Tuesday, February 14, 2017

Cuti-cuti Perth - Part 2

DAY 2 : 15 APRIL 2016 

Check out dari hotel seawal 6.30 pagi. Kami just drop kunci dekat kaunter sebab awal pagi takde receptionist. Tapi semalam tu kami dah booking untuk hari Rabu nanti (sehari sebelum balik). Harini kami akan ke Albany iaitu di South Perth yg jaraknya lebiih kurang 420 km. Kami sarapan roti + tuna mayonis+ sambal ikan bilis kering je hahaha. Tak berkira sangat asal kenyang. Kami memang tak plan untuk masak sebab Perth senang sangat nak cari makanan halal dn jugak sebab nak jimat masa.

Hari ni aku drive sebabnya masa booking haritu geng laki punya lesen masih yg laminate tu. hmmmmm geram pulak kita. So aku dgn Umie akan drive sepanjang kami di Perth ni. Driving kat Perth ni memang kena ikut peraturan signboard tau. Jangan nak memandai ko drive macam kat Malaysia. Sepanjang jalan ada sigboard halaju, korang follow je. Kalu 40km/h ko bawak je 40 jgn nak bawak 60. Kamera merata ok. Rilex je drive sebab semua ikut rules takde nye ko nak overtake ke bunyi hon semua takde. Ko bawak Ferarri ke Kancil ke semua sama je. Memang aman betul hahaha.



Sepanjang jalan ke Albany adalah melalui freeway maknanya takde tol ok hahahha. Dalam perjalanan ada satu tempat macam R&R namanya Threeways Travern. Ada petrol pump, cafe, tandas. Kitotang berenti kejap nak pi tandas. Tandas bersih ok cuma takde paip hahahaha. Korang standby la botol air ataupon wet tissue.




Sepanjang perjalanan view kiri kanan adalah ladang yang saujana mata memandang. Ada ladang anggur, ladang biri-biri, ladang epal. 

Dalam perjalanan ni tak banyak tempat rehat macam R&R kita. So kalau sebelum gerak tu bekal lah makanan ke apa siap-siap ye. Minyak pun isi penuh siap-siap sebab jangan harap la kejap-kejap jumpa petrol pump ye. Masa dapat kereta minyak dah ada separuh,so kami isi penuh dalam Aud30. Minyak dalam bandar lagi murah dari luar bandar dan harga adalah berbeza antara setiap petrol station. Ada je petrol station dalam perjalanan ke Albany tu, masa kami duk baca-baca pasal pengalaman orang, ramai yg suggest suruh isi je setiap kali jumpa station. Tapi kami tak isi pun sebab meter tunjuk minyak yg ada memang lebih dari cukup untuk sampai ke Albany.

Tengah sedap drive terasa nak ke tandas. Bukan aku hahahah. ok nasib baik jumpa 1 tandas ni tapi syaratnya hanya untuk pelanggan kedai sahaja. OK mula-mula kami masuk kedai tu dan tanya nak guna tandas. Pastu waiter dia tanya nanti nak datang sini balik ke? Of course la kami cakap yes kan. Ok sementara sorang tu p tandas, kami pusing-pusing dalam kedai dan order hot chocolot dan hazelnut coffee. Harga Aud 7 (gulp) telan ayaq liyuq jap hahaha tapi terpaksa beli sebab nak guna tandas kan. Dan pada masa yang sama boleh segarkan mata, cuaca masa tu sejuk hujan rintik-rintik.

Kedai ni namanya Witches Market and Cafe. Depa jual barang-barang barudan terpakai yg berkaitan dgn witches ni hhahahaha. Orang putih suka la benda-benda macam ni kan depa sambut haloween boleh mai kedqi ni beli barang hahaha. Ok la tengok gambar dalam kedai hahaha.




Pakai baju kurung ok hahahha Umie punya idea lah ni hahah tapi syok la sebab tak panas.

Perjalanan diteruskan lagi. Perth ni banyak sangat dia punya National Park. Kami singgah di Porongurup National Park sebab nampak signboard. Kalau tak silap di sini ada Castle Rock. Memang cantik tengok dalam google hahha. Hajatnya nak tengok depan mata. Sampai sana tengok banyak caravan dan kereta dah parking. Tanya orang kat situ rupanya kena hiking. 1 jam naik dan 1 jam turun. Gila kau pakai baju kurung dengan flatshoes nak hiking hahahaha. So tak jadi la. Kami stop untuk makan saje. Makan pun roti/croissant dgn sambal bilis dan tuna je hahha. Sedap weh kalau dah lapar. Jumpa sorang uncle dari Sarawak. Dia tgk pakai baju kurung terus dia cakap melayu hahaha.

Ok kita sambung perjalanan ke Albany. Sebelum sampai Albany kami lalui banyak jugak pekan/bandar kecil. Kalau nak isi minyak boleh je tapi memandangkan minyak memang cukup untuk sampai Albany kami decide isi kat Albany je nanti. Kalau dikirakan kawasan belah2 sini (South Perth) ni macam kawasan kampung. Bandar kecik je tak macam Perth tapi rileks dan tenang je.

Kami sampai di Albany dalam tengahari pukul 12 lebih macam tu. Cuaca sejuk nyaman sangat. Mula-mula cari Info Centre dulu. Setiap pekan/bandar yang kami jumpa kami akan cari Info Centre. Nak tau apa yg menarik kat kawasan tu. Albany adalah bandar perikanan. Sangat cantik dan lebih sejuk dari Perth sebab memang betul-betul tepi laut dan ada pelabuhan. Pakai sweater ok kalau tahan sejuk xpelah hahaha. Kemudian dari bandar Albany kami menuju ke Albany Wind Farm iaitu tempat kincir angin gergasi. Memang besar dan taktau nak kata apa. First time aku tengok kincir angin sebesar tu. Banyak pulak tu.



Yg putih-putih tu rumah la tu. Kami punya hotel kat area situ jugak. Jatuh cinta beb dengan Albany. Dan dan rasa nak pindah Albany. Tenang sangat.

Sejuk ni tapi control hahaha. Ni kat depan Info Centre. Belakang tu University of Western Australia (UWA). UWA ni ada juga 1 lagi kat area Perth kalau tak silap.




Besar giler kincir angin ni. Kagum jap

Dari Wind Farm ni kami jalan kaki adatrek untuk menuju ke pantai. Pantai kena turun bawah. Kami tengok je la sebab sejuk dan nak pergi tempat lain. Pantai dia biru dan sangat cantik.




Daripada Wind Farm ni kami gerak ke The Gap and Natural Bridge. Tempat wajib pegi ok. Berbaloi drive jauh bila sampai sini. Sesuatu yang takkan kita jumpa kat tempat lain. Free admission tapi kalau tak silap sekarang ni dah ada bayaran. Berapa tu aku tak pasti sebab masa kami pegi hari tu free je. Tempat ni masa kami sampai baru je buka 2 minggu kalau tak silap selepas ditutup selama dua tahun untuk renovation. Jaket/ sweater wajib pakai ok sejuk menggigil. angin laut tu kuat gile. Betul-betul hujung laut.







Nilah dia punya natural bridge tu. Kat atas tu jambatan besi yg mengunjur ke depan. Bawah jambatan tu la the bridge ni. Kalau duk atas seriau juga pasal laut dan batu kat bawah tu hahaha tapi serious memang berbaloi dan unik. Ramai sangat orang kat sini. Orang2 situ pun pegi. Mungkin sebab baru buka semula kut.

Selesai semua kami balik semula ke pekan Albany dan check in hotel. Hotel kami bernama Six Degrees Hotel (nama lama George On The Terrace). Hotel cantik dan bersih walaupun hotel bagpackers. Kat sebelah pun ada beberapa lago hotel bagpackers. Hotel ni ada pub kat bawah. Bising weh. Kalau bawak anak kecik atau mak ayah memang tak sesuai. Kami tak tau plak ada pub ni. Tapi lena je tido  hahaha. Bilik air sharing  tapi jangan risau ok sangat cuma kena keluar bilik la. Ada pantry semua. HOTEL : AUD 133/ 2 rooms


Lepas solat kami rehat jap dan makan megi cup dan minum air nescafe panas. perghh nikmat dunia hahahaa. Pukul 6 dah gelap gelita dah. Kami decide untuk jalan-jalan sekitar Albany ni cari makan apa yang ada. Jumpa la restoren halal. Turkish Kebab Bakery. Banyak jugak menu tapi sebab sampai dekat pkul 8 dah depan tutup pukul 9. Nasi dah habis so makan kebab saje. Portion makanan kat sini sangat besar ok. Kami share je sebab tadi dah melantak megi hahaha.


Pukul 6 pm. Baru lepas Maghrib








Kebab kambing kalau tak silap. Sedap la jugak.


Kedai-kedai memang dah tutup puku 6 pm. So malam ni takde apa sangat la. Orang pun tak ramai yang kuar. Kitorang lepas makan terus balik risau jugak takut jumpa orang mabuk berkeliaran. Dinasihatkan kalau nak jalan malam-malam elok jalan ramai-ramai dan berhati-hati sebab kat Perth sendiri pun ada yg mabuk-mabuk. Walaupun Perth di kategorikan antara bandar yang selamat tapi langkah berjaga-jaga kena ada ye.

Ok dah habis hari kedua di Albany. Balik bilik kroh kroh kroh . Bersambung di post seterusnya :)


0 cuit-cuit:

Post a Comment