Monday, February 13, 2017

Cuti-cuti Perth Part 1

Assalamualaikum wbt.

Alkisahnya bulan 10 atau 11 tahun lepas (2015)  bff aku si Umie ada tanya nak gi Perth tak? Masa tu Air Asia tengah sale. Harga return KL-Perth RM 650. Aku tanya PB nak gi tak. Eh alih-alih dia kata ok. apa lagi terus kan la niat suci murni tu.Tarikh nak pegi nya bulan April 2016 to be exact 14-19 April 2016.

Excited toksah cakap lah. Nak pegi oversea katakannn hahahah. Ni je la yg mampu. Nak pegi London, Amsterdam dalam mimpi lagi kut hahahah. Ok aku akan catatkan perjalanan dan perbelanjaan sedikit sebanyak yg aku ingat hahha maklumlah dah mereput baru nak upload hahahaa. Kitorang pergi berempat. Aku dan PB, Umie dan Hilmi (anak sedara PB). 2 lelaki 2 perempuan.

13/4/2016 (Rabu)
Flight kami (aku, PB dan Umie) dari KT -KLIA2 ( RM 23 return). Hilmi memang duk di KL jadi jumpa dia kat airport nanti.

Flight pagi. Manakala flight ke Perth tengah malam. Hahhaa maka mereputlah kat Klia2 hahaha. Ok la kitorang lepak kat area menunggu tu. Aku takleh nak tido sangat. Baca novel pon xde mood tp paksa pejam mata.

DAY 1
14/4/2016 (Khamis 12.05 - 05.35)
Klia2 - Perth International Airport : RM650 tiket + RM50 insurans + RM50 meal = RM 730)

Flight asal kami sepatutnya hari ini tapi AA retime ke petang tapi kami mintak tukar ke waktu ini so jimat masa dan kami berempat satu flight. Asalnya Umie sampai dulu.

Yg ni tido je lah dlm flight. Area Seat aku dgn PB banyak kosong so kami bantai tido 1 line sorang hahaha. Tapi sebelum tido tu makan dulu. Makanan dah order awal2 dulu tapi ok la jugak xde la lapar sgt sbb mmg x mkn start malam kat airport.

Dalam flight, cabin crew akan bagi sekeping kad iaitu declaration card. korang tick je apa-apa makanan atau apa-apa la yang korang bawak. Jangan tipu tau nanti tak pasal kena denda. Kalau depa tanya nanti bagitau je bawak apa jangan tipu. KAmi bawak sambal bilis, pack kecik-kecik, milo 3 in 1, nescafe 3 in 1, tuna mayonis dalam tin. Semua lepas. Panadol dengan air garam pon bawak. Kalau korang memang kena bawak ubatan yg doc bagi make sure dapatkan surat dari doc siap2 senang nanti tunjuk je incase depa nak cek.

Sampai di airport, ramai sgt chinese beratur sekali sementara nak sampai imigresen tu. Kemudian kami xde cek apa2 sebab bawak bagpack (handcarry) cuma dia tanya bawak apa. Kitorang bgtau je yg betul. Tapi make sure dlm flight tu isi decclaration card tu betul2. Declare je semua apa yg korang bawak. Nanti bagi card tu kat officer.

Masa kami tu taakde anjing, mungkin awal sangat. Officer tu tanya gitu-gitu je.

Baru touch down Perth Airport. 

Sebelum keluar tu beli simkad dulu. Ada dua kaunter ; OPTUS dan VODAFONE. Berdasarkan carian dan suggestion ramai tg suggest Optus. So kami pon beli Optus. HArga Aud2/day. 500mb /day. Kami beli untuk 5 hari so total AUD10. Mulanya nak beli 1 share tapi last decide beli 3 so jimat bateri takyah tethering hahaha. KOS : AUD10



Sebelum keluar dari Airport tu adabeberapa company sewa kereta. Korang boleh berurusan kat situ tapi aku cadangkan booking online je senang.



Kami sewa dengan Ace Rent A Car (www.acerentacar.com ( http://www.acerentacar.com/ ) Kami sewa 5 hari dengan kos Aud 280 termasuk Gps + insurans + extra driver + unlimited kilometres). Lagi lama korang sewa lagi murah tau. Boleh booking dengan credit atau debit card. MAsa dapat kereta tu make sure cek dulu ada calar ke kemek ke. Kami cek ada skit calar so ambik gambar dan tunjuk kat tuandia siap-siap. Lesen jangan risau depa terima je lesen kita. Tapi kalau lesen  korang jenis yg laminate tu p tukar dulu ok.



Ni kereta kami. Hyundai apa ntah. Baru sangat. Dlm 6 ribu km milage dia huhuhh besttt.

Selesai je kami pi cari bakery halal tak jauh mana dari airport. Danish Patisserie ni glamer dikalangan orang-orang kita yang melancong ke sini. Boleh taip je kat google maps. Google maps di sini sangat efiesien. Kami tak pernah sesat plus jalan kat sini senang dan pemandu yg sangat berhemah. Kami sarapan siap-siap dan beli stok untuk esok dan seterusnya. Tak ingat dah berapa habis sebab masing-masing pakatbayar. Murah-murah je uolls dgn syarat jangan la convert ok.

UPDATE : DANISH PATTISSERI BUKAN LAGI BERSTATUS HALAL. COMPANY LAIN DAH BELI SYKT NI 😢




Selesai makan apa semua kami tak check in hotel lagi. Terus pusing-pusing kawasan Swan Valley. Cuaca sangat nyaman ok. Macam baru lepas hujan je. Tenang sangat Perth ni.

ok tempat pertama kami pergi adalah Caversham Wildlife Park. Orang kata kalau pegi Perth wajib datang sini. Ala-ala zoo. Kami sampai awal so tak crowded sangat. cuaca pun masih nyaman lagi. Boleh tengok macam-macam binatang ; kanggaroo sudah pasti, koala, wombat dll. Entrance fee : AUD 27/pax





Selesai di Caversham, kami sambung jalan-jalan area Swan Valley ni. Kawasan ni kiri kanan jalan penuh dengan ladang anggur tapi sayang waktu kami sampai ni anggur baru lepas harvest. Kemudian kami ke Margaret River Chocolate Factory. Margaret River ni adadua. Satu kat tempat asal dia di Margaret River dan satu lagi di sini lah, Swan Valley, Perth. Banyak giler coklat ok. tester pun ada. Aiskrim pon ada hahahha. Sape-sape hantu coklat boleh lah wei hahahaaku suka juga tapi biasa-biasa je.



  Kalau kat ladang anggur tu masuk je. Kitorang pegi jesebab dia konsep terbuka gitu. Tapi depan-depan je la tak masuk dalam ladang sangat pasal anggur pon xde hahahaha.

Selesai semua dan hari dtah beransur petang , kami pon cari tempat penginapan kami iaitu Beatty Lodge. Booking melalui Booking.com. Asalnya kami dah book hotel Britania on William dekat Northbridge tapi last minute tukar sebab takde parking. Beatty Lodge ni kira macam hotel bajet tapi bersih dan cantik uolls. Bilik air kami ambik sharing. kat luar bilik tapi tiap kali kami mandi tak pernah jumpa orang pun hahahha. Kami ambik 2 bilik, 1 utk lelaki dan 1 utk perempuan. Kos : AUD130, deposit kunci AUD40 (nanti dipulangkan).




Ini dari depan hotel dan bilik kami. Gambar dari google sebab tak ambik gambar hahahhaa. PArking kereta kat belakang. Bilik ada kipas tapi takde ekon. Tak bukak pon kipas pasal sejuk menggigil ok hahaha.

Memandangkan hari masih cerah kami decide untuk ke King's Park. Taman yg cantik dan luas. Suhu sejuk sangat masa ni. Memang feeling lah hahahaha. Boleh nampak bandar Perth dari atas sini. Punyalah jauh jalan nak ke parking sampai Maghrib baru jumpa kereta hahaha. Sebelum balik hotel kami singgah Kmart beli air mineral dan buah-buahan. Aku beli kasut sebab kaki sakit. Kasut AUD4 sampai hari ni tahan lagi weh hahahaha.




Perth City dari King's Park

Ok lah dah selesai satu hari, balik balik charge phone, makan apa semua dan zzzz. sejuk ok.

-UPDATED



1 comment: