Sunday, February 19, 2017

Cuti-cuti Perth Part 5

DAY 5 : 18 APRIL 2016

Good morning Perth.

Kami checkout pukul 7 am pagi ni. Planning hari ini kami akan ke The Pinnacles Desert di Nambung National Park sejauh 200 km dari Perth ( 2 jam). Untuk trip kali ni saya pulak drive. Kat Malaysia pun dah lama tak drive jauh-jauh macam ni hahaha. Sebelum gerak tu elok lah bawak bekal siap-siap, kami terlupa plak nak bawak bekal. Sarapan pun tak lagi, hanya makan epal dan coklat je hahaha roti dah habis. Jalan ke Pinnacles ni terus je. Highway nya lain pulak dengan highway nak ke Albany tu. Sini takde hutan tapi tanah landai dan semak-semak rendah kiri kanan jalan. Terasa sangat jauh dan jalan seolah tak berpenghujung. Tapi dah planning mana boleh cancel. The Pinnacles ni letaknya di Utara Perth. Ada satu lagi tempat yang akan kami singgah otw balik nanti.

Sampai di The Pinnacles dekat nak pukul 11 pagi. Kami bajet dalam setengah jam je di sini. Entrance fee Aud 11 untuk 1 kereta. Kawasan ni sangat luas dan aku rasa takde kat mana-mana. Macam magic  plak tempat ni sebab memang tak pernah tengok tempat macam ni. Kereta boleh parking kat luar ataupun kat dalam. Boleh ikut laluan kereta yg ditandakan dengan batu-batu. Pemandangan sangat cantik dan menakjubkan.


Ini lah rupanya perjalanan kami. Bosan sangat. Tapi cekalkan hati. Hahahaha. Kat sini pun kena ikut rules ye. Patrol car kadang namapak meronda jugak




Ok dah sampai. Maafkan kejakunan kami hahahaha.




 Dalam pukul 12 macam tu kami gerak balik dan dalam perjalanan balik ke Perth kami akan singgah ke satu lagi tempat tarikan iaitu Lancelin Sand Dunes. Apa tempat ni? Lancelin Sand Dunes ni tempat main sand boarding uolls. Ok nanti kita tengok gambar.

Lancelin ni terletak 1 jam dari Pinnacles iaitu jalan menghala balik ke Perth. Maknanya kalau planning ke utara Perth ni elok ke tempat yang jauh dulu iaitu the Pinnacles dan otw balik tu singgah lah di Lancelin.

Dari jalan besar kena masuk simpang ke kanan. Rupanya dalam ni ada penempatan. Perumahan pun banyak. Dari luar nampak macam tak de apa. Sebelum main sandboarding kena sewa board dulu. Kami dah cari siap-siap sebelum datang kedai mana yg sewa board dgn harga murah.





Ini lah rupanya sand dunes tu. Seluas mata memandang. Pasir nye halussss sangat tak macam pasir pantai tu. Halus, lembut dan sejuk. Cuaca masa tu agak mendung dan hujan rintik sekejap. Masa hujan tu kami makan tortila+tuna mayonis+sambal ikan bilis. Sedap sungguh dgn perut lapar hahahaha. Tirtilla kami beli kat kedai yg sewa board tu. Baca ingredient siap-siap dan yakin,



Ini kedai yg kami sewa board tu. Lucky 7 ni tepi jalan je. Ada lagi satu tempat sewa kalau tak silap dekat petrol station tapi mahal skit. Sewa kat sini Aud 10 untuk 2 jam. Deposit Aud50. Kami sewa 1 board je dan kongsi. Pakailah glasses ye sebab risau ada angin nanti pasir masuk mata. PAsirnya sangat halus dan lembut. Angin  tiup cepatla terbang nya. Masa kami sampai tu angin tak berapa nak ad sebab mendung kut. View sangat cantik dan luas sangat. Penat mokcik panjat pasir hahaha. Kami tak lama sini sebab hujan dah mula rintik-rintik. Masa nak balik nampak sekumpulan Malaysian baru sampai. Sembang punya sembang rupanya student UIA.

Ok selesai main pasir, so kmi gerak balik ke Perth. Kali ni dah penat sangat so mintak geng laki drive. Harap-harap takde apa sebab kami tak submit lesen dorang.


 bengkak nye mata hahahaha

Kemudian kami gerak balik ke Perth. Cadangnya nak terus ke rumah kawan aku yg memang menetap di sini. Kawan mengait kenal dari FB hahaha. Dia kawen dgn Melayu Perth dan sudah 13 tahun menetap di sini. Wassap punya wassap Ummu bagitau suaminya pelawa kami bermalam di rumahnya sebab untuk malam ni kami bajet lepak kat airport je sebab flight esok pada pukul 6.50 am. Oleh yg demikian kami pun berbesar hati memenuhi  jemputan. Ummu bagitau suaminya nak buat bbq.

Sebelum ke rumah Ummu kami plan nak shopping corelle hahhah. Ok sebenanrnya tak planning pun tapi since ramai yg kata murah sangat so meh kita sambar sorang satu hahaha. Tanya Ummu kat mana nak beli dan dia bagitau try p shopping mall Big W dekat Cockburn Central. Sampai je di Big W kami terus cari bahagian jual pinggan mangkuk. Big W ni macam Aeon la. Kami tak buang masa sebab dah hampir petang sangat. Sempat la beli benang barang seketul dua hahahaha


Aku beli 1 je. Beli yang design bulat. Harga Aud 59. Set 6 pcs. Kalau convert dalam RM 188. Murah kan. Kalau yg design 4 segi tu Aud89. Ambik yg bulat je. Sampai hari ni pinggan tu masih dalam kotak hahaha.






Ni je benang yg aku beli. Takleh beli banyak-banyak pasal tak muat bag nanti hahaha. Kena tahan nafsu weiii.

Ok selesai membeli kami pun gerak ke rumah Ummu yg letaknya tak jauh sangat dalam 30 minit dari Big W ni. Dia bagi alamat dan kami google maps je. Alhamdulillah sampai tanpa sesat.

Sampai je suami Ummu dh siap-siap bakar kambing kat luar. Kami mandi dan solat dulu memandangkan dah hampir maghrib. Kemudian kami dijamu dengan makanan yg super sedap. Dah la perut lapar memang terbaik . Masa kat Malaysia aku tak makan kambing. Bukan tak pernah makan, selalu rasa tapi semua berbau hamis pada tekakku. Tapi kat sini kami dihidangkan dengan menu kambing. Rupanya sedap dan takde rasa kambing.






Suami Ummu bagitau mereka gunakan daging anak biri-biri. Kalau di Malaysia kit abiasa guna kambing yg dewasa kan sebab tu ada bau. Makan dah kenyang apa semua kami kemas kan kereta sewa kejap. Buang sampah dan pasir-pasir sebab esok nak hantar. 

Kemudian kemas-kemas barang-barang yg dibeli. Nasib baiklah Ummu pelawa kami tidur rumah dia, dapatlah kami kemas barang tu elok-elok. Dia siap bagi beg besar dengan tape semua hahaha.  Takleh bayang kalau kami tidur kat airport camne nak bawak balik barang tu. Bag memnag takleh sumbat semua sebab dah penuh dgn baju kami. Corelle aku pegang kat tangan je bawak naik atas. Ada cerita disebalik bagasi kami ni. Plan asal memang tak shopping dan kami pun tak  beli la bagasi. Sekali sampai sini itu cantik, ini best hahaha memborong tak ingat dunia. So mintak tolong sorang kawan di Malaysia untuk online guna account Air Asia Umie dan beli bagasi. Nasib baik lepas cuma mahal skit tapi kami kongsi 4. Kami tawakal je supaya beg tak lebih 20 kg.

Alhamdulilah selesai bab kemas barang. Kemudian keluar sembang-sembang dengan Ummu. Tak leh sembang lama sebb hari pun dah lewat. Esok nak bangun awal. Pukul 4 am kami akan gerak ke airport.

Sekian cerita untuk hari ini. Terima kasih yang tak terhingga buat Ummu dan suami yg melayan kami dengan baik sekali. Lepas ni insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi. 

Bersambung ni next entry utk last day di Perth.

0 cuit-cuit:

Post a Comment