Sunday, February 19, 2017

Cuti-cuti Perth Part 3

DAY 3 - 16 APRIL 2016

Good Morning Albany.

Hari ni check out pukul 7 am. Kita akan ke Farmer's Market atau pasar tani. Ada lagi satu Fisherman's Market tapi buka hari Ahad. Hari ni hari Sabtu. Farmer's Market ni kecik je tapi boleh lah setakat cuci mata. Aku beli strawberi organik dan madu untuk bawak balik ke ayah. Strawbery tu murah sungguh. AUD3 se peket. Beli dua dapat AUD 5. PB dan hilmi beli cofee. Kebanyakan sini jual sayur-sayuran segar dan makanan pun ada dalam food truck tu tapi tak banyak. Ulam-ulaman pun ada.

Pagi yg sejuk. Selepas selesai di Farmer's Market tu, kami makan dulu dalam kereta sebelum gerak. Macam biasa, makan roti , croissant dgn tuna dan sambal bilis hahahaha. Nak cari nasi lemak takde weh hahaha.





Daun kesum pun ada. Pokok laksa ok hahaha


Anjing takleh masuk duk luar je. Heheh comel je depa main 3 ekoq





Hujung tu laut ye


Perjalanan diteruskan sejauh lebih kurang 350 km ke Augusta. Dalam perjalanan tu kami akan stop by kat mana-mana pekan untuk tengok apa yang menarik kat kawasan tu. Tempat pertama adalah di Mt. Adelaide.


Di sini ada muzium sejarah iaitu National Anzac Centre. Entrance fee Aud 17 tapi kami tak masuk sekadar singgah tengok kawasan. Kat luar muzium tu pun ada alatan perang ; meriam, torpedo, kereta kebal. Boleh lah setakat nak bergambar. Kat luar tu juga depa buat macam pameran di mana sekumpulan veteran perang (rasanya lah) berpakaian seperti tentera dan nurse masa Perang Dunia Pertama. Dorang akan bercerita sejarah perang kawasan ni. aku dengar-dengar gitu je. Pb yg minat sejarah duk bersembang tak ingat dunia dgn sorang pakcik askar tu.





ini singgah sekejap di Desert Mounted Corps Memorial. Kuburan uolls hahhaa singgah je hahhaa.

Perjalanan diteruskan dan laluan kami akan sampai ke Denmark. Jangan salah faham, bukan negara Denmark tu ye hehe, aku pun confuse itu hari. Takkan dah sampai sempadan Denmark hahahha. Ksmi nampak signboard Denmark Chocolate Factory so kami decide untuk masuk tengok. Dia macam sebiji rumah ada taman bunga yg sangat luas dan cantik. Nama je factory tapi bukan kilang pun sebenanrnya. Masuk je sebab free je, kemudian ada free tasting. Kami tanya dulu ada bahan-bahan terlarang ke tak, Dan petugas tu asing kan siap-siap untuk kami yg free liquor. PB dan Hilmi nak try choc drink so dia bagi segelas susu panas dan pilihan chocolates yg kita nak. Nanti masukkan choc tu ke dalam susu panas tu dan kacau. Harga Aud 9.50 heheh jgn convert ye. Pay for culture hahhaa.



Selain coklat depa jug ajual sos, jem dan macam-macam lagi.









Setiap satu jenis coklat ada 4 biji maknanya semua dapat rasa. Sedap weh hahaha

Ok selesai dengan coklat, kami teruskan perjalaIan dan kami jumpa Info Centre di sebuah pekan kecik bernama Walpole. Rupanya ada beberapa pantai di sini dan juga the famous Giant Tingle Tree. Apa kebenda Giant Tingle Tree tu? OK kejap lagi korang tengok. Kami ke pantai dulu iaitu Coalmine Beach. Menariknya pantai nya macam tasik.





 Tak macam pantai kan. Tak tau la kut ni memang tasik tapi depa panggil nama pantai.


Nak mencari Tingle Tree ni satu hal jugak. Memang masuk hutan la tapi ada la trek laluan untuk kereta tu. Alang-alang dah sampai kan.


Ni laa rupanya Giant Tingle Tree tu. Hutan ni sebenarnya dipenuhi dengan pokok Tingle. Dan ada beberapa yg sangat tua dan tinggi tu jadi Giant Tingle Tree. Kami tak lama di sini sebab hari dah beransur petang. Harus teruskan perjalanan yg masih berbaki 200 km untuk sampai ke hotel kami di Augusta. Perjalanan yang sangat mencabar mental hahaha. Max boleh bawak 110km sahaja walaupun highway nye dalam hutan pokok kiri kanan. Tak nampak celah mana kamera atau polis. Tapi sebab ke'skima'an kami dan gps asyik bunyi kalau lebih maka drive la kami dengan berhati-hati. Hari ni Umie drive.




Jumpa juga pekan-pekan lain seperti Pemberton. Tapi lalu je lah sebab hari nak gelap dah.


Ni rupanya highway huhuhu. Ko rasa ?? Kami kena keluar dari highway dalam hutan ni sebelum gelap uolls. Dah lah takde kereta berselisih. ada la satu dua tapi banyak takde hahaha. Lagi satu kami tak berani nak pecut sebab risau terserempak dengan kanggaru yg tetiba melompat ke tengah jalan. 



Oleh kerana kami banyak sangat stop by dalam perjalanan tu kami tiba di hotel hari dah malam lebih kurang 7pm. Memang dah gelap sangat. Lega masa dah kuar dr hutan tu. Walaupun nak ke hotel tu jauh lagi tapi at least takd hutan kiri kanan. Nampak rumah, ladang dah lega sangat. Kami hanya berpandukan GPS semata-mata. Hotel kami kali ni namanya Baywatch Manor Augusta. Booking melalui booking.com.

Hotel yg cantik. Sampai je owner dia tanya kami dari mana. Bila kami cakap dari Malaysia terus dia ucap 'Selamat Petang, selamat malam'. Rupanya abag ipar dia chinese dari KL. Konsep hotel ni ala-ala Bali. Cantik dan bersih. Harga asal masa booking AUD 180, sodek punya bodek dia bagi diskaun sebanyak AUD20 so jadilah harga AUD160. Owner nya ramah sangat. Kami ambik 1 bilik  yg 4 org. Masa nk check in tu mintak tukar ke 2 bilik tapi xde. Takpelah satu bilik pon. Tido pakai tudung la malam ni hahhaa. Ok bilik cantik, luas dan 1 katil double decker dan 1 katil queen. Geng laki ambik double decker dan nasib baik jauh skit dr katil kami dan posisi memang tak nampak kalau kami tidur. Siap manid, solat semua, aku, PB dan Hilmi kuar nk cari makanan. Umie lepak bilik.  Rata-rata kedai memang dah tutup tapi ada 1 kedai fish and chip yg masih buka. 





Macam biasa bathroom kat luar. Tapi cantik sangat. Selesai makan semua, kita tido lah. Penat uolls. esok nak teruakan perjalanan ke Busselton pula. Kita kroh kroh kroh dulu ye.

To be continued......

0 cuit-cuit:

Post a Comment