman..sebab apa kat Kemaman ? Mungkin sebab MB org Kemaman kut..dan mungkin juga nak berubah angin..ok jg sekali sekala tukar tempat..lepas habis taklimat tu saya g jumpa Fazrul jap n dia kata dia akan keluarkan surat kpd pengurusan PMINT bahawa saya x kan sertai perbarisan tahun ni cos saya jaga En. Adnan.. saya x kisah, kalu masuk pun ok, x masuk pun ok..Cuma saya harap saya dpt pregant las..seronok berbaris ni tapi muka jd hitam lah, tu je..lagipun tahun ni wat jauh skit dari biasa tu yg syok skit..Ikutkan saya x nak masuk sbb saya nk hamil tp setakat ni xde tanda2 lagi...kalu dalam masa ni ada tanda2 hamil saya tarik diri lah tp bila Faz dah kata mcm tu saya ikut je lah..


Juara kali ke 2 berturut2..!!


Juara Badan Berkanun 2007 -PMINT

Monday, July 14, 2008

~::..Rahsia Mata Lelaki..::~

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan
kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita itu dapat memikat hati
lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan
syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah
dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut
perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah
simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang
nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan
boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal
nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara
pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib
menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk
lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup
lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah
menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun
lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak
ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula
akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan
pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu
memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu
akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki
bercakap,
walau muslimah itu bertudung & berbaju
labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara
spontan,
entah tak tahu Kenapa....?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk
kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata
lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan
kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan
sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke
atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita
itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk
tangannya yang indah pada pandangan
lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi
jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap
dengan sponta,
jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang,
apatah lagi jika ianya berada pada
perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua
ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah
selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing-masing,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar
langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup
aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah
pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat
celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang
memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin
muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik
untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang
paling sukar untuk dijaga...

"Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri
sendiri..
sebelum mencintai Allah!"